ASSALAMUALAIKUM...
Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 berakhir dengan tajuk ke 20 iaitu PENGALAMAN MAIN MERCUN MASA RAYA.
Bunyi petasan atau mercun sinonim dengan situasi menyambut raya tidak kira raya apa sekalipun di Malaysia ni. Dalam bab bermain mercun ni boleh sehati sejiwa pula ya. Pelik juga kan. Nampaknya budaya asal China itu saling mempengaruhi semua kaum antara kita. Tidak mengapalah jikalau bermain mercun yang tidak membahayakan diri dan menggembirakan lagi suasana hari raya.
Ada juga pengalaman bermain mercun lada yang dibakar sumbunya dan segera dibaling agar tidak meletup di tangan. PI ni jenis orang yang penakut sangat tapi melihat keseronokan rakan sebaya bermain mercun terasa juga nak mencuba. Setakat bermain mercun lada dan mercun tarik itu sajalah pun.
Kawan-kawan lain lebih-lebih lagi yang lelaki langsung tidak pandang mercun lada dan mercun tarik-tarik tu. Mereka lebih suka bermain meriam buluh yang berdentum-dentam bunyinya sahut-menyahut daripada segenap penjuru kampung.
Tapi dulu-dulu tiada pula berita anak-anak yang malang atau cedera akibat bermain mercun dan meriam buluh disebar media massa tatkala hari raya. Apa nak pelik pun dulu cuma ada akhbar, radio, tv saja dan sebaran beritanya tidaklah menyeluruh berbanding sekarang dengan adanya internet yang boleh mengaplikasi semua jenis medium maya untuk mencapai info terkini.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. JANGAN MAIN MERCUN DI HARI RAYA YA...MEMBAHAYAKAN DIRI SENDIRI BUKANLAH SUATU KEGEMBIRAAN.
Pic google images sekadar hiasan.
Sembelih Ayam Mutiara
-
Assalammualaikum
Wak sembelih dua ekor ayam mutiara jantan sebab suka buli ayam dan itik
yang ada di kawasan reban. Jom tenguk
Ternakan ayam mutiara.
A...
1 hour ago
kan elok tak payah main,kan..
ReplyDeletebetul tu sue..seeloknya jgn main mercun...tq sue.
Deleteraya mmg x meriah tanpa mercun .yg herannya , byk kes kat utara n pantai timur . hah , camna tu ...
ReplyDeletewah buat kajian juga ya...tapi betul juga tu qv hairan juga kan..mungkin anak2 sebelah sini lbh berani kot heh..heh...tq.
ReplyDeleteZumal berani main bunga api aje. Hehe ^-^
ReplyDeleteheh heh oklah tu...tq zumal.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBunyi mercun memang memeriahkan malam2 raya..Kalau ada bunga api pun cantik..apa lagi yang berwarna warni.
ReplyDeleteTapi harga bunga api dan mercun sekarang dah semakin mahal :(
bunga api pun kalau beri anak2 main kena pantau juga..kala terpegang yg berapi tu bhya juga...
ReplyDeletebab mahal pun satu hal juga...tq fidah.
Haha betul.. very well said! xD 'Membahayakan diri sendiri bukanlah suatu kegembiraan'
ReplyDelete