بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


PIC BABAT.NET.

CEREKARAMA CIK SITI YANG DISIARKAN TV3 MALAM TADI MENGINGATKAN PI ENTRY YANG DITERBITKAN WAK DALAM BLOGNYA

http://tigalalat.blogspot.my/2015/09/siti-jalang.html 

TAPI KISAHNYA BERBEZA DARIPADA LAGENDA TERSEBUT SEPERTI YANG DITULIS PENULIS BLOG INI.

PI MEMANG BERMINAT MEMBACA CERITA-CERITA LAMA BERUPA LAGENDA INI DAN KISAH SITI AMINAH YANG MENIKAHI 99 SUAMI TAPI KESEMUANYA SUAMINYA TELAH MENINGGAL DUNIA SETELAH BERSAMA DENGANNYA.
KAWAN-KAWAN BLOGGER PI RAMAI YANG BERASAL DARI JOHOR TENTU TAHU KISAH LAGENDA INI YANG BERLAKU DI KAMPUNG TEMBIOH KOTA TINGGI JOHOR......HANYA PI YANG KETINGGALAN DAN BARU MENGETAHUINYA.

SINOPSIS CEREKARAMA CIK SITI


Mengisahkan mengenai seorang gadis muda yang diberi nama Cik Siti yang disumpah oleh nenek kebayan semata-mata mahu mengubati penyakit kulit yang dihidapinya kerana melanggar perjanjian dengan nenek kebayan yang mengubati sakitnya agar tidak sombong dan menderhaka kepada ibunya. Selama pemergiaannya menemui nenek kebayan ibunya yang bersendirian sering dibantu seorang pemuda yang menaruh hati kepada cik Siti walau wajahnya buruk kerana penyakitnya. Sebaik sahaja Cik Siti kembali cantik dan jelita, dia kembali ke desanya dengan sikap sombong kerana kejelitaan wajahnya menyebabkan ramai lelaki tergilla-gilakannya dan berjaya merampas merampas cinta hatinya iaitu Awang.yang telah berpaling kepada mawar. Hajat ibunya hendak menjodohkannya dengan pemuda budiman yang baik hati tidak dipedulikan sehingga ibunya meninggal dunia. Setelah itu bermulalah episod perkahwinannya yang dimulakan dengan Awang yang meninggal dunia setelah berkahwin dengannya sehingga 99 orang kerana telah melanggar akujanjnya.. Suaminya yang ke 100 seorang ustaz yang tinggi ilmu agamanya dan berjaya menangkis sumpahan nenek kebayan yang mengeluarkan kala jengking daripada mulut Siti yang menyebabkan kematian mereka kerana gigitan serangga beracun itu.

LAGENDA CIK SITI AMINAH TANAH MAHSYUR MENURUT BLOG INI



Cerita yang dikatakan berlaku abad ke 17, kira-kira 200 tahun selepas kejadian Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dikatakan berlaku di Kampung Tembioh di Kota Tinggi. Sebagai tanda jika kita ke kampung ini terdapat makam yang dikatakan Makam Siti Aminah atau juga dikenali sebagai Siti Jalang. Tentunya kita tertanya-tanya mengapa allahyarham dipanggil sedemikian?
Mengikut ceritanya Siti Aminah ini berasal dari Kelantan dan sejak kecil telah menjadi anak angkat sebuah keluarga bangsawan Bugis di Kota Tinggi. Cik Siti Aminah ini dikatakan terlalu cantik paras rupanya menjadi sebutan di daerah ini dan kerana itu beliau menjadi rebutan ramai. Kerana risaukan keselamatan anak gadis ini, keluarga Bugis ini telah mewariskan satu ilmu pendinding kepadanya sebagai tujuan menjaga kesucian gadis ini dari di aniaya lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Sehinggalah Cik Siti Aminah meningkat dewasa, beliau telah dipinang oleh seorang lelaki yang juga dari golongan orang berada. Majlis perkahwinan berlangsung penuh meriah sehinggalah pada malam pertama pasangan pengantin tersebut menjadi porak peranda apabila Cik Siti Aminah telah diceraikan. Ini kerana pengantin lelaki sewaktu pada saat beliau bersedia untuk menikmati malam pertamanya, beliau gagal menemui pertanda yang Cik Siti Aminah adalah seorang perempuan!
Namun itu tidak mencacatkan keinginan lelaki-lelaki lain untuk memiliki Cik Siti Aminah dan ini membawa perkahwinan keduanya. Namun bala masih mengundang, perkara yang sama berlaku pada malam perkahwinannya apabila dia diceraikan pada keesokan hari perkahwinannya. Ini berlarutan untuk berberapa tahun selepasnya sehingga dikatakan Cik Siti Aminah mempunyai 99 orang suami. Sehinggalah suaminya yang ke 100, dikatakan seorang yang warak dan punya pegangan agama yang kukuh serta mempunya ilmu kebatinan yang tinggi dapat membuka ilmu kunci nafsu yang diwarisi Cik Siti Aminah dari keluarga angkatnya, dan dengan suaminya yang terakhir inilah perkahwinannya kekal ke akhir hayat. Namun Cik Siti Aminah pada saat ini telah pun berumur maka mereka tidak mempunyai sebarang waris dan disaat akhir hayatnya Cik Siti Aminah mewasiatkan apabila beliau meninggal dunia agar jenazahnya dikebumikan jauh dari kawasan perkuburan penduduk kampung yang lain kerana akibat dari perkahwinannya yang mencatatkan jumlah sebanyak seratus kali itu penduduk Kota tinggi menggelarkannya dengan panggilan Siti Jalang.
Namun terdapat satu lagi versi mengenai lagenda ini mengatakan Cik Siti Aminah ini apabila ada lelaki yang masuk meminangnya, beliau mengenakan hantaran sebuah keranda dan sekayu kain putih untuk persediaan pengkebumian suaminya pada keesokan harinya kerana dikatakan Cik Siti Aminah memelihara kala jengking di anggota sulitnya maka suaminya akan mati. Sejauh mana kebenaran cerita ini hanyalah tinggal lagenda yang terkenal hingga ke hari ini sehingga diangkat menjadi telefilem yang sangat menarik. Demikianlah diceritakan orang..
http://infinatus-lagendamelayu.blogspot.my/


MAKAM SITI AMINAH KAMPUNG TEMBIOH KOTA TINGGI.

PIC DI BAWAH INI ADALAH PIC TERBARU YANG DISALIN DARIPADA BLOG WAK TIGA LALAT YANG TELAH BERZIARAH KE MAKAM TERSEBUT BARU-BARU INI.
INGIN BACA CATATAN SEORANG ANAK JOHOR YANG ARIF DENGAN KISAH LAGENDA CIK SITI YANG MASYHUR DI NEGERINYA INI SILA SINGGAH http://tigalalat.blogspot.my/2015/09/siti-jalang.html PASTI AKAN BERPUAS HATI DENGAN NOTANYA YANG DISELAK HELAI DEMI HELAI...




20 ulasan - "SITI AMINAH TANAH MAHSYUR....."

aryan azra delete icon 21 Disember 2015 5:35 PTG

Kisah yang menarik ni,saya pun suka

Etuza Etuza delete icon 21 Disember 2015 5:41 PTG

cerita lagenda memang menarik..pembacaannya..

tiga lalat delete icon 21 Disember 2015 6:53 PTG

salam makPah, gambar makam cik siti jalang yang makPah tunjuk tu gmbr lama ya., gmbr terbaru dalam blog wak tunjuk clear terghang lagi bersuluh., huhu2

Achmad Fazri delete icon 21 Disember 2015 7:17 PTG

kisahnya beneran nyata apa tidak PI? sungguh luar biasa suami terakhir bisa selamat dari kematian karena berpegang ilmu agama...

paridah delete icon 21 Disember 2015 9:47 PTG

Kisah benar ni Achmad Fazri n ada makamnya yg menjadi tanda...kisah yg berlaku lama dahulu n langsung tidak kita jangkakan berlaku...suaminya yg ke 100 selamat kerana ilmu agamanya yg tinggi menunjukan tika itu pengetahuan agama tlh luas berkembang...tq.

paridah delete icon 21 Disember 2015 9:51 PTG

wsalam wak...yela wak gambar makam tu pic lama...makpah cuba google cuba cari n3 wak tu tapi xjumpa kalau x tentu dh copy pic wak yg osem tu heh..heh.tq.

paridah delete icon 21 Disember 2015 9:53 PTG

kak mmg minat cerita2 begini cikgu...tq.

paridah delete icon 21 Disember 2015 9:57 PTG

banyak kisah2 lama yg menarik yg dianggap lagenda walau kdg kita sukar nk percaya tapi tidak mustahil berlaku...tq aryan azra.

tiga lalat delete icon 22 Disember 2015 3:37 PG

masih x jumpa? alaa sedihnya., mak camne google? try 'tigalalat cik siti jalang' mesti jumpa., wak kasihan tgk gmbr makam lama tuuh je

muja delete icon 22 Disember 2015 3:40 PG

sempat tengok jugak hujung hujung cerita ni.. menyesal tak tengok awal.. hehe

tiga lalat delete icon 22 Disember 2015 3:41 PG

http://tigalalat.blogspot.com/2015/09/siti-jalang.html

paridah delete icon 22 Disember 2015 8:51 PG

Ok wak...tksh banyak. makpah dh jumpa n3 tu.

tiga lalat delete icon 22 Disember 2015 9:17 PG

oke, makPah dh berjaya., ;p

dear anies delete icon 22 Disember 2015 11:15 PG

sempat gak tgk cite ni. memula rs cm x ok tp pastu melekat smpi habes ;-)

paridah delete icon 22 Disember 2015 11:16 PG

boleh ulang tengok kat tonton.com.my tv3 muja...tq

paridah delete icon 22 Disember 2015 11:18 PG

kakpun mula rasa gitu tp dh tgh sikit teringat citer n3 kat blog wak tu...tq anies.

notie delete icon 22 Disember 2015 1:00 PTG

Saya orang johor pun tak tahu cerita ini. Yang saya tahu keris awang pulang ke dayang.

paridah delete icon 22 Disember 2015 2:23 PTG

ya notie banyak kisah lagenda menarik kat johor ni...cerita lembing awang pulang ke dayang pun menarik...tq notie.

Mizz Aiza delete icon 26 Disember 2015 12:16 PTG

baru tahu ianya kisah benar.. aiza ingatkan drama tu kisah rekaan..

paridah delete icon 27 Disember 2015 10:24 PTG

kisah tu kisah benar tapi macam2 versinya aiza...tq.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”