Friday, 19 December 2014

BICARA DATO' DR.HJ FADZILAH KAMSAH...

Assalamualaikum..

SALAM JUMAAT YANG MULIA..


PIC GOOGLE UNTUK HIASAN.

As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah. Moga Jumaat ini membawa 1000 keberkatan. Salah satu syarat asas utk didik anak menjadi cemerlang ialah dgn membentuk suasana rumahtangga yg harmoni. Hari ini, saya seru diri saya & semua suami agar pamer kasih syg lebih drp biasa kpd isteri & semua isteri pamer lebih kasih syg kpd suami. Setiap pagi cuba doa & fikir: Bagaimana nak buat pasangan ku & anak2 ku agar tersenyum pagi ni. Senyum waktu pagi in sya Allah akan rangsang keceriaan, semangat, kesihatan & peningkatan prestasi sepanjang hari. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aameen, wassalam.

2.  Kita jadi ORG BAIK sbb Allah tak uji kita dgn beri peluang utk buat jahat. Jika Allah beri peluang utk buat jahat, blm pasti kita masih baik spt sekarang. Justeru, kita kena berterusan berdoa, usaha & pesan kpd diri & org lain utk sentiasa berbuat baik. Jgn menghina org yg melakukan kejahatan. Mrk mungkin sempat BERTAUBAT sblm meninggal dunia. Kita yg baik, tapi masih byk dosa ni, blm pasti sempat bertaubat sblm mati. Justeru, bersangka baik kpd semua org di sekitar kita. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. 

3.  Tidak salah untuk seseorang itu bertukar bidang asalkan mereka tahu dan boleh mengenalpasti bagaimana ilmu-ilmu yang dipelajari sebelumnya boleh bersalingkait, memberi manfaat dan melengkapkan ilmu yang ingin diceburi.

4.  Jika di tanya: Kenapa Allah masih hidupkan aku hari ini? Jawapan Imam Al Ghazali: "Kerana dosa ku terlalu byk & Allah masih izinkan aku utk bertaubat." Mari kita hisab diri kita & peka betapa byknya dosa kita! Mari kita segera bertaubat dgn solat taubat setiap mlm, istighfar 100X, maafkan semua org agar Allah maafkan kita & rangsang semua org maafkan kita, mohon maaf drp ibubapa & semua org di sekitar kita & sentiasa berdoa agar kita mati dlm husnul khatimah. Moga Allah sentiasa rahmati & lindungi kita semua. Aamiin, wassalam.

LIKE PAGE FB DATO, DR HJ FADZILAH KAMSAH..

Thursday, 18 December 2014

BERCAKAP DENGAN ULAR TEDUNG?

ASSALAMUALAIKUM...

WAH TAJUK N3NYA KAN MAIN SENSASI LAGI. TAPI ITULAH KEBENARANNYA. PENGALAMAN HIDUP KITA INI BERBEZA-BEZA MENGIKUT KERJAYA DAN RUTIN KITA. PI MEMANG GEMAR MENGETAHUI PENGALAMAN HIDUP ORANG LAIN YANG DITAKDIRKAN UNTUKNYA. SEMUANYA ADALAH JUSTERU ALLAH MENGHENDAKI DAN MENGIZINKANNYA BERLAKU.

PI KONGSIKAN SEKALI LAGI CERITA PENGALAMAN MENARIK SDR.ABD.LATIFF OSMAN SEORANG PEGAWAI HUTAN YANG KINI TELAH BERSARA DARI BIDANGNYA YANG DIPETIK DARIPADA WALL FB BELIAU.


Peristiwa ngeri semasa bertugas DiJabatan Hutan.selama hampir 36 tahun
Semasa bertugas Di Negri 9
Tak sedar duduk atas belakang ular sawa ( besar badan ular tu besar sedikit dari batang pokok kelapa) bila dah duduk dlm 5 minit badan nya bergerak baru tahu duduk atas badan ular sawa.( Semasa bertugas di Gunong Angsi)
Peristiwa 13 May, saya dimarahi Polis kerana berbasikal dalam kawasan perkampung cina nak balik ke Pedas Rembau dari seremban dekat Rahang (Malam pukul 11, sebenar nya masa tu saya tidak tahu telah berlaku Rusuhan Kaum) polis iringi saya hingga ke tempat selamat berhampiran Sungai Gadut.
Semasa bertugas DI Pahang.
1. Saya dikejar oleh sekawan gajah.
Cerita nya:
Saya kalau berjalan dalam hutan sentiasa cepat menurun bukit ikut jlan pembalakan saya berlari,jadi jauh lah kawan2 lain tinggal dibelakang.
Semasa menunggu kawan dibelakang saya ( Di Hutan Simapn Aur Gading Lipis) ternampak saekor anak gajah sedang berkubang dalam lopak air atas jalan pembalakan tu,
Dalam lebih kurang 10 minit saya perhatikan dari jarak 100 meter, anak gajah tu bangun menuju kepada saya sambil berbunyi ( munkin memanggil gajah yg lain)
Maka keluar lah 6 ekor lagi gajah yang besar dari hutan tu menuju ke saya,
Alhamdulillah saya sempat selamatkan diri dengan terjun dari tebing yang tinggi (lebih kurang 20 kaki ) kedalam sungai.dan kawan2 saya bila terdengar saya menjerit kata ada gajah mengejar mereka pun terjun sama dalam sungai.
2. Dihutan Simpan Tekai Tembeling Jerantut.
Semasa saya sedang berjalan memereksa sempadan kawasan lesen Pembalakan tetiba berdiri saekor Ular Tedung Sela ( Tedung Selar ) sama tinggi dengan saya kepala nya kembang,
Dalam 2 atau tiga minit saya kaku dan lupa ada parang dipinggang saya, Ular tu pun tidak bergerak.
Bila saya tersedar dari panik tu, ular tu masih berdiri tegak, masa tu saya teringat pada pesan orang Tua2, kalau dengan Ular Tedung Sela berdiri didepan kita hendak lah bercakap, habis bercakap kita lakukan lah sesuatu,nasib lah siapa dulu.
Lalu saya bercakap " Aku nak lalu bukan nak ganggu engkau"
Habis saja saya bercakap terus capai parang dipinggang dan ular tu pula terus turunkan badan nya masuk kedalam hutan.
Balik ke Rumah 3 hari saya demam.
3, Dihutan Simpan Tekai Tembeling juga.
Setelah berkhemah dalam hutan selama 10 malam. pada mlm nak balik tu saya terdengar bunyi anak kucing tak jauh dari kemah saya ( sebenar nya bunyi anak kecil Harimau) lalu saya bangunkan orang2 saya minta buat unggun api segera sambil sambil menjerit dengan kuat,
pagi nya setelah kami siap berkemas nak balik saya pergi tenguk tempat saya dengar suara anak kucing tu, saya dapati kesan tapak kaki Ibu dan anak Harimau.
Kami bertolak balik dari hutan lebih kurang pukul 7.30 pagi meredah hutan belantara, pukul 6 30 ptg baru jumpa jalan Pembalakan,
Sesampai dijalan Pembalakan, kawan2 semua sudah tidak mampu berjalan lagi kerana keletihan dan lapar,
Lalu saya dengan berbekal sebilah parang, air tea O manis dan dua batang lilin keluar saorang diri mengikuti jlan balak dalam gelab gelita mencari bantuan sejauh 20 batu saya berjalan saya terbau Asap,
Bila terbau Asap atau nyamuk banyak itu tanda nya kita telah hampir dengan kawansan kampung atau ada orang berkemah .
Lalu saya pasang kan lilin sambil terus bejalan, bila sampai dengan kongsi balak (Saya diatas bukit) saya nampak ramai kakitangan Jbt Hutan tapi dari Daerah lain berada di Kongsi balak tu,
Bila mereka nampak api lilin yang saya bawa tu,(Mereka sangka cahaya mata diri binatang) saya terdengar mereka berkata "Ambil Senapang cepat ada Rusa atas bukit tu,
Saya terus menjerit memperkenalkan diri.
Setelah saya diberi makan dan minum, saya minta pemandu Jbat Hutan Unit Daerah tu meminta pergi mengambil kawan2 saya yg keletihan didalam hutan.
Mula nya pemandu itu enggan, lalu saya ambil Log Book Kenderaan Pemandu itu dan saya tulis " Saya telah mengarahkan pemandu Land Rover XX XXXX pergi mengambil anggota unit PSN Negeri " dan saya tandatangan,
Erti nya kalau Pemandu itu tetap tidak mahu pergi apa2 berlaku pada rakan2 saya dia akan bertanggung jawab,
akhir nya dia setuju bila saya dah tulis dalam Log Book nya dengan syarat saya sendiri yg memandu Land Rover tu
dan terus mengambil rakan2 saya.
Alhamdulillah semua selamat.
4:Di Hutan Simpan Lesong Rompin.
Semasa saya serta 4 rakan lain hendak balik ke Khemah melalui jalan Pembalakan saekor Harimau Belang tersangat besar melopat dari tebing kanan ke tebing kiri betul2 melintas di atas kepala kami,( Jarak tebing kanan ke kiri dalam 12 kaki..}

Wednesday, 17 December 2014

ORKID-ORKID HUTAN...SUBHANALLAH CANTIKNYA...

ASSALAMUALAIKUM...

ORKID-ORKID HUTAN YANG MENAWAN.






Photo: Coming Soon open 4 sale...

Photo: Anosmum dah brkmbang..... Indahnya ciptaan mu Ya Allah...
http
PIC LIKE PAGE ORKID HUTAN.

Seliratan cinta bab 5


“Rizal sudah balik ya Min? Untung kau dapat bertemu dengan anak kesayangan  ya Min… hai tak sabar kau nak jumpa anak. ” Datin Majmin mengangguk, tersenyum lebar menyambut ucapan temannya yang sudahpun tahu ceritanya tanpa perlu dia menjelaskannya lagi secara rinci..
Dia mengharapkan gelongan rambut yang sedang dirungkai Ita akan segera berakhir dan dia boleh cepat pulang mendapatkan anak kesayangannya. Buah hati pengarang jantungnya yang satu itu. Sekian lama tidak bertemu, rindunya bukan kepalang lagi.
Gembira sungguh hatinya bertemu semula dengan insan yang tersayang yang telah hilang dari sisinya selama ini.
“Mon, aku balik dulu ya. Selamat tinggal. Take care.” Dia menciumi pipi temannya itu mesra, kanan dan kiri sebelum meninggalkannya.
“Apahal pun you call me.” Tukas Datin Maimon. Melepaskan pandangan pada Majmin yang mulai melangkah meninggalkannya.
Maimon mengambil tempat yang ditinggalkan temannya. Dia hendak membasuh rambut seperti sering dilakukannya. Seminggu sekali.
Dia seronok sesekali membiarkan jejari lembut wanita di salon memicit kulit kepala dan rambutnya akan mengerbang lembut laksana sutera, harum mewangi setelah usai dicuci.
Akar rambut pula akan tumbuh subur di kulit kepala. Demikian iklan shampoo rambut yang mempengaruhi nalurinya yang ditatap slot siarannya setiap hari di TV.
“Dia langsung tidak bimbang tentang cerita artis sibuk tekel Datuk seperti sibuk digosipkan dalam majalah sekarang ni. Riak wajahnya selamba je.” Datin Maimon memberi ulasannya setelah ketiadaan temannya.
‘Hai teman sendiri pun jadi mangsa umpatan.’ Detik hati Ita. Demikianlah resam manusia, bila berhadapan muka bukan main manis budi bahasa, setelah berpaling belakang, umpat keji pula yang kedengaran, demikian hati Ita merumuskan.
“Kenapa Datin bimbang sangat ke?” Dia bertanya sekadar mengisi masa sunyi dengan bualan ringkas.  Maimon tidak membalas pertanyaan itu. Tetapi hati kecilnya tetap mengiyakannya.
‘ Siapalah yang tidak takut kehilangan suami tersayang, ahli perniagaan berjaya, Datuk lagi. Kalau berani hendak ambil laki aku tahulah cara aku nak mengerjakannya’. Dia menggumam geram. Bibirnya diketapkan. Giginya dikancing rapat.
Apa yang menggeluti perasaannya hanya dia yang tahu betapa serabut dan kacaunya. Dia memang terlalu sayangkan suaminya. Dan tidak mahu kehilangannya. Apalagi hendak berkongsi dengan sesiapa yang mahu menjadi madunya.
Dia tahu bermadu itu sunah Rasullullah SAW tetapi Nabi yang mulia itu hanya memadukan isteri-isterinya setelah kewafatan Saidatina Khadijah Ummul Mukminin yang sangat dicintainya. Dia pun sangat rela sekiranya dia telah tiada suaminya itu hendak memadukan isterinya pula. Tapi tidak sekarang. ‘No way.’

                                                            

 Shopping Complex itu tidak begitu ramai pengunjungnya. Mungkin agaknya keadaan yang lengang itu disebabkan waktu sekarang orang-orang yang di opis sedang berkerja. Begitu juga di sekolah atau di tempat-tempat lain.
Bukan sekarang masanya untuk membeli-belah jika tidak teramat penting. Atau keperluan yang sangat mendesak. Biasanya sesaorang itu hanya akan melakukan urusan sampingan setelah menyelesaikan tugasan utama.
Dua orang lelaki sedang membelek perfume yang berjenama buatan luar negara yang diletakan di dalam lemari kaca yang khusus untuknya.. Barangkali lelaki-lelaki ini sudah usai tugas utamanya. Sekarang ini melakukan urusan sampingan pula.
“Yang ini wangi Datuk. Cuba cium.” Amin memberikan sebotol kecil minyak wangi kepada Dato Shaari. Dicapainya. Dia mencium baunya. Bergerak keningnya. Dahinya berkerut. Wajah yang bergaris dengan kerutan menjengah anak mata Amin. Menuturkan reaksi yang tidak disenanginya.
“Ini bau jantan. Tidak sesuai. Kau pilih untuk kau sudahlah. Biar aku yang pilih apa yang aku hendak.” Tegas sekali bunyi suaranya siap dengan arahannya.
“Saya pun boleh pilih juga ke?” Tanya Amin dengan penuh rasa gembira.
“Eh.. Tanya pulak dia. Sejak bila dah pandai bertanya ni. Sudah… kalau nak, pilih cepat. Jangan sampai aku ubah fikiran pula nanti.” Amin tidak sabar lagi hendak memiliki pewangi kesukaannya.
Dia tercari-cari jenama dari luar negara dengan harga yang tidak mampu dia membayarnya. Matanya liar menjengah segenap sisi.
‘Sesekali dapat merasa belanja Datuk biarlah berbaloi barang yang hendak dibeli. Orang hendak belanja, bukan kena beli sendiri. Lupakan dulu tentang kempen beli barangan tempatan. Barangan tempatanpun asasnya banyak elemen impot.’ Demikian kalbunya mencongak kira. Membenarkan keputusannya.
Melihat telatah Amin sebegitu Datuk Shaari menggelengkan kepala. Cepat pula Amin menemukan apa yang dicarinya. Dan  membawa pewangi pilihannya pada gadis jurujual yang tersenyum membalas sengihan lebar pelanggannya. Senyuman yang mempunyai makna yang tersendiri. Yang boleh ditafsir pemilik diri.
Datuk Shaari masih menilik pewangi-pewangi yang diimpot dari Peranchis dengan begitu teliti. Ternyata di kotaknya wangian itu yang di ekstrak dari bunga mawar, jasmine, lavender, anatalia dan aneka bunga-bungaan lagi.
Haruman lembut dari bunga-bunga itu memang kesukaan ramai wanita. Termasuk isterinya. Tiba-tiba saja dia terkenangkan isterinya. Isterinya yang gemar mencium harum bunga mawar di laman rumahnya.
Dia sendiri tidak tahu apakah perfum kesukaan Datin Majmin. Dibiarkan saja isterinya itu mengurus semua keperluan dirinya. Membeli sendiri apa saja kemahuannya. Tentang ongkosnya, dia tidak pernah berkira. Sebut saja.
Isteri yang ditinggalkan itu bersendirian agaknya sedang menonton TV seperti kelazimannya. Menunggu dengan setia kepulangannya. Seorang wanita cantik, suatu ketika dulu yang pernah merebut rasa cintanya, sangat dikasihinya dan tidak mahu kehilangannya.
Terbayang pula saat-saat indah melewati musim percintaan semasa di kolej dahulu. Sentiasa bersama-sama mengulangkaji pelajaran, ke librari atau ke padang permainan. Hubungan yang sangat akrab laksana isi dengan kuku. Ibarat irama dan lagu. Irama dan lagu yang tidak dipisahkan. Rosak lagu pincanglah irama. Ah…itu cerita dulu-dulu.
Dia menepis ingatan itu jauh-jauh. Nostalgia lama yang ingin dilupakan. Dan kembali menumpukan pada susunan kotak minyak wangi di dalam cermin yang pelbagai saiz dan ukuran.
“Mana satu agaknya yang aku nak pilih ni?” dia masih termangu. Merenungnya dengan ralit. Begitu teliti sekali hendak menentukan pilihan yang tepat. Amin memerhati gelagat datuk itu.
“Hai tak jumpa lagi apa yang nak dibeli Datuk?” tukas Amin. Dia sudah kembali ke sisi Datuk Shaari setelah meletakan barangnya di kaunter jurukira.
                                              
                                                                *    *    * 

 Rizal sudah menyiapkan dirinya dengan berpakaian mengikut keselesaannya. Berbaju T biru kelabu serta berseluar jin yang seakan warna bajunya. Dia turun ke laman rumah, duduk di bangku batu menikmati flora tanaman mamanya.
Petang yang redup dan angin mulus berhembus nyaman menyapa wajahnya. Banglo putih bertingkat satu di pinggir bandar itu memang tempat penginapan yang selesa buat Rizal dan ibu-bapanya. Sudah berpuluh tahun seisi keluarganya menghuni di situ.
“Lambatnya mama ni balik. Selalu ke mama keluar Mak Kiah?” dia sudah bangun dari kerusi yang didudukinya dan mengatur langkah menghampiri pasu ros merah . Sekuntum bunga itu yang sedang membuka kelopak disentuhnya. Terpesona dengan keindahannya. Sesungguhnya Allah itu maha indah. Subhanallah.
“Macam inilah Datin setiap hari Rizal. Kadang-kadang malam pun dia tidak ada di rumah.” Rizal agak kaget dengan kenyataan itu. Dia berpaling dari tatapan asalnya mengadap Mak Kiah pula.
Nampaknya ada sesuatu isu yang tersembunyi selama ketiadaannya tidak diketahuinya. Wajar diketahuinya. Dia kembali duduk di bangku batu. Anak matanya mengekori gerak kerja sepasang tangan yang semakin lisut kulitnya itu mengatur hidangan petang buatnya.
“Ke mana pula mama keluar malam-malam?” pertanyaannya menggambarkan kerusuhan yang terpamer di wajahnya. Dia runsing memikirkannya. Tidak menyenangi apa yang didengarinya. Di hatinya bersarang prasangka yang ingin dikais kebenarannya.
“Datin ke kelas fardhu Ain di masjid bersama kawan-kawannya. Kadang-kadang kelas itu di adakan juga di rumah kawan-kawannya secara bergilir.’ Rizal tersenyum sedikit. Nafas kelegaan yang menyesak dadanya dilepaskan. ‘Pandai juga Mak Kiah ni buat aku gabra.’
“Begitu ke… Mak Kiah ni bercakap bukan main suspen. Menakutkan saya je. Saya ingatkan mama keluar malam ke disko ke, dangdut ke. Kalau masuk kelas begitu baguslah. Menambahkan ilmu untuk perjalanan ke akhirat. Umurpun sudah makin meningkat. Tidak ada apalagi yang hendak dicari. Melainkan membuat persediaan hendak ke negeriNya.” Ujar anak itu yang sangat prihatin diatas kemashlahatan mamanya di dunia dan di akhirat kelak. Seorang anak yang soleh sentiasa mendoakan kesejahteraan mama yang dikasihinya.
 Mak Kiah sudah selesai menghidangkan minuman panas dan sejuk yang dibawanya. Dia tidak tahu yang mana satu kemahuan tuan muda itu, jadi dia membuat kedua-dua jenis minuman. Untuk memudahkan kerjanya.
Jadi tuan mudanya itu boleh memilih mana-mana minuman yang disukainya. Tanpa dia perlu berulang-alik ke dapur lagi. Penat juga hendak berjalan dari halaman di hadapan menuju ruang dapur nun jauh di hujung. Dia pun sudah berusia.
Tenaga yang ada metah sedikit. Dan tidak boleh terlalu berkuat sangat. Kepenatannya sangat terasa setelah mengeluarkan terlalu banyak tenaga. Tenaga yang dimiliki hari ini perlu disimpan untuk kegunaan esok pula. Itulah kata hati mak Kiah.
“Datin tu kesunyian. Sejak mutakhir ini, Datuk amat sibuk. Sentiasa balik lewat malam. Jadi Datin pun isilah masanya dengan kegiatan-kegiatan yang boleh melupakan kesunyian yang dirasakannya.” Mak Kiah menceritakan kebenaran pada penerimaannya.
“Setiap malam ke ayah keluar?” ditenungnya mata yang menatapnya bening itu memohon penjelasan.
“Bolehlah dikatakan tiap-tiap malam. Kadang-kadang habis waktu pejabat pun tidak balik ke rumah. Barangkali sibuk sangat datuk tu dengan kerjanya.” Bila ekonomi yang menguncup semakin pulih dari kegawatan pada 1997 tentulah pemulihannya yang amat perlahan itu menuntut kerja keras yang tidak sedikit. Rizal mengandaikannya begitu. Boleh jadi ada kebenarannya di situ. Dia ingin menerima kewajaran sikap itu.
Rizal terdiam. Keluhan berat dilepaskannya. Tetapi sukar pula hendak percaya seseorang yang begitu taksub berkerja sehingga mengabaikan rumah-tangganya. Sebab dahulunya sifat ayahnya tidak sebegitu.
 Sentiasa ada waktu yang telah ditentukan samaada untuk berkerja atau bersama keluarga. Walakian sibuk sebagaimana sekalipun. Aneh juga cerita yang didengarnya ini dirasakannya.
“Ye ke ayah tu sibuk berkerja sehingga tidak punya waktu bersama mama Mak Kiah?” masih juga dia bertanya sedang tangan mencapai sepotong kuih talam pandan yang hijau dan harum dengan bau pandan. Agaknya Mak Kiah menyediakannya untuk mamanya kerana kuih itu memang kegemaran mamanya. Diapun turut menyukainya.
“Entahlah Rizal, iya atau tidak. Tapi itulah yang selalu Datuk cakap bila Datin tanya kenapa Datuk balik lewat.” Mak Kiah tidak berani hendak menentukan kata putusnya kerana dia tidak mahu dia dirujuk sebagai pembantu rumah yang sibuk menjaga tepi kain majikannya. Dia hanya menceritakan apa yang dilihat dan didengarnya. Tidak menokok tambah walau sedikit.
“Habis mama tidak kisah bila ayah sering tidak balik rumah kerana kononnya sibuk berkerja?” Rizal bertanya lagi seolahnya dia tidak yakin bahawa itu yang sebenarnya berlaku. Dugaannya mengatakan bahawa memang ‘ada udang di sebalik batu.’ Begitulah menurut firasatnya. Firasat yang sangat diyakininya.
“Tak tahulah mama kamu tu jenis apa orangnya, baik sungguh. Apa yang Datuk cakap semuanya benar semata. Tidak nak berkuit, berkotek bertanya.”
Rizal menghela nafas dan menariknya dalam-dalam. Mudahan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini yang mengeruhkan hubungan kasih sayang antara mama dan ayahnya. Dia mendoakannya begitu. Dia ingin berada di tengah keluarganya dalam suasana yang harmoni persis dilaluinya suatu ketika dulu.

                                                             

Monday, 15 December 2014

PETUA MERENTASI RIMBA...

ASSALAMUALAIKUM....

       KALAU BERNIAT MELANGKAH KAKI MEMASUKI HUTAN RIMBA KITA MESTI LENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU KEHUTANAN SEBELUM BERADA  DI DALAMNYA. MAKLUM HUTAN BELANTARA ITU BUKAN KAMPUNG LAMA KITA. TEMPAT YANG KITA KETAHUI PENGHUNINYA FLORA, FAUNA BERJENIS YANG NYATA...YANG HALUS PULA TENTU TIDAK KELIHATAN.

PI KONGSIKAN TULISAN SEORANG PEGAWAI PESARA RENJER HUTAN YANG SANGAT LUAS PENGALAMANNYA TENTANG BEBERAPA PETUA MENJELAJAHI HUTAN RIMBA UNTUK BERKHEMAH, KEMBARA ATAU SEBAGAINYA.

Apa yang perlu tahu semasa berkhemah dalam Hutan Belantara.
1, Ditengah Hutan Rimba walau kita jumpa kayu kering tapi tak akan boleh digunakan untuk memasak, kerana didalam nya lembab>
Hanya sejenis kayu saja yang boleh digunakan untuk memasak walau baru ditebang,,
Iaitu Pokok RAMBUTAN PACAT" batang nya kering walau baru ditebang. buah nya hanya sebesar hujung jari kita, isi buah nya keras serta amat masam.
2.kalau terdengar bunyi anak kucing berhampiran kemah diwaktu malam cepat2 buat bising atau buat unggun api.
Kerana yang bunyi anak kucing tu ialah anak Harimau,Kalau kita buat bising ibu nya cepat2 bawa anak nya lari,kalau dia terperanjat ibu nya akan menyerang kita.
( Ini saya alami sendiri bunyi anak kucing tak sampai 15 kaki dari kemah saya, bila hari dah siang saya pergi tenguk tempat bunyi anak kucing Kesan tapak kaki Harimau )
3. Kalau tersesat jalan dlm hutan cari anak sungai dan ikut hala air mengalir untuk keluar,
4. Jangan sesekali ikut kesan laluan gajah ketika nak balik ke Kemah kerana laluan gajah hanya berpusing pusing.
(Ini saya alami juga hampir 4 jam berjalan ikut kesan laluan gajah, balik2 jumpa tempat kita bermula tadi juga)
5. Kalau masa berjalan dalam hutan Besar dan terjumpa batang besar melintang laluan jalan kita, kalau bulan 8 atau 9 ( Kalau tak silap saya ) jangan cuba melalu dipangkal pokok itu, kerana ditakuti pokok itu berlubang besar, ( Kalau berlubang besar biasanya tempat Beruang melahirkan anak.
6. Semasa didalam Hutan cuba elak kan meminum air di lopak anak air sungai kerana munkin ada telur nyamok Malaria, kalau dahaga sangat cari sejenis akar (saya lupa nama akar nya) yang banyak mengandongi air, rasa nya kelat sedikit tetapi sangat sejuk.
( Saya dulu masa bertugas dihutan suka minum air dianak air, akibat nya saya kena Malaria yang teruk, terpaksa kunyah ubat rasa kapur tulis selama 5 tahun baru pulih dari demam Malaria 3x sehari ( Ubat itu tak boleh terus ditelan kerana tidak hancur dalam perut kita, bila kita buang air besar dia akan keluar sama tak hancur.

Satu lagi masa dihutan Belantara,
Jangan sesekali kita melaung memanggi kawan kerana kalau ada burung Kuang berhampiran, burung itu akan menjawab laungan kita, bunyi nya serupa manusia melaung, kalau nak melaung (Bertempik) nak memanggil kawan melaung lah lebih dari sekali berturut turut,
Banyak lagi petua berjalan dalam Hutan Rimba.

FB ABD.LATIFF OSMAN.
SEMUA PIC GOOGLE UNTUK HIASAN.

Sunday, 14 December 2014

GULAI TELOR ITIK.

ASSALAMUALAIKUM....

DI AWAL PAGI SUKANYA MENGUTIP TELOR ITIK DI REBAN KECIL MILIK TOK. JUMLAH ITIKNYA BERPULUH JUGA. ADA YANG JANTAN ADA BETINA. BERTERABUR TELOR ITIK DISERATA REBAN.

MUDAH MEMBELA ITIK DI KAWASAN BENDANG KERANA ITIK BOLEH BERENANG-RENANG DI BENDANG SAMBIL MENCARI ANAK-ANAK IKAN DISAMPING DIBERI MAKAN PADI DAN SISA-SISA MAKANAN RUMAH.

TELOR ITIK TERSEBUT AKAN DIJUAL KEPADA PERAIHNYA YANG MASUK MEMBELINYA SETIAP HARI.

KADANGKALA DIJADIKAN GULAI KURMA ATAU LAIN-LAIN MASAKAN MENGGUNAKAN TELOR ITIK UNTUK HIDANGAN KELUARGA. BOLEH JUGA DIBUAT KUIH SEPERTI BAUHULU.

DISINI PI KONSIKAN RESEPI GULAI TELOR ITIK YANG ENAK SEKALI KALAU DICUBA.

GULAI TELUR ITIK 

5 biji telur itik
2 helai daun kunyit ( dimayang)
15 biji belimbing buluh ( belah dua)
3 inci kunyit hidup ( ditumbuk)
10 biji cili api ( ditumbuk)
1 sudu serbuk perencah maggi cukup rasa/
Kiub ayam pun boleh.
2 gelas air
1 mangkuk santan pekat

CARA2NYA

1. masukan 2 gelas air dalam kuali sederhana panas
2. Masukan bahan2 cili api dan kunyit yg telah ditumbuk tadi. Biarkan sehingga menggelegak kemudian masukan perencah maggi cukup rasa/ kiub ayam.
3. Pecahkan telur satu persatu tanpa mengacau ( risau telur pecah)
4. Tutup kuali sehingga telur betul2 masak.
5. Masukan daun kunyit dan belimbing buluh dan kacau sehingga sebati dengan perlahan- lahan.
6. Masukan santan dan garam secukup rasa tunggu sehingga kuah mendidih. Padam api dan sedia untuk dihidang.




LIKE PAGE PETUA N RESEPI FB.

Saturday, 13 December 2014

BIAR BERPULUH BINTANG BERTABUR, MANAKAN SAMA BULAN YANG SATU....

ASSALAMUALAIKUM....


CORAT-CORET PAK ENGKU...
PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU.
SUDAH DIGARAMI IKAN HARUAN,
IKAN PATUNG DIGARAMI SEKALI,
DIMASAK GULAI CILI API,
PERENCAH PERIA PAHIT DIGIGT,
DIMASAK IA DALAM KUALI;
JANGAN ZALIMI ISTERI MU TUAN,
DIBIAR BERGANTUNG TIDAK BERTALI,
DIBIAR BERSALAI TIDAK API,
DIAPIT DIA TIDAK BERSANGGIT,
DITAMBAT DIA TIDAK BERTALI.
Perbidalan: 1) Bergantung tidak bertali, bersalai tidak berapi.
2) Diapit tidak bersanggit ditambat tidak bertali.
Maksudnya: 1) a) Isteri yang ditinggalkan tetapi tidak diceraikan. b) Peri seorang gundik yang tidak sah.
2) Perempuan yang tidak diberi nafkah oleh suaminya tetapi tidak pula diceraikan.
DITEBANG BULUH TUMBUH SEBANJAR,
DAHAN PALA JATUH TERSANGKUT,
MANA SANGKUTNYA DI ATAS BUMBUNG;
KALAU BODOH TAK DAPAT DIAJAR,
CERDIK PULA TAK DAPAT DIIKUT,
ITULAH NAMANYA SI BODOH SOMBONG.
Perbidalan: Bodoh tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikut.
Maksudnya: Orang yang bodoh tetapi tidak mahu mengikut nasihat orang.
DI TEPI BALUH HIDUP MENYUBUR,
POKOK DELIMA DAN JAMBU BATU;
BIAR SEPULUH BINTANG BERTABUR,
BOLEHKAH SAMA BULAN YANG SATU.
Perbidalan: Sepuluh bintang bertabur, bolehkah sama dengan bulan yang satu.
Maksudnya: Tempat menambatkan kasih sayang yang sesungguhnya itu tidak
dapat diganti (walaupun berpuluh penggantinya).
POKOK KUINI DI TEPI RAWA,
POHON KEPAYANG TUMBUHNYA RAPAT;
ELOK BERBINI SI ORANG TUA,
PERUT KENYANG PENGAJAR DAPAT.
Perbidalan: Elok berbini orang tua, perut kenyang pengajar dapat.
Maksudnya: Orang yang berkahwin dengan janda (perempuan tua) selalu
manja pada isterinya (cemuhan kepada orang berbini tua).
APA BERSARANG DI POHON DURIAN,
HINGGAP SEJENAK TERBANG KE BARUH;
IBARAT ORANG BERBINI-BINIAN,
ADA PUN ANAK TAK BOLEH DISURUH.
Perbidalan: Orang berbini-binian, beranak tak boleh disuruh.
Maksudnya: Pekerjaan yang tidak tetap selalu mendatangkan rugi.
DAHAN DIANDUH PATAH MELENTIK,
JATUH BERTABUR SI BUAH SAGA;
ORANG YANG BODOH MAKANAN YANG CERDIK,
ORANG YANG TIDUR MAKANAN YANG JAGA.
Perbidalan: Yang bodoh makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga.
Maksudnya: Penipu selalu mengakali orang yang bodoh dan pencuri mencuri
di tempat orang yang tidur.
LIMAU PURUT CONDONG KE BARAT,
DI TEPI TELAGA BANYAK BERBUNGA;
IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT,
BERTEMU JUGA DALAM BELANGA.
Perbidalan: Biar pun tinggal berjauhan negeri, kalau ada jodoh akan menjadi
suami isteri juga.
MATILAH DEKAN DI TALI AIR,
DIHEMPAP DEDALU PECAH KEPALANYA;
TERKILAT IKAN DI DALAM AIR,
SUDAH KU TAHU JANTAN BETINANYA.
Perbidalan: Terkilat ikan di air sudah tahu jantan betinanya.
Maksudnya: Orang yang bijaksana dapat mengetahui maksud (dalam
dan dangkalnya) daripada gerak-geri seseorang itu.
Erti perkataan: 'Dekan' adalah sejenis tikus buluh.
HIDUP DEDALU DI DAHAN MEMPELAM,
POKOK CEMPEDAK TEPI PERIGI;
SUDAH TERLALU HILIR MALAM,
APA HENDAK DIKATA LAGI.
Perbidalan: Sudah terlalu hilir malam, apa hendak dikata lagi.
Maksudnya: 1) Orang yang mengaku kesalahannya sendiri kerana mungkir
dalam janjinya.
2) Sesuatu kesalahan yang tidak dapat diperbetulkan lagi.
LARI ITIK KE POHON BELANGKAN,
DI SEMAK TEBAL MENCARI MAKAN;
AIR SETITIK USAH DILAUTKAN,
TANAH SEKEPAL USAH DIGUNUNGKAN.
Perbidalan: Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan.
Maksudnya: Membesar-besarkan perkara yang kecil.
SEKIAN. TAMMATUL KALAM.

Friday, 12 December 2014

JEM RAMBUTAN MASAM..

ASSALAMUALAIKUM...





RAMBUTAN MASAM/TELAN BIASANYA TIDAK DIPEDULIKAN KERANA RASANYA YANG MASAM SEDIKIT, TIDAK LONGKAH DAN BUAHNYA AGAK KECIL DARIPADA RAMBUTAN YANG LEKANG.

HANYA MENJADI SANTAPAN BURUNG-BURUNG, TUPAI, KELUANG, MONYET DLL MERGASTUA .
TAPI RAMBUTAN JENIS NI DIBUAT JEM MEMANG SEDAP.

CARANYA MUDAH SAJA.

BUANG KULITNYA DAN MASUKAN DALAM PERUK. PANASKAN DENGAN API PERLAHAN SAMBIL MENGACAUNYA. BIJI RAMBUTAN AKAN TERTANGGAL DARIPADA ISINYA DAN BOLEHLAH DIKELUARKAN DARI PERIUK.

2.  MASUKAN GULA IKUT KEPERLUANNYA. 'KALAU BANYAK GULANYA TAHANNYA LEBIH LAMA...GULAKAN PENGAWET MAKANAN TAPI JANGAN BERLEBIHAN.

3. 'KACAU HINGGA AGAK KERING DAN WARNANYA KEPERANGAN.

4. BOLEHLAH DIMAKAN BERSAMA ROTI ATAU BISKUT...SEDAP TU. LEBIH SEDAP DARIPADA JEM YANG DIBELI DI KEDAI RASANYA.

MyBloglist