ASSALAMUALAIKUM...
Mengenang masa beraya zaman kanak-kanak membuatkan PI tersengih memanjang. Terutama tentang baju raya yang sedondon dipakai kami tiga beradik perempuan yang hampir sebaya hasil jahitan tangan emak.
Ketika tu kami sekeluarga tinggal di sebuah rumah kecil beratap nipah. Rumah jiran-jiran yang lain besar agam semuanya dan berdekatan antara satu sama lain. Kalau nak berziarah raya memang senang.
Pagi-pagi lagi sudah bangun berlari ke perigi untuk mandi sunat hari raya. Bukan main dingin lagi air yang ditimba naik menyiram tubuh kecil. Menggeletar bibir menahan kesejukan tapi mandi sunat hari raya fitri mesti dilakukan. Kelak selepas mandi bolehlah bergaya dengan baju baru dan kasut baru.
Siap berpakaian cantik akan bersarapan dulu dengan ketupat pulut dicicah gulai daging berserta kuih-kuih rasa tradisi yang disediakan emak. Kemudiannya bergerak ke masjid dan ke tanah perkuburan. Masjid dan tanah perkuburan jadi tumpuan anak-anak di hari raya kerana ramai yang sudi menghullur sedekah kepada anak-anak di situ.
Beraya ke rumah jiran-jiran hanya dijamu ketupat dan kuih muih saja dan kalau nak mengharapkan duit raya memang tak dapat. Duit raya hanya diberi emak ayah sendiri di hari raya. Berbeza sungguh cara raya anak-anak dulu dengan kini yang dengan mudah mengumpul duit raya dalam jumlahnya yang banyak.
Zaman PI beraya dulu kalau dapat kumpul seringgitpun sudah terlalu banyak rasanya. Kaya sangat dah tu heh..heh..
Sembelih Ayam Mutiara
-
Assalammualaikum
Wak sembelih dua ekor ayam mutiara jantan sebab suka buli ayam dan itik
yang ada di kawasan reban. Jom tenguk
Ternakan ayam mutiara.
A...
2 hours ago
jadi terlahir tahun 90 an dong yah...aiiih, masih muda belia nan bijaksana tapinya, salam lebaran mohon maaf lahir batin untuk tanggal 17 atau 16 atau 18, deh yah.
ReplyDeleteudah follow kan akak di blog saya? (a/n. Mang Tuvli)
SALAM LEBARAN CHILEMBU THEA MAAF ZAHIR BATIN MANG TUVLI..
DeleteKAK BUKAN ANAK 90-AN TAPI LBH JAUH SEBELUM TU HEH..HEH..TQ
sama la. zaman saya dulu kalau beraya dapat 50sen pun, mesti rumah tu rumah org kaya... skrg kalau 50sen, budak dah tak pandang..
ReplyDeletePERUBAHAN RAYA ANTARA ZAMAN TU ADA TAPI XTERLALU KETARA SANGAT KAN PHA IS...TQ
DeleteBestnya bila teringat raya zaman kecik2 dulu.
ReplyDeletePergi beraya dengan kawan-kawan. Dapat 20 sen ke 50 sen dari satu rumah ke satu rumah, kira ok sangat dah tu..
HEH FIDAH SEMPAT RASA ZAMAN ORG BERI RAYA CUMA 20 SEN JER...LA NI PALING KURANG PUN 2RINGGIT KE ATAS KAN...TQ
DeleteAnak2 senang sama uang baru waktu lebaran
ReplyDeleteKEGEMBIRAAN ANAK2 SAMBUT LEBARAN ADALAH BANYAK JUMLAH DUIT RAYA DI TANGAN KAN SUSI...TQ
Deletemasa kanak-kanak dulu kalau pergi beraya rumah orang kaya, mesti ada dua tiga biji kek atas meja, haram nak potong bagi makan kat kita2 ni..telan air liur. maklum le kanak2 kan..teringin...huhuhu..*lap air mata*
ReplyDeleteHEH..HEH..KEK PENGHIAS MEJA TU JGN BERANI NAK USIK...KESIAN NOHAS...TQ
Deleteye lah....zaman kanak2 dulu byk bezanya dengan sekarang...dulu kalau nak duit raya kena makan juadah dulu....skrg nie budak2 datang nak duit raya je....air pun x nak minum...huhu..
ReplyDeleteHEH..HEH...TQ MKL.
ReplyDeleteHMM..BETUL TU SETAKAT NK MKN KUIH RAYA BUAT APA KAT RMH MRK PUN BANYAK YG PENTING DUIT RAYA TU...TQ WANIE YAHYA.
ReplyDeleteTeringin rasanya melalui zaman kanak-kanak sekali lagi...
ReplyDeleteRASA NAK PUTAR MASA LALU KALAU BOLEH KAN ZUMAL...TQ
Deleteseronoknya raya dulu-dulu kan kak...saya rasa generasi saya yang terakhir pergi ziarah-menziarah ni..
ReplyDeleteYEKE...TAPI KAT KAMPUNG KAK NAMPAK SUASANYA MSH ADA..
DeleteTQ SALBIAH M.
salam ramadhan, dulu takde GST mak yee ;p
ReplyDeleteSALAM RAMADAN NAK TIGA LALAT..GST ADALAH PERUBAHAN CARA KOLEK CUKAI DGN LBH BIJAK TU...HEH..HEH...TQ.
ReplyDeletezama kanak - kanak saya lewat 70an . masa tu duit raya dah popular tapi dalam sen - sen sahajalah . Paling besar dapat 50 sen . banyak lah juga dapat . cuma saya x ingat kemana saya belanjakan duit tu ...
ReplyDelete