ASSALAMUALAIKUM....
BARU-BARU NI KE PERLIS PULA. NEGERI YANG SINONIM DENGAN GELARAN INDERA KAYANGAN. BUKAN SEBAB NAK AMBIL BAHGIAN DALAM SUKAN SUKMA ATAU NAK LIHAT SEMUA ACARA SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN TAPI SAJA JALAN-JALAN BERTUKAR SUASANA.
PERJALANAN DARI KL TENTU SAJA MELINTASI NEGERI SELANGOR, PERAK, PULAU PINANG, KEDAH SEBELUM TIBA DI KANGAR PERLIS.
MELALAUI SAWAH BENDANG YANG HIJAU KERANA BARU DITANAM USAI KEMARAU BARU-BARU INI, SEJUK MATA MEMANDANGNYA DAN TENANG JIWA. HILANG RASA KELETIHAN SEHARIAN BERKERETA.
TERHENTI PERJALANANNYA TIDAK JAUH DARI SINI. DISEBUAH INAPDESA YANG SANGAT MENYELESAKAN. RUANG BILIKNYA LUAS DAN MAMPU MENAMPUNG KAMI SEKELUARGA. RAMAI JUGA TU TERMASUK PI DAN ANAK CUCU JUMLAH KESEMUANYA 7 ORANG. BAYARANNYA CUMA 100 RM. KAMI MENGINAP DUA MALAM DI SINI.
TEMPATNYA DI ABI 14 DALAM DAERAH KANGAR. BERDEKATAN PULA DENGAN GERAI-GERAI YANG MENJUAL MAKANAN. SENANG NAK DAPATKAN MAKANAN SARAPAN PAGI ATAU MALAM.
BEREHAT PADA MALAMNYA DENGAN TENANG KERANA KEESOKAN PAGINYA HENDAK JELAJAH PERLIS DALAM SEHARI.
TEMPAT PERTAMA DISINGGAHI DI AWAL PAGI ADALAH DI SINI. DI GERAI YANG MENJUAL MEMPELAM HARUM MANIS DAN PELBAGAI PRODUK YANG BERKAITAN DENGANNYA. ADA DADIH HARUM MANIS, JUS HARUM MANIS DAN PULUT LEMAK YANG DIMAKAN BERSAMA MEMPELAM HARUM MANIS.
KEBUN MEMPELAMNYA LUAS DAN BOLEH DILAWATI KALAU TERINGIN. TAPI KAMI TAK MASUK PUN DALAM KEBUN TU. HANYA MENINJAU DARI TEPI JALAN.
HARGA SEKILO MEMPELAM ITU 30RM...HMM MAHAL JUGA KAN.
KATA MEREKA SEKITAR SITU HARGA TINGGI GARA-GARA SUKMA YANG BERLANGSUNG BARU-BARU INI. BIASALAH KAN PABILA PERMINTAAN MELEBEHI PENGELUARAN.
TAPI MEMPELAMNYA MEMANG BERKUALITI TINGGI DAN MANIS SANGAT RASANYA.
ESOK SAMBUNG LAGI CERITA PI DAN ANAKCUCU MELAWAT PERLIS YA...PENAT JUGA NAK MENAIP PANJANG BERJELA NI...
Sembelih Ayam Mutiara
-
Assalammualaikum
Wak sembelih dua ekor ayam mutiara jantan sebab suka buli ayam dan itik
yang ada di kawasan reban. Jom tenguk
Ternakan ayam mutiara.
A...
2 hours ago
Wah best pelam harum manis
ReplyDeleteya mempelamnya sangat manis...tq Muhammad Khairuddin Lim.
DeleteMasya Allah, indah sekali kak.. Sejuk nian nampaknya :)
ReplyDeleteperlis indera kayangan negeri kecil yg indah...tq Etika Maria.
DeleteSis mai kat negeri zumal yer :)
ReplyDeleteya tapi xdpt jumpa zumal di sana...tq Ahmad Zumal Md Rayi
Deletecantiknya, bersihnya udara, duka gambar kedua tu..
ReplyDelete*suka :)
Deleteya cantik sungguh nyaman suasananya...tq babYpose
ReplyDeletewoww... banyak nyer harumanis... tapi mahal nyerr... dah macam harga kat kl dah...
ReplyDeleteya mahal harganya walau dibeli dari kebunnya...tq acik idah.
DeleteKakak dpt rasakan seronoknya di sana. Memang negeri-negeri macam Perlis, Kedah, Kelantan, T'ganu best tak macam JB ni tak ada yg buat saujana mata memandang..
ReplyDeletebenar tu jalan2 ke utara r timur belanjanya sederhana n kita masih boleh menikmati kedamaian keindahn suasana
ReplyDeleteowh ingatkan nak masuk sukma he..he..
ReplyDeleteklau p perlis nakshoping memng best cari jersi nak piala dunia..
x pun beli harum manis.. terbaik..
mcm biasa mabaung :P
HARUM MANIS tu beli juga...bab shopping ada cerita menarik dlm entry seterusnya...bersambung lagi tu..tq sobri rajin menabung.
ReplyDelete