بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAKUM...

THE LOST WORLD ...TIADA JALAN KELUAR.

SIAPA SANGKA PERCUTIAN PARA PELAJAR UNIVERSITI TUN MAHATHIR KE LANGKAWI UNTUK MENYIAPKAN ASSIGNMENT DIRUNDUNG MALANG. PESAWAT BOENG 777 300ER, PENERBANGAN MH707 TERHEMPAS DI PULAU MISTERI.

AFIQ ZAKI, TENGKU NIZARIF, UMMU HABIBAH, TIGA ORANG SAHABAT BAIK ANTARA PENUMPANG PESAWAT ITU. PULAU ITU MENYIMPAN MISTERI YANG PASTI DIBONGKARKAN MEREKA YANG TERLIBAT.

ENTAH KENAPA TIADA PULA PENYELAMAT YANG DATANG MENCARI DAN MENYELAMATKAN MEREKA DARIPADA KEGILAAN INI.
SIAPAKAH YANG TERSELAMAT DARIPADA MAKHLUK PRASEJARAH DAN ANCAMAN-ANCAMAN LAIN BERSILIH GANTI.

SIAPA PULA YANG SANGGUP BERKORBAN NYAWA DEMI SAHABAT TERSAYANG?


DEMIKIAN ANTARA SECEBIS SINOPSIS CERITANYA.

NOVEL INI KARYA PENULIS MUDA HELMI EFFENDI.

KALAU NAK TAHU KESELURUHAN CERITANYA HARUSLAH BELI DAN BACA. DITAMBAH DENGAN CURIOURSITY KITA TENTANG INSIDEN MH370 YANG HILANG TANPA JEJAK ITU.

PI PUN SEDANG BERUSAHA UNTUK MENGHABISKAN BACAAN NOVEL NI YANG DIHADIAHKAN ANAK PI BARU-BARU NI.. KALAU DILIHATNYA BUKU YANG DIBELINYA MAKNYA TAK USIK BACA TENTU LAIN KALI TAK INGIN DIBELINYA LAGI KAN...

KOMEN PI.


NOVEL NI SANGAT MENARIK DIBACA GOLONGAN REMAJA KERANA PENGISAHANNYA MERANGKUMI SEMUA KEGILAAN REMAJA. ADA UNSUR SAINS, MEDIK, SEJARAH, SERAM, SOSIAL DAN SEDIKIT KEAGAMAAN. SEDIKIT SAJA TU,
WATAK-WATAKNYA TERLALU BANYAK.
PENULISNYA BIJAK MENUKARKAN WATAK PROTOGONIS MENJADI ANTIGONIS MENGIKUT KESESUAIAN CERITA.

PENGISIANNYA TIDAKLAH TERLALU MELALUT WALAU TERPAKSA KREATIF DALAM PENULISAN.

JUMLAH MUKASURATNYA 721 HALAMAN.
HARGANYA 28RM..WM,,,31RM EM.


20 ulasan - "MH 707 TERHEMPAS DI LOST WORLD?"

Kakzakie delete icon 15 Oktober 2014 12:09 PTG

Kakak ingat incident betul-betul tadi - berdegup dada kakak
Cuma yg hairannya Lost World kakak ingatkan di Lost World of Tambun hihi...
Macam-macam kakak fikir - sekali cuma novel. Mesti best ni:)

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 15 Oktober 2014 12:19 PTG

novel rupanya...

AMIIZAA delete icon 15 Oktober 2014 1:07 PTG

kak betul2 rasa suspen saya baca.....uhuhhuhuh

Bin Muhammad delete icon 15 Oktober 2014 2:04 PTG

Kita serupa lah akak zakie... Ingatkan insiden betul tadi! Hehe... Bijak bermain dengan tajuk Kak Pi ni... :)
Mesti menarik novel ni!

Bunda a.k.a KN delete icon 15 Oktober 2014 2:13 PTG

Itulah...mula2 baca tadi ingatkan kisah benar.....tapi kenapa bunda tak tahu dan tak dengar berita dalam tv...adoii suspen...

Ada yer cerita novel tentang kapal terbang MH jugak terhempas ?...bunda ni jarang membaca..apa lagi novel..

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 15 Oktober 2014 2:42 PTG

Tergamam zumal baca tajuk entri nie... Nampak can best jer novel nie, macam ada satu novel yang pernah zumal baca kalau tak silap tajuknya Pulau Rama-rama ^_^

Faarihin delete icon 15 Oktober 2014 3:19 PTG

Masa baca tajuk tu fikir jugak. MH 707? bila berlaku.. Bila baca isinya, oh novel rupanya. >__<

Nak tahu cerita seterusnya kena carilah plak buku ni. Macam best.

nohas delete icon 15 Oktober 2014 4:27 PTG

700++ mukasurat...kalau saya, jenuh nak habiskan ni..

Diana Rashid delete icon 15 Oktober 2014 6:36 PTG

mesti ramai yang suka nak baca ni sebab ianya masih lagi menjadi misteri..

paridah delete icon 15 Oktober 2014 6:38 PTG

tebal juga novel ni tapi kalaurajin mengadapnya sari dh hbs...tapi kah berminggu juga membacanya xhbs2 lagi heh..heh..tq nohas.

paridah delete icon 15 Oktober 2014 6:43 PTG

heh..heh..manipulasi tajuk....tq amiiza.

paridah delete icon 15 Oktober 2014 6:46 PTG

heh..heh..bukan saja2 nk buat saspen tapi dh jadi gitu...novel terbaru di pasaran ni bunda...tq

paridah delete icon 15 Oktober 2014 6:51 PTG

heh..heh..tajuk biar gempaq spt kata gee lion...novel cerita ringan mmg best semua elemen digabung...sampai spirit of the coin pun ada...tq faarihin.

paridah delete icon 15 Oktober 2014 6:57 PTG

yeke...kak xbaca lagi novel Pulau Rama-rama tu...mesti menarik ceritanya...biasalah penulis novel muda sekarang ni banyak ide...tq zumal.

paridah delete icon 15 Oktober 2014 6:59 PTG

Heh..heh..novel jer...tq MKL.

paridah delete icon 15 Oktober 2014 7:01 PTG

Heh..heh apply teknik SEO belajar dgn dik BM..tq dik.

paridah delete icon 15 Oktober 2014 7:08 PTG

LOST WORLD OF TAMBU N? Jauh fikirnya tu..maaf buat dada kakzakie berdegup...tapi novel ni best juga dibaca kita terpesona dgn kreativiti penulisnya melakar cerita...tq kakzakie.

paridah delete icon 15 Oktober 2014 9:30 PTG

pandai penulis exploitasi cerita mengikut masa utk menarik pembaca kan...tq diana.

Gee Lion delete icon 16 Oktober 2014 10:59 PTG

tak terjumpa pulak novel ni ari tuh!
kena beli ni, pasti beli! thanks kak paridah inform!

Etuza Etuza delete icon 16 Oktober 2014 11:00 PTG

wah seorang penulis tahniah ya , teruskan usaha

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”