ASSALAMUALAIKUM..
Republish...
Zaman dulu-dulu sebelum tibanya Ramadan yang mewajibkan puasa selama sebulan ibu-ibu rumahtangga di kampungku sibuk menyediakan pelbagai persiapan yang berkaitan dengannya.
Bukannya lama sangat zaman tu...yang dapat diingati cuma pada pertengahan 60-an. Masih kecil tika itu dalam usia 5 atau 6 tahun. Namun kenangannya tidak pernah padam.
Tok, mak dan emak-emak saudaraku saling berganding tangan menumbuk padi pulut atau jawi untuk menjadikannya beras yang akan disimpan selama sebulan sebagai bekalan penggunaannya kelak. Maklum hendak padi tika sedang berpuasa penat juga.
Sedikit bahagian beras jawi dan beras pulut diasingkan dan ditumbuk lagi sehingga menjadikannya tepung.
Dan tepung inilah yang digunakan untuk membuat pelbagai kuih basah yang enak untuk berbuka puasa.
Daripada tepung pulut antara kueh-mueh yang boleh dibuat adalah buah melaka, koci, lepat liat dan lain-lain. Tepung beras jawi diganakan untuk kuih talam yang berjenis-jenis, bengkang, kodok dll. Kalau nak resepi kuih-kuih tradisi google je di blog blog masakan ye...
Waktu berbuka sangat dinanti sambil diiringi lagu-lagu dendangan P.Ramlee, Saloma, Ahmad Jais, penyanyi-penyanyi 60-an juga muzik irama padang pasir yang merdu.
Melalui batas bendang aku berlari-lari anak ke kedai runcit pak Saad untuk membeli ais seketul. Ais seketul untuk mendinginkan sirap merah yang harum bau pandannya dengan butir-butir selasih yang mengapung dipermukaannya.
Alangkah nikmatnya saat berbuka tika sedang sangat kelaparan. Kesemua juadah yang terhidang kehabisan. Tidak sempat lagi hendak mengulangnya tika sahur.
Sembelih Ayam Mutiara
-
Assalammualaikum
Wak sembelih dua ekor ayam mutiara jantan sebab suka buli ayam dan itik
yang ada di kawasan reban. Jom tenguk
Ternakan ayam mutiara.
A...
3 hours ago
mmg sgat2 berbeza pengalaman dulu2 dan skarang kan!
ReplyDeletetq KA...ialah KA bezanya bagai langit dgn bumi agaknya...
ReplyDeletekenangan yang tak mungkin berulang kan kak?
ReplyDeleteseronok bila dikenang kembali
saya igt lagi petang2 beli ais batu..yang panjang tu
pekedai akan potong ikut berapa sen kita nak beli
dia simpan ais dalam serbuk papan..dan potong dgn gergaji
tq irfa...kenangan yg tak akan berulang hanya manis dlm ingatan...aik irfa pun sempat lagi beli ais ketul yg disimpan dlm serbuk kayu ye...kak ingatkan era yg kak lalui lama dulu rupanya irfa juga sempat merasainya...
ReplyDeleteKulit kak PI mesti cantik sebab makan beras pulut :) kenangan dulu lain dari sekarang ni..kadang tak terasa bulan puasa kerana masa berlalu cepat dengan kesibukan harian..
ReplyDeletemakan pulut boleh sebabkan kulit cantik ya? masa muda2 mmg sukakan pulut tapi bila dh berusia ni banyak pula pantangnya...tq babYpose.
ReplyDeleteKampung yg ada tanam padi begitulah agaknya PI. Kampung kakak tak ada itu semua. Bazar pun jauh sekali tak pernah pun nampak. Tapi bab beli ais seketul tu samalah. Kakak ingat sebab tak puasa arwah mak siap bancuh aje kakaklah tukang merasa dulu. Sedih dulu sebab susah tapi kebahagiaannya kekal terasa hingga kini.. Rinduuuu....
ReplyDeleteya dulu2 org xsibuk jual kuih utk berbuka ...nk makan kuih kena buat sendiri ..zaman yg kita lalui agak susah namun nikmat kebahgiaan saat2 berpuasa ms dirasai n memorinya kekal di hati....tq kakzakie.
Deletebetul2 mengimbas kenangan membaca entry sis.
ReplyDeletewlaupun saya bkan melalui zaman mcm tu.. tapi saya selalu menjadi tukang2
hantar kuih muih kepada jiran.memng best nikmat berbuka.. dulu..
klikx3
Tengok sirap selasih tu... teringat kat arwah ayah idah... bila bulan puasa suka betul dia buat sirap pastu letak isi selasih laa... cincau laa... yang idah pula... nak minum pegi tapiss... :D
ReplyDeleteorg dulu2 mmg sukakan sirap pandan dgn selasih ni idah...ditambah cincau lagi tapi anak2 la ni xsukakannya...selera kita pun berubh ikut era kan idah...tq
Deletekenangan zaman dulu2 hanya boleh dirasai dgn membaca catatan org lama mcm kak nih kan dik sobri...tapi di kampung2 la ni msh lagi meneruskan tradisi bertukar juadah spt yg pernah sobri lakukan....tq selalu klik3x
ReplyDeleteNostalgia sungguh Ramadhan nanti. Kuih-kuih tradisional bulan puasa ni, biasanya manis-manis. Bila difikirkan balik, manis ni mengandungi glukos. So, dengan glukos ni lah kita dapat tenaga dengan lebih mudah. Orang tua dulu-dulu memang bijak.
ReplyDeletebenar tu glukosa cepat menyerap tenaga kpd tubuh melalui makanan n minuman yg manis...semuanya tentu diwarisi drpd peradaban kita yg cukup lama...tq Sylarius Yusof.
ReplyDeletepaling best ada bunyi kentong bila tiba masa berbuka dan waktu imsak .
ReplyDeletekebiasaan dulu2 n kini masih ada di kampung2...tq Qaseh Vee
ReplyDelete