Tuesday, 28 July 2015

KERIA KENTANG...

ASSALAMUALAIKUM...

KUIH RAYA MASIH BANYAK LAGI KOT....TAPI DAH MASUK MINGGU KEDUA SYAWAL NI BIASANYA KITA SUDAH MULA BERSARAPAN DENGAN MAKANAN YANG LEBIH MENGENYANGKAN SEPERTI RUTINNYA YANG DIAMALKAN....

KALAU ADA KENTANG DI DAPUR BOLEHLAH DIREBUS UNTUK DIJADIKAN KUIH KERIA...KERIA KELEDEK DAH SELALU RASA CUBA PULA KERIA KENTANG....SEDAP NI..




KERIA KENTANG
Bahannya:
300gm kentang ~ direbus hingga lembut
1 cawan tepung gandum
1 sb margerin
1 sb gula pasir
1 st baking powder ~ x letak pun boleh
sedikit pewarna kuning
Caranya:
1. Lenyek halus kentang tu semasa masih panas. Masukkan sekali margerin, gula pasir dan pewarna. Biar hingga kentang sejuk.
2. Masukkan tepung dengan baking powder dalam adunan kentang. Uli hingga tak melekat ditangan. Jika masih lembik ( ikut jenis kentang), tambah sikit lagi tepung gandum.
3. Bentukkan seperti donat. Goreng hingga garing dan keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan dulu.
Bahan sira gula:
3 sb gula pasir
2 sb air
Caranya:
1. Gula + air dimasak hingga berbuih dan pekat.
2. Masukkan kuih keria tadi, gaul rata. Tutup api dan terus gaul hingga gula mengering.

Selamat Mencuba..

10 comments:

  1. Assalamualaikum kak,
    Betul tu, walaupun kuih raya masih banyak tapi perut mesti nak cari makanan yang mengenyangkan. Apa pun kuih keria kentang tu memang menyelerakan, tapi saya panggil donut kentang. Tak betul ke? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSALAM DIK USTAZ...KERIA NI KUIH TRADISI MELAYU...DONUT TU KUIH OMPUTEH...BENTUKNYA SEAKAN TAPI SEDAP LAGI KUIH KERIA KOT HE..HEH...

      TQ ABU IKHWAN.

      Delete
  2. blom pernah rasa lagi keria kentang ni...mesti sedap kan..

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya..bleh try nih..

    ReplyDelete
  4. Zumal sebut cucur keria, suka sangat makan ^-^

    ReplyDelete
  5. CUCUR KERIA MMG SEDAP ZUMAL...TQ

    ReplyDelete
  6. Tak penah terfikir pulak buat keria dari kentang...kuih ni feberet husband. Boleh la tukar resepi pulak kepada keria kentang..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist