Sudah merancangkah apakah jenis rendang yang nak dibuat juadah hidangan raya nanti? Masakan rendang ni memang banyak jenisnya kan...Ada rendang tok yang sangat femes di Perak. Ada jenis yang pedas dan langsung tiada rempahan seperti rendang Negeri Sembilan. Bahan-bahanya pun tidak terlalu banyak dan senang diingat. Yang pentingnya perlu dan daging atau ayam.
Kalau tidak tahan pedas jangan cuba-cuba resepi ni..tapi sedap sangat pastinya dimakan bersama lemang dan ketupat.
.
Rugi juga kalau tak cuba dan rasa.. kan..
heart emoticon Resepi Rendang Ayam Negeri Sembilan heart emoticon
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam – potong ikut suka dan dibersihkan
1 paket (320ml) santan sawit KHALIS
4 cawan air
4 helai daun kunyit – dihiris kasar
3 – 4 helai daun limau purut - disiat
2 – 3 keping asam gelugor
2 batang serai - dititik
3 senduk nasi kerisik
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
1 paket (320ml) santan sawit KHALIS
4 cawan air
4 helai daun kunyit – dihiris kasar
3 – 4 helai daun limau purut - disiat
2 – 3 keping asam gelugor
2 batang serai - dititik
3 senduk nasi kerisik
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
Bahan-bahan dikisar halus:
15 biji cili padi hijau
15 biji cili padi merah
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
6 batang serai – dihiris
5 biji buah keras
Air secukupnya untuk memudahkan bahan-bahan dikisar halus.
15 biji cili padi hijau
15 biji cili padi merah
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
6 batang serai – dihiris
5 biji buah keras
Air secukupnya untuk memudahkan bahan-bahan dikisar halus.
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.
2. Masukkan ayam dan gaul rata dengan tumisan bahan kisar tadi. Biarkan di atas dapur selama lebih kurang 10 minit atau sehingga ayam kecut
3. Kemudian masukkan santan, air, daun kunyit, daun limau purut, serai yang dititik, asam gelugor, gula perang, dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
4. Tambah kerisik dan kacau lagi. Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak (teknik mereneh).
5. Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul rata. Masukkan juga beberapa biji cili padi yang dititik (opysen). Teruskan masak sehingga rendang kering ataupun sedikit berkuah. Matikan api. Bolehlah dihidangkan.
SweetMuslimah.com
SweetMuslimah.com
semua jenis rendang mmg sedap..
ReplyDeleteyela nohas setiap jenis rendang sedap n ada kelainan rasanya...tq nohas.
DeleteKalau ada kelapangan Zumal nak try buat rendang nie...
ReplyDeletecubalah zumal mudah saja bahannya tu...tq zumal.
DeleteSedapnya..boleh dicuba buat nih
ReplyDeletecubalah fidah..tq
DeleteAssalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak... Saya suka makan rendang orang Semenanjung. Rasanya berbeza dari rendang orang Sarawak. Pedasnya terasa terutama rempah ratusnya. Semasa belajar di Semenanjung dahulu, rendang selalu menjadi pilihan utama. Saya simpan dulu resepi ini ya Kak. Ada masa luang boleh dicuba. Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)
ReplyDeletewsalam dik fatimah...rendang di semenanjung banyak jenisnya ikut negeri-negerinya. sedap dan lain rasanya mengikut bahan yg digunakan. simpan dan cubalah resepi ni insyaAllah tak mengecewakan.
ReplyDeleteDah salin resepi..nak try buat.hehe..tq sbb share kat sini
ReplyDeleteWAH DH COPY YA SUE..SEDAP NI..TQ.
ReplyDeleteWaa.. mesti sedap.. raya nanti serbu rumah kawan mesti ada.. tapi.. raya ni Yun Sing join conference.. jadi duduk diam-diam kat hostel je la :)
ReplyDeleteyeke..hbs confrence boleh beraya rumah rakan2...tq yun sing.
ReplyDeleteHabis conference dah masuk sekolah :) Mungkin tahun depan ^^
DeleteSaya mmg penggemar rendang.. hidangan wajib raya pertama.. :)
ReplyDeletemasa tngk tajuk CT dah tahu yang CT bakal digoda oleh gambar rendang..
ReplyDeletetapi ku tabahkan hati scroll jugak.. huuurm seksa..