Thursday, 26 June 2014

Gurindam Perpisahan dan Ramadan

ASSALAMUALAIKUM..

Ayahanda tercinta tiada dua
kasihnya seiring tika suka dan duka

Tiada terbanding kasih dan sayang
buat anakanda nan seorang

Ditatang dijaga dari petaka
agar terhindar onar celaka

Doa ayahanda di malam syahdu
Kau sihatkan sejahterakanlah ya ALLAH anakandaku

Anakandaku ini malang nasibnya
ditinggal seorang tiada pembela

Persis bidalan warisan moyang
belayar bersama karam seorang

Setelah ibarat kapal yang bocor
ditinggal pergi nasib tersungkur

Sungguh-sungguh ayahanda membela
segenap kehendak ayahanda rela

Namun ayahanda berlalu pergi
tika Romadan di subuh hari

Tinggal anakanda terkontang-kanting
tiada lagi teman pendamping

Tugas ayahanda berpindah tangan
bonda pula terima bebanan

Nasib anakanda masih sama
mengharapkan bantuan demi hidupnya

Bonda melakukan seupaya daya
demi anakanda warisan ayahnda

Menggantung harapan menggunung tinggi
pundak bonda yang menanggungngi

Tanpa salam tanpa pamitan
bonda pula menyusul perjalanan

Aduhai ayahanda aduhai bonda
mohon maafkan kesilapan anakanda

Jasamu berdua dan baik budi
tidakkan terbalas kekal abadi

Ikhlaskan pertolongan kasih dan sayang
kepada anakmu yang malang

Selalu teringat selalu terkenang
cinta kasihmu tidak terbilang

Rindu sungguh ingin bertemu
moga bahagia di alam baru

kukirim salam kukirim rindu
dan doa-doa di Ramadan syahdu

10 comments:

  1. sedap gurindam..
    cuma x leh bayakkan mcm mana
    org bgurindan..mcm bersyairkah?
    atau bersajak

    ReplyDelete
  2. ada lagunya yg merdu tersendiri...tq sobri.

    ReplyDelete
  3. Indah bahasa cantik bunganya
    sudah berpuasa titip doa buat ayah/bonda

    Tabur bunga di atas pusara
    moga roh mereka terplihara

    ReplyDelete
  4. Indah bahasa gurindam hati
    sempena ramadan yg tiada diingati.

    terima kasih kakzakie yg priatin
    mengongsi bicara hati yg diingin..

    ReplyDelete
  5. serangkap puisi menyentuh hati memerangkap jiwa, teruja nak melihat anak bulan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak bulan ramadan pasti kelihatan xlama lagi...berpuisi sesekali...tq babYpose.

      Delete
  6. sebut pasal ramadhan sedih pulak.
    puasa sorang2 kat perantauan :(

    ReplyDelete
  7. sendirian di rantauan pada bulan ramadan sedih juga kan...bersabar ya...tq Nick Nashram.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist