Pic google kredit
BORHAN
PI mendapat tawaran bekerja
sebagai kerani felda di PPPTR Sg. Tekam. Sementara saja pun. Tapi tersangatlah gembiranya.
Selama ini sebaik saja habis sekolah PI bekerja sebagai kerani JKKR felda UJ
kampong PI. Gajinya lepaslah setakat nak beli baju baru tiap bulan sebab belanja
makan minum masih ditanggung ibu bapa.
Bekerja di sebuah pejabat kecil berhadapan tasik….kerja social
kemasyarakatan saja menolong naib pengerusi JKKR menyelaraskan aktiviti di
rancangan. Sambil tu PI bergiat aktif dalam persatuan belia 4B tanah
rancangan sebagai setiausahanya.
Apabila mendapat peluang bekerja di tempat baru dalam suasana baru, bukan main teruja lagi.
Sebab dah biasa dengan suasana bekerja di pejabat walaupun pejabat kampung tapi
PI dilatih berkerja dengan tatacara kerja yang betul jadi tiadalah masalah PI nak
mengendalikan tugasnya walau masih pekerja baru di situ.
Sekali CC membawa setimbun fail lalu diletakan atas meja
kerja PI. Katanya ‘buang.’ Eh mudah sungguh kerja PI..buang saja saja semua fail tu.
Apalagi PI ni memang kerjanya semua nak cepat siap dan tak suka bertangguh,
selamba sajalah PI buang semua fail tu ke dalam bakul sampah di sisi meja.
Ingatkan
dah selesailah kerjanya, rupanya tidak lagi. CC Mr Ng tanyakan mana perginya
fail tadi. PI tunjuklah kat dalam bakul sampah tu. Kata CC “Saya suruh awak
bagi pada Borhan! Yang awak pergi buang kenapa?” tersipu malu mendengarnya.
Borhan ialah rakan sepejabat yang sering
juga menolong kerja-kerja PI. Kawan-kawan sepejabat mengikih gelakkan rakan baru mereka yang pekak
badak ni…hish malu sungguh
mengenangkannya. Tapi memang tergelak juga
heh..heh..
aduh kak... buang ngn borhan jauh tu hahhhhahahha
ReplyDeleteLuculah kak.Tapi bila dikenang buat tersenyum kan kak.
ReplyDeleteTKSH DANA HEH..HEH..TULA SILAP DENGAR
ReplyDeleteTKSH PC HEH..HEH..PENGALAMAN YG XDPT DILUPAKAN
ReplyDeleteKalau nama dia Bakar, habislah fail kena bakar
ReplyDeleteheh..heh..gamaknya kot..lucu wp..tksh
ReplyDeletemcm mn kalau nama dia bakar? hehehe
ReplyDeleteMemori terindah bila memulakan pekerjaan. Jauh benor ayat buang dengan Borhan. hehehe
ReplyDeleteHEH..HEH..AGAKNYA DH SELAMAT JADI ABU...TKSH ANIES
ReplyDeleteHEH..HEH..ITU PULAK YG DIFAHAM...TKSH NOTIE
ReplyDeleteNasib baik masih lagi dlm bakul sampah, klu dah di hangkut fail tu buang keluar lagi problem juga tu kak hehee :D
ReplyDeleteHEH..HEH..NASIB BAIK SUNGGUH KAN TKSH DIK KK
ReplyDelete