MIMPI
TAFSIRANNYA BAGI PI
Kata orang mimpi
mainan tidur semata. Tiada tafsiran dan makna tertentu. Tapi bagi PI ada
beberapa mimpi yang datang dalam tidur seolah memberi isyarat bahawa sesuatu
akan PI hadapinya tidak boleh tidak . . Terpulanglah untuk mempercayaiya. Tiada
siapa paksa pun
MIMPI AKAN BERPUTIH MATA
Sekiranya PI berhajat
dan beriya merancang hendak
melakukan sesuatu dan pada malamnya PI bermimpi memakan nasi putih atau bermain
dengan sesuatu yang putih alamatnya memang kecewa dan tak jadilah jawabnya. Ada saja halangan dan sebab musababnya.
Begitu juga sekiranya PI bermimpi mengutip duit syiling atau mengutip telur dengan banyak. Bersedialah
untuk hadapi kekecewaan yang akan ditempuh keesokannya.
MIMPI BAHAGIA/GEMBIRA/REZEKI
Kadangkala akan bermimpi merenangi banjir, memperoleh ikan dengan jumlah
yang banyak atau diberi wang ringgit
bersusun; Alhamdulillah bolehlah tersenyum sedikit mengharapkan ada rezeki-Nya yang jatuh ke ribaan insyaa-Allah.
PI menggunakan
tafsiran mimpi warisan lama keluarga PI SAJA. Biasalah dulu keluarga dari kalangan
atok nenek, ibubapa, anak cucu amat akrab
dan sering berinteraksi tanpa gangguan
gajet-gajet canggih. Info tersalur
dengan mudahnya. Tak perlu lagi dah nak menggoogle heh..heh..
Pesan seorang ustaz jikalau diganggu mimpi yang buruk di dalam tidur berselawat lah sambil berniat mimpi tidak menjadi nyata dan meludah ke kiri tiga kali....bukan membuang ludah..gayanya saja...
Mimpi sebenarnya isyarat juga kan kak PI.
ReplyDeleteTKSH PC..PADA KAK MEMANG ADA MAKSUD DAN ISYARATNYA
ReplyDeletePernah juga orang cerita kalau mimpi tentang air atau banjir bermaksud sesuatu yang baik...Allah juga yang Maha Mengetahui
ReplyDeleteTKSH FIDAH YA ALLAH MAHA MENGETAHUINYA
ReplyDeleteBetul tu kak.. mimpi adakala mainan tidur, tp adakalanya juga jadi petanda sesuatu baik atau buruk dgn izinNya.. subhanallah Allahuakbar.
ReplyDeleteTKSH DIK KK YA KADANG MIMPI BAWA PETANDA DGN IZN-NYA
ReplyDelete