ASSALAMUALAIKUM
KOMENTAR SIFU TA
leka bertekak siapa betul.
ASSALAMUALAIKUM
KOMENTAR SIFU TA
ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT HARI IBU
wanita mulia
waris Hawa’ dari syurga loka
.
ibu anak
rahim kandung selirat urat darah
.
mabuk dura
tanggung reda sabar diri tawakal
.
soal nasib
nyawa hujung nafas hela juang
.
zahir zuriat
pucat bibir lafaz raup syukur
.
didik cermat
dunia jinjing dan akhirat junjung
,
korban segala
ibu rumahtangga maslahat peduli pasti
.
kasih ibu
suci bening nur murni
abadi
ASSALAMUALAIKUM
ASSALAMUALAIKUM
ASSALAMUALAIKUM
TOKWAN
Pulang dari menunaikan fardu haji, tokwanku jatuh sakit. Aku
bergegas pulang menziarahi tokwanku dengan menumpang kereta saudara sekampung
yang kebetulan hendak balik ke Kedah. Tokwan tersenyum menyambut kehadiranku
walaupun ketika itu beliau sedang sakit. Tok, emak saudara dan bapa saudaraku berusaha
mengubati sakit tokwanku secara moden dan tradisi. Aku, ibubapaku di Pahang
tidak putus mengirim doa maslahat agar tokwanku afiat segera dari jauh
Alhamdulillah tokwanku kembali pulih sediakala.
Tokwan kembali sibuk dengan rutin hariannya melakukan pelbagai kerja. Tokwanku
memang sangat rajin. Khabar dikirim pada bapaku bahawa tokwan ingin membawa tok
ke Pahang menjenguk anak cucunya.Bapaku menyewa kereta dan pulang ke kampung
untuk mengambil tok dan tokwan. Jaraknya yang jauh mengambil masa untuk segera.
“Awatlah lambat sangat ‘Ak ni sampai. Aku nak pi dah ni.” Rungut
tokwanku.
“Satgi sampailah tu.” Balas tokku. Sebelum bapaku sampai tokwanku
telah lebih dahulu dijemput Allah untuk menemui-Nya.
Tokwan telah sediakan pelbagai bahan seperti kelapa, seguni beras
dll untuk diberi pada kami. Cerita tok pada kami dengan sebak. Kesedihan
kehilangan tokwan kurasakan hingga kini.
seguni beras
bekalan perjalanan -
kembara jauh
ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT HARI JURURAWAT
Lafaz tulus kalbu
ucapan pada
jururawat
semua
.
Budi baik kekal
dalam kenangan
penerima
rawatan
.
Tiasa bertugas
tanpa mengira
apa saja
risiko
.
Mantan jururawat
Seti Zaleha
Salmah Amir
Hamimah
ASSALAMUALAIKUM
ASSALAMUALAIKUM
LAMUNAN
CINTA
Kenapa
dikau lupakan daku?
tertanya-tanya
siang dan malam
merengsa
rusuh melengung kaku
merinduimu
mengirim salam
.
Biarkan
daku tertunggu-tunggu
berdetik
saat menjelma hari
setelah
itu berminggu-minggu
masih
begitu kekal lestari
.
Akhirnya
reda terima takdir
apa
tersurat telah tertentu
tak
mungkin lagi dikau kan hadir
daku
di sini dikau di situ
.
Romi
dan Juli ekspresi cinta
tetapi
daku merindu kata