MAMPUKAH KEHILANGAN?
Memiliki anugerahnya tidak
terbanding nilai
dileta sepi di sudut lohong graha
Terbiar lara tidak terpeduli
sesiapa
Hadirnya erti dipertikai
senyum sinis diorak bibir
dirunyam selirat ragu sangsi
memuncak rasa
membentuk tanda persoalan
polemik besar
setelah ketiadaan berjurai
titis air mata darah tidak akan mengembalikan
sedih pilu berlagu mengumpul
frasa hiba tidak terjumlah
anugerah-Nya selari situasi
semasa sesuai kehendak
andai perhati lewa segalanya
sirna sekelip kerdip mata
moga tidak kehilangan
apa-apa
moga anugerah-Nya ditatang
agar tidak jatuh berderai
justeru keacuhan lalai
melonglai
syukur reda takwa demi-Nya
Penguasa semesta alam
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
11/02/019
Agar tidak jatuh berderai..tidak juga retak berkeping-kepingan..
ReplyDeleteKena redha dengan ketentuan-Nya
ReplyDeleteMampu atau tidak bila sudah kehilangan kita perlu redho
ReplyDeleteteringat kes bunuh anak umur 11 tahun tu kak... sedihnya, kesian nya pd keluarganya
ReplyDeleteutk menerima, utk redho tu tak mudah sebenarnya... huhuu
apa yg ditentukan mesti ada rahmaynya, mampu atau tidak harus jua digalas...
ReplyDeleteTKSH PC HARAPAN KITA BEGTULAH KITA MMG TAK MAMPU KEHILANGAN
ReplyDeleteTKSH WP YA WAJIB REDA KETENTUAN-NYA
ReplyDeleteTKSH MRSA WAJIB REDA N IKHLASKAN HATI
ReplyDeleteTKSH DANA YA SEDIH SGT TAKZIAH KPD KELUARGANYA DUGAANBERAT MRK HADAPI HNYA ALLAH YG TAHU RAHSIANYA
ReplyDeleteTKSH SHELA KEHILANGAN MEMBUAT KITA BERFIKIR PANJANG N REDA HIKMAHNYA RAHSIA-NYA
ReplyDeletebila baca terus teringat ttg Siti Masyitah... alfatihah
ReplyDeleteTKSH ANIES YA SEDIH SANGAT AL-FATIHAH
ReplyDeletemoga sentiasa berwaspada...
ReplyDeletesesal kemudian tidak berguna :'(
TKSH FIDAH YA SETELAH KEHLANGAN MNANGISINYA TIADA GUNA
ReplyDelete