بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....


APA YANG DIRANCANG NAK DIMASAK TENGAHARI NANTI YA? PI TANYA TENTULAH KEPADA YANG BERADA DI RUMAH TAK KIRALAH SUAMI/ISTERI IBU.BAPA, ANAK-ANAK DAN SESIAPA SAJA YANG RAJIN DAN MINAT MEMASAK ....PI KONGSIKAN RESEPI MUDAH NASI DAGING KEDAH NI UNTUK DIJADIKAN PANDUAN....

TAK PAYAH NAK MENGOMEL PANJANG-PANJANG YA....SEBAGAI MUKADDIMAH PEMBUKA KATA TAK PERLULAH BERJELA-JELA FRASANYA KAN...

Nasi Daging Kedah
Bahan sup untuk dibuat stok
1kg daging lembu - dipotong kiub besar-besar
2-3 inci halia - dipotong nipis
1 ulas bawang besar
Garam secukup rasa
Cara :
Rebus daging bersama semua bahan-bahan lain sehingga lembut dan empuk. Asingkan daging. Simpan 8-9 cawan air untuk stok nasi. Baki stok boleh dicampur lagi air untuk dijadikan sup untuk dihidangkan bersama nasi.
Bahan-bahan Nasi
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak
4 1/2 cawan beras siam
8 cawan air rebusan daging - atau lebih terpulang ikut beras yang kita guna
2-3 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar rempah sup
Bahan kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3- 4 inci halia
Kisar sehingga halus
Cara :
Cuci beras dan tapis airnya didalam penapis.
Panaskan minyak dan cairkan minyak sapi. Tumis daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga kemudian masukkan bahan kisar dan serbuk rempah sup. Tumis sehingga naik baunya.
Masukkan air rebusan daging, biar sehingga mendidih, kemudian masukkan beras dan daging yang telah direbus.
Masak seperti masak nasi biasa sehingga kering airnya.
Resepi Air Asam Tomato
2 sudu besar belacan bakar - dilarutkan bersama sedikit air dan sedikit cuka
1/2 cawan air asam pekat
4-5 biji tomato - dihiris nipis
2-3 ulas bawang besar - dihiris nipis
4-5 biji cilipadi - dihiris nipis
3-4 biji cili merah - dihiris nipis
3-4 biji cili hijau (cili muda) - dihiris nipis
Cara :
Larutkan belacan bakar dengan sedikit air dan sedikit cuka. Biar sehingga betul betul larut. Masukkan cili padi yang dipotong. Picit-picit atau tekan sedikit cilipadi dengan sudu untuk keluarkan rasa pedas.
Campur cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, dan air asam. Masukkan campuran belacan dan cilipadi tadi. Gaul rata. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.

RESEPI BONDA FB.

NASI DAGING JUGA BOLEH DIMAKAN DENGAN ANEKA LAUK/SAYUR/ULAM JIKA RAJIN MENYEDIAKANNYA....KALAU MALAS NASI DAGING DIMAKAN DENGAN SAMBALNYA SAJA PUN DAH OKEY TU..


Nasi Daging Kedah & Air Asam Tomato
PIC KONGSI RESEPI.COM


17 ulasan - "NASI DAGING KEDAH..."

muhammad nizam delete icon 15 Disember 2015 10:29 PG

biasa juga buat zaman blajar... own style gaya bebas

nohas delete icon 15 Disember 2015 10:31 PG

sedap ni..pernah makan..selalunya air asam depa, bubuh kerisik sikit..

Fida Z Ein delete icon 15 Disember 2015 10:58 PG

Assalamualaikum Pn Paridah...
Banyaknya bahan....tapi mesti sedap nasi ni...

iryanty ahamad delete icon 15 Disember 2015 11:12 PG

yan pernah buat ni kak...memang sedap naai daging ni

Zaitun delete icon 15 Disember 2015 1:23 PTG

Terima kasih kongsi resepi nanti kak Zai nak buat. Anak2 suka nasi yang sebegini.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) delete icon 15 Disember 2015 3:20 PTG

Aduhai terliur tengok PI..
Kena mencuba juga resepi ni..
Nanti hujung minggu buat..
Save dulu resepi ni..

paridah delete icon 15 Disember 2015 8:53 PTG

pandai juga cikgu masak nasi daging ya...org kedah kan mesti tau...tq cikgu muhammad nizam.

paridah delete icon 15 Disember 2015 8:55 PTG

yela nohas air asam org kedah kalau mkn nasi daging bubuh kerisik sedap tu...tq.

paridah delete icon 15 Disember 2015 8:57 PTG

wsalam fida...
nasi daging kedah bahannya lain pesen sikit rempahannya tapi sedap.
tq fida.

paridah delete icon 15 Disember 2015 8:59 PTG

yeke...pandai yan...bahannya banyak sikit tapi sedap kan yan...tq.

paridah delete icon 15 Disember 2015 9:02 PTG

cubalah zai, org kedah mmg suka nasi daging ni...tq.

paridah delete icon 15 Disember 2015 9:04 PTG

cubalah hayati dimakan bersama keluarga pasti xmengecewakan...tq.

Etuza Etuza delete icon 15 Disember 2015 11:12 PTG

kena istiqomah memasak kan PI baru aura sedap..

Fidah Shah delete icon 16 Disember 2015 4:59 PG

Sedap ni..kena pulak dengan air asamnya...eermmm lapar

dear anies delete icon 19 Disember 2015 4:18 PTG

Resepi yg sukar tp sedaoppo ;)

paridah delete icon 19 Disember 2015 9:53 PTG

kalau dh biasa buat mesti tau kedai mana nk beli bhnnya kan anies...tq.

Bunda_nora delete icon 15 Ogos 2016 9:38 PG

Sedap nampak, blom pernah buat lagi..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”