Friday 4 December 2015

LAFAZ CINTA...

ASSALAMUALAIKUM.

CERPEN{
LAFAZ CINTA
OLEH:
PARIDAH ISHAK.


Untuk mengisi kesendiriannya mengisi sepinya waktu, seorang anaknya membuka akaun untuknya di alam maya yang akan membolehkannya berinteraksi dengan lebih ramai kenalan di serata pelosok maya yang tidak ada batas sempadannya. Dengan pertolongan seorang rakannya pula yang sudah lama berakaun muka buku (baca: Facebook) yang punyai beribu kawan (baca: friends) dan mempromosi namanya di jendelanya (baca: wall) ramai jugalah yang menambah dirinya (baca: add) sebagai rakan mereka.
Bermulalah langkah menyusuri alam siber yang amat asing dan baru baginya. Generasi lama yang terkial-kial dengan fenomena baru namun teruja sekali. Lalu dengan gigih dia berusaha mempelajari segenap keperluan yang ditentukan Mark Zukenberg peneroka dan pengusaha laman maya dunia itu agar tidak tersilap klik lalu terpadam pula namanya daripada akaun itu..
Sungguh terkesima dirinya membaca coretan (baca: status) yang dimuat naik ke jendela FB yang kadangkala dirasanya terlalu berani meluah rasa. Selamba saja mencoret ungkapan yang berunsur penghinaan kepada sesiapa yang berkenaan tidak mengira sesiapa tanpa ada rasa bersalah  sedikit pun. Yang berperang kata kerana teman lelaki pun ada. Tidak terkecuali hamburan bahasa kesat kerana tidak selesa berada dalam sosio politik yang terlalu banyak cabaran hidup yang terpaksa dihadapi kini.
Kegeraman yang mengeram di hati membina arca-arca hodoh yang diukir pengukir-pengukirnya. Foto-foto porno berkelayaran dan video-video kekejaman dan kezaliman manusia yang ngeri untuk dilihat kadangkala melintasi jendela mayanya dimuat naik kenalannya yang tidak bertanggung jawab, hilang etika dan kewarasan. Terpaksa pula dia menyembunyikannya (baca: hide) atau memadamnya (baca: delete). Tapi tidaklah dia menghapuskan nama (baca unfreind) kenalannya itu daripada senarai kenalan-kenalannya..
Jikalau dia merasa status kenalan-kenalannya wajar dia menyukainya (baca: like) maka dia akan dengan sukacita mengklik like.
Sedang kusyuk dirinya menatap aksara yang tersusun di jendela FBnya matanya menancap kotak pesanan (baca: inbox) yang ada tanda merah. Maksudnya ada yang mengirim pesanan yang memintanya meluluskan (baca: apps) permintaan sesaorang sebagai kenalannya. Setakat hendak membenarkan permintaan seseorang yang ingin menjadi kawan maya dan menambah kenalan sedia ada tidaklah menjadi masalah kepadanya walau dia tidak mengenali si polan itu lantaran berselindung di sebalik penyamaran nama dan wajah sebenar. Dia amat memahami kondisi itu. Memang  tidak patut mendedahkan identiti dan fakta sebenar mengenai diri masing-masing di laman maya yang kadangkala                                                                                                                                                                 akan mengundang bahaya sekiranya ada yang mengintai jendela kita dengan maksud sebaliknya. Lagipun kita tidak kenali siapa mereka dan identiti sebenar diri mereka. Tasdik tujuan di hati lagilah langsung tidak diketahui. Dia berfirasat begitu mungkin..
Maka nama kawan-kawan mayanya pun seiring dengan minat masing-masing. Sering bertukar ganti pula. Tidak akan menjadi kesalahan yang akan didakwa dalam berakaun FB. Agaknya siapa  yang akan menjadi kenalannya yang ke 500 pula. Berbangga juga dia dengan kenalan FB seramai itu walau tidak sejumlah 5k seperti kenalan-kenalan FBnya yang lain. Mengumpul kenalan maya begitu ramai bertujuan bersilaturahim, menjalen ukhwah kemesraan hingga memetri ikatan persaudaraan semata pasti Allah merestui niat suci murni itu. insyaAllah. Padanya hakikat sebenarnya tidak jadi begitu lantaran yang sering menyapanya dengan coretan manis membalas bicara statusnya hanya seorang dua.
Mungkin kenalan barunya ini yang minta diluluskan untuk jadi kawan FB yang bermakna baginya dalam ertikata sebenarnya.
“Hmm Dagang Perindu! Siapakah dia? Cursor laju saja menekan nama itu.
“Oh! Dia rupanya. Terjumpa dalam ni pula kita ya.” Berpuluh tahun terpisah tapi wajah itu masih dikenalinya.
“Kau ni macam tiada siapa lagi yang kau berkenan kecuali dia.”
“Aku tak berkenan pun dengan dia cuma berkawan saja. Kan kita kawan sepejabat. Macamana aku kawan dengan kau begitulah aku kawan dengan dia.”
“Tapi kenapa kak Mazni kata kau yang sibuk mengorat laki dia.”
“Mana ada! Kau ni pandai-pandai saja menuduh. Tak mahunya aku merampas laki orang. Apalagi nak bermadu dengan kak Maz yang cantik molek tapi garang tu.”
“Sebelum terjadi apa-apa baik kau jangan rapat berhubungan dengan dia. Kau kata kau tak suka dia tapi cara kau melayannya bukan main mesra lagi.”
“Layanan mesra sebagai seorang kawan saja. Tidak lebih dari itu”
“Tapi aku rasa dia tak anggap begitu. Nampak macam orang yang dah mabuk kepayang. Sentiasa nak dekat dengan kau pantang ada peluang.”
“Ish! Lantak dialah Nor. Yang penting hati aku. Kau beritahu kak Maz aku tak minat dengan laki dia dan tak akan ambik laki dia buat jadi laki aku. Kau kan rapat dengan kak Maz.”
“Iyakah? Jangan yakin sangat Syani.”
“InsyaAllah.”
‘Rupanya Dagang Perindu ini adalah suami kepada Mazni yang sering merayu cintaku tapi tidakku hiraukan.’ Nostalgia lalu menggamit memorinya.
Foto-foto yang dimuat naik ke jendela maya Dagang Perindu diamatinya satu persatu. Tidak kelihatan pula wajah kak Mazni isteri kepada Dagang Perindu terselit dicelah foto-fotonya yang banyak itu. Tetapi wajah seorang wanita ayu yang padanya amat berbeza wajahnya dengan kak Maz.’ Siapakah ini? Masakan wajah kak Maz secantik dan semuda ini? Sudah hampir 20 tahun jangkamasa perpisahannya, pasti ada perubahan yang ketara pada wajahnya.’ Bertanya pula kepada dirinya sendiri.
Bicara Nazmi @ Dagang Perindu   via ruang berbual ( baca: chat room) hanya mengungkit kisah lalu mereka yang kononnya sangat berbahagia dijalani dengan rasa cinta. Sedang langsung tidak difahami maksud sebenarnya. Masih tidak jemu mengayatnya dengan gula frasa cinta yang indah berbunga. ‘ Nazmi! Nazmi! Masih tak berubah perangai kau ya. Kau tak bacakah status tentang diri yangku tulis dijendela mayaku bahawa aku sudah berkahwin? Berdosa tau merayu isteri orang.’
Setelah meluluskan permohonan kenalan lamanya menjadi kenalan baru FBnya dia menerima satu lagi permohonan serupa. Kali ini dia merasa dia mengenali siapa yang memohon itu kerana sering membaca komentarnya yang ditulis membalas (baca: reply) dalam post/kiriman Nazmi. Wanita yang sangat mesra bersama Nazmi itulah orangnya dan akan.mudahlah baginya mengemukakan pertanyaan apa saja yang terdetik di hatinya tentang bentuk tanya yang banyak bergentayangan di mindanya.
+ Kau tahu Nor, Nazmi add aku kat fbnya.
-         Habis kau apps?
+ Mestilah! Kawan lama tak jumpa…nak tahu juga khabar dan cerita mereka.
-         Tak bimbang kisah lama berulang kembali?
+ Takkan lah kot. Kita kan masing-masing dah berusia. Kisah lama hanya jadi kenangan. Mustahillah dia nak terpikat dengan aku yang dah kedut seribu ni.
-         Cinta tak mengenal rupa dan usia Syani ooi!
Mungkin betul kata Nor kepada Syani kerana dunia diperlihatkan tentang putera ratu Elizabeth waris takhta Britain yang sanggup meninggalkan isterinya yang muda lagi cantik jelita tetapi berpaling kepada kekasihnya yang amat dicintainya sejak lama walau telah berusia. Putera Charles menyatakan cintanya kepada kekasih lamanya itu bukan cereka walau kekasihnya itu telah berkahwin. Demi cinta sejatinya kepada kekasih itu terlerailah ikatan perkahwinan masing-masing.
Dan dikahwini kekasihnya itu dengan meninggalkan puteri Diana yang telah melahirkan dua orang putera kepadanya. Puteri Diana kemudiannya meninggal dunia bersama temannya Dodi al Fayed dalam kemalangan jalan raya di Paris. Sayu dan hiba pula hatinya mengenangkan nasib malang puteri Inggeris itu yang diabaikan kasih sayang suaminya yang didambakan sepatutnya menjadi miliknya. Tanpa sedar naluri wanitanya yang halus menitiskan air mata.
Dia mengharapkan kisahnya dan Nazmi tidak akan begitu. Cintanya hanya untuk suaminya. Bukan untuk Nazmi walau secebis rasa. Sekirannya tidak dilayan akan gangguan perasaan yang dicetuskan Nazmi kepadanya sudah tentunya semua itu akan berlalu tanpa kesannya begitu saja.
Idola cintanya  hanya Rasullullah junjungan nabi Muhammad saw yang menyemikan cinta abadi kepada ummul mukminin saidatina Khadijah isteri baginda yang pertama. Percintaan indah dan sebenar dengan ijab Kabul yang sah berwali, bersaksi hanya di dalam perkahwinan yang menjanjikan kebahgiaan dengan jodoh yang ditakdirkan Allah.
+ Tapi yang aku heran kenapa tiada foto kak Mazni dalam wall dia.
-         Entahlah Syani! Sejak dia dan kak Mazni bertukar ke cawangan syarikat kita yang lain aku pun tak tahu apa kisah mereka. Mungkin sudah meninggal dunia kot.
+ Ish! Kau ni Nor, begitu pula sangkanya.
-         Hidup dan mati kan lumrah. Dah ramai kawan-kawan sepejabat kita dahulu yang dah arwah. Kitapun akan mengikut jejak mereka bila tiba masanya.
+ Harapnya apa yang kau fikir tu bukan kenyataannya. Nanti aku tanyakan pada Syira, kenalan baru yangku lihat sering menempel wajahnya bersama Nazmi.
Hih..hih..hih! aksara pendek berserta smiley orang ketawa besar tertera di kotak pesanannya (baca: inbox).
-         Macam cemburu jer?
+Ish! Merapu jer kau ni.
Leka dia mengadap media yang baru dikenalinya sehingga dia perasan Syira tidak lagi membalas setiap kiriman Nazmi ke jendelanya seperti kebiasaannya. Seorang lain pula yang wajahnya kelihatan seakan kak Mazni pada pandangannya yang sering dengan mesra membalas statusnya. Nampak gaya cara tulisnya kawan Nazmi ini orang dari seberang. Belum sempat dia hendak bertanya begitu begini kepadanya tentang kak Mazni sudah hilang pula Syira. Ke mana menghilangnya? Hatinya diserbu tandatanya.
Lagi sekali kejutan kabar yang diberikan Nazmi kepadanya bahawa dia akan ke Malang menikahi wanita yang menurutnya adalah cinta sejatinya hingga ke mati. Malinda sussanti menjadi pilihannya. Insiden yang merakam peristiwa manis lagi bersejarah dalam hidup Nazmi diikutinya lewat foto yang dimuat naik ke jendelanya tetapi tetap berkelayaran seluruh maya dunia. Mesti Syira yang dirasainya berhubungan rapat dengan Nazmi mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kisah Nazmi ini; dia nengagak begitu.
+ Lama Syira tidak post status, kenapa? Ke mana menghilang? Kebetulan Syira dah inbox kak ni dapatlah kak bertanya sesuatu.
-         Ada saja kak! Tak ke mana-mana pun. Tanyalah kak. Apa yg saya boleh jawab saya akan jawab.”
+ Kak ingatkan dik Syira ni isteri Nazmi kak Mazni, tapi kak hairan pula bagaimana pula Nazmi boleh berkahwin dengan Malinda tu. Jangan marah kak bertanya ya Syira.
-         Saya memang isterinya. Abang sebenarnya dah lama bercerai dengan kak Mazni. Puncanya kerana abang ada hubungan dengan wanita lain.
+ Setelah bercerai dengan kak Maz, Nazmi berkahwin dengan Syira? dia menjebak tanya.
-         Iya kak! Tapi bukan saya yang menjadi punca perceraian mereka tapi seorang wanita lain. Saya masa tu tak kenal lagi dengan abang Nazmi. Kak Mazni memohon fasakh di mahkamah syariah.
+ Hmm…begitu kisahnya ya!
- Saya kenal akak pun sebab terbaca mesej akak dalam inbox abang Nazmi. Saya rasa abang Nazmi cuba merayu dan menggoda akak juga tapi akak langsung tak layan. Tapi nampaknya abang berjaya memujuk wanita Indonesia yang sebaya dengan usianya itu untuk menjadi isterinya.
+ Kak sebenarnya tak pernahpun bercinta dengan Nazmi, Syira. Kami berkawan saja pada kak. Mungkin anggapannya kak ini tak begitu baginya. Tapi itu kisah silam kami Syira. Semuanya sudah dihapuskan masa. Jadi Syira ini isterinya selepas dia ceraikan kak Mazni ya?
- Bukan selepas itu tapi lama selepas itu. Kami berkenalan dalam suatu majlis anjuran syarikatnya berkerja dan syarikat saya berkerja. Kami berkahwin senyap-senyap di sempadan dan tak siapa pun tahu.
+ kak ada juga bertanya Nazmi kenapa sampai perlu berkahwin lagi dan bercerai dengan kak Mazni sedang kak tengok mereka adalah pasangan yang berbahgia. Katanya rumahtangganya tidak dapat diselamatkan lagi…rupanya begitu kisahnya. Habis Syira tak rasa kecewakah dengan perbuatan Nazmi tu?
Pertanyaan apakah itu? Sekadar bertanya mengetik aksara padahal dia tahu betapa sakitnya hati seorang wanita pabila suami kecintaannya direbut wanita lain.
-         Memang sedih sangat kak, tapi abang tak mahu ceraikan saya. Sudah saya nasihatkan dia, janganlah berkahwin dengan wanita itu sedang baru saja berkenalan dif b. saya kan isterinya yang tidak kurang suatu apa. Saya sangat-sangat sayang dan cintakannya. Dalam kehidupan kami saya melakukan apa saja demi kebahgian kami termasuk berhabis wang ringgit dan masa menjaga dirinya yang ada masalah penyakit tiga serangkai tu.
+ bersabarlah Syira. Kak pun turut bersedih juga, dengan apa yang Syira alami. Nasib kita ni kadang tak seperti yang kita harapkan. Cuma jangan terlalu bersedih dibuai rasa kecewa, marah, sedih. Pasti ada rahmat tersembunyi apa yang telah berlaku. Mungkin kita melihatnya ketawa dengan kebahgiaannya yang dirasakan hari ini dan jangan kita iri. Justeru Allah menyimpan rahsia skrip hidup hamba-hamba-Nya. Banyak-banyak bersabar ya Syira.
-         Saya tengah sedih ni kak dan bercadang nak tuntut fasakh di tempat kami berkahwin dulu kak. Terpaksalah saya ke Thailand selepas ni.
‘Begitu pulakah Syira? Tak dapat pula nak salahkan Syira diatas tindakan yang diambilnya kerana situasi bermadu tidak mampu dijalaninya. Biasalah/normal.  Selera kita pun berbeza-beza Walau makanannya enak, menyelerakan dan tidak beracun tapi ramai yang menolaknya kerana tidak berselera. Madu hanya manis kepada yang menyukainya tapi lebih pahit dari jadam bagi yang fobia dengannya. Hairan sungguh aku dengan kau ni Nazmi. Sudah miliki isteri yang cantik jelita tapi masih mengejar yang lain untuk dijadikan pasangan bercinta. Apakah yang kau cari sebenarnya? Agaknya kau masih rindukan kasih sayang kak Mazni yang telah meninggalkanmu kerana kesalahanmu mencuranginya. Setelah kehilangannya kau berusaha mencarinya semula walau yang kau temui itu seakan tapi tetap tak serupa.’

TAMAT.


24 comments:

  1. Salam, Done follow,

    Singgah teratak Saya ye : http://wzalehawismail.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. tksh sudi singgah n follow karyaku wan zaleha.

      Delete
  2. salams rindu untuk kak dah...dah lama sangat saya tak bw rakan-rakan:)

    ReplyDelete
  3. Nasib dah tamat..
    Pandai paridah tulis cerpen..
    Akak peminat cerpen sebab ada penamat yg segera .. dari novel.. mahu tiga bulan baru akak habis baca ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tapi novel walaupun berbulan puas baca..

      Delete
    2. cerpen cpt jer tamatnya dibaca yati tapi nk tulisnya yg lama sikit.
      sekadar tulis apa yg terlintas di minda je...xpandai pun....tq hayati.

      Delete
    3. wah yan peminat novel ya...ralit baca novel ni yan..setap penulis novel berbeza ide tampilan mrk...tq.

      Delete
  4. asalam Pi ,menarik..hebat berkarya..ada moral of value..teruskan usaha ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam cikgu...menulis suka2 saja. tq cikgu etuza...insyaAllah.

      Delete
  5. Ada sambungan lagi tak cerita ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. elek...heh..heh...dh xderlah tu fida...tq

      Delete
  6. Suka baca cerpen..Cerita yang menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...tksh fidah. ada cerpen yg tinggi nilai sasteranya tapi cerpen kak just cerpen..

      Delete
  7. hasil karya pak admin sebuah cerpen yang sangat menyentuh dan mengalir seperti aliran anak sungai cerita yang disuguhkannya...indah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah melambung pujiannya dik chilembu thea tksh banyak...terjatuh sakit tu heh..heh..

      Delete
  8. bahaya jugak facebook ni..kadang2 boleh mengundang memori lama kalo ade add bekas2 ex :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg xboleh dinafikan berlaku semua tu cikgu n perlu bijak mengurusnya kan...
      tq cikgu nick nashram.

      Delete
  9. org muda xexpert bab pujuk rayu ni siti heh..heh...tq.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist