Thursday, 8 October 2020

KONFLIK

 ASSAAMUALAIKUM



KONFLIK

 

"Takmalu ke kerja kat situ?" Tutur suaminya sinis. Dia terkedu. Memang benar kakitangan di pejabat tanah rancangan felda itu semuanya lelaki. Cuma dia  seorang perempuan sebagai jurutaip.. Kerana dia seorang perempuan bak mawar yang menyeri alam tentulah dia dilayan sebaiknya.

Hinggakan seorang staff di situ berkira-kira hendak menjodohkannya dengan seorang pegawai luar di situ yang pendiam dan berperawakan sederhana.
"Betul ke awak mahu kalau saya kirakan dengan S?" Tanya cik D. Mereka bersembang berdua berhadapan.

"Boleh saja," balasnya selamba. Tanpa ada rasa bersalah kerana telah menyimpan rahsia tentang status dirinya.
'Kesian kau D, kau tak tahu aku dah nikah.'
Memang tidak ada di antara rakan-rakan sepejabatnya yang tahu dia telah bernikah.
'Jodohku boleh jadi sudah sedemikian suratannya.' Monolognya  lemah bersandar kepada takdir hidup.

"Agaknya apa perasaan S terhadapku sekiranya dia tahu status diriku. Mungkin dia sangat marah dan malu. Marah kerana telah tertipu dengan penampilanku sebagai gadis. Tentu teramat malu kerana secara tak sengaja telah menyimpan perasaan terhadap isteri orang.' Dia termenung memikirkan kesalahannya dan akibahnya.

'Ah!Tak perlu aku nak fikir semua itu. Lagipun aku dah tak ke sini lagi..'
Betullah tu. Esok dia tidak akan ke sini lagi kerana telahpun menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada pengurus sebagaimana yang diarahkan suaminya

Wednesday, 7 October 2020

HADIAH...

 ASSALAMUALAIKUM


Alhamdulillah terima buku pelbagai judul kiriman penulis penerbit buku puan Anie Din dari Singapura kerana PI berjaya menjawab soalan tentang cokodok pisang yang tercampur cili kisar. Sekadar cuba-cuba saja. Terima kasih banyak bunda baik budi Dan kesudian. didoakan bunda tiasa sihat walafiat dalam lindungan Allah murah rezki sukses dunia akhirat amiin.














Tuesday, 6 October 2020

GIVEAWAY BY EJULZ&RAYDAH

 ASSALAMUALAIKUM




Syarat2 Penyertaan Giveaway by ejulz & raydah

1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja;
2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by ejulz & raydah". Letak banner di atas dan backlink ke post ini;
3. Follow blog ejulz dan raydah;
4. Follow youtube ejulz dan raydah;
5. Tinggalkan penyertaan korang di post ini;
6. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.

Tarikh Tamat : 15 OKTOBER 2020

Monday, 5 October 2020

BELAJAR MENGAJI

 ASSALAMUALAIKUM








PANCALARIK

 BELAJAR MENGAJI

# 1

Malam

saing kawan

ke rumah ustazah

bawa tujuan yang pasti

ngaji

#2

Wuduk

tidak lupa

ambilnya dahulu

sebelum memegang kitab

suci

#3

Rehal

buka luas

diletak Muqadam

lantun suara mengaji

lirih

 

#4

Salah

sebut makhraj

ustazah menegur

rasa takut serbu hati

malu


Sunday, 4 October 2020

PERSONA

 ASSALAMUALAIKUM



PERSONA

 

#1/

Ibu

muda, cantik

rajin, cergas, baik

sanggup berkorban, tidak berdaya

bangun, mengemas, memasak

senyum, kasih

ayah

 

#2/

ayah

gagah, kacak

tangkas, ligat, prihatin

membantu segala, kerja gendala

susun, atur, rapikan

tenang girang

anak

 

 

#3

anak

comel, ayu

bermain, menyanyi, melukis

berhati-hati, minat terhapus

fikir, mencari, mencerna

idea bijaksana

ibu


Saturday, 3 October 2020

PAGI

 ASSALAMUALAIKUM



                                                                         pic Sifu Tabir Alam-terima kasih




PANCALARIK

PAGI

 

Cerah

atur langkah

tuju arah pasti

cari rezeki yang halal

syukur

 

Murai

riuh siul

ritma lagu merdu

iring perjalanan

jauh

 

Azam

genggam kukuh

agar niat hati

Allah izin terlaksana

hajat

 

Peluh

dahi basah

rasa Letih lesu

jiwa raga kelelahan

rihat


Friday, 2 October 2020

PANTUN @ RADIO KLASIK

  ASSALAMUALAIKUM


SPTA MENGGALAKKAN PENULIS-PENULISNYA MENULIS PANTUN DALAM SLOT PANTUN RADIO KLASIK SETIAP HARI ISNIN DAN KHAMIS JAM 8 HINGGA 10 PAGI SIARANNYA KERANA SETIAP PANTUN YANG BERKUALITI AKAN DIPILIH UNTUK DITERBITKAN DALAM PORTAL SEJUTA PANTUN UKM...PI RAJIN JUGA MENGHANTARNYA..KADANG DIBACA DJ BERTUGAS...ALHAMDULILLAH BUKAN MAIN SERONOK LAGI................




Thursday, 1 October 2020

CUKAI PENDAPATAN

 ASSALAMUALAIKUM


CUKAI PENDAPATAN


PIC GOOGLE IMAGES (C)


Sekarang ini LHDNM-DBP sedang mengadakan sayembara menulis cerpen mengikut tema yang diberikan. Tapi tentulah lebih fokus berkenaan kemakmuran negara yang dijana hasil pendapatan warga negara. Teringin juga nak sertainya. Tapi masalah pula hendak menghantarnya secara manual dalam hard copy. Setakat soft copy mudah saja ditulis dan emel. Hasrat rencana akhirnya terbarai.
Tidak dapatlah hendak menulis pengalamanku mengisi borang cukai pendapatan jiran-jiranku. Kesemua jiran-jiranku peneroka FELDA saja. Tapi pendapatan hasil kebun mereka,tetap juga dikenakan cukai pendapatan. Selalunya jiran-jiranku berpuas hati dengan khidmat yang kulakukan itu kerana mereka tidak perlu membayar apa-apapun. Setelah sekian lama aku tidak lagi mengisi apa-apa borang cukai pendapatan lagi. Maklum kebanyakan anak-anak jiranku sudah dewasa dan berpendidikan tinggi.
Tapi borang cukai pendapata tetap datang kepada mereka setiap tahun. Dan anak-anak mereka pula yang mengambil tugasku mengisi borang tersebut.
Hasilnya mereka tidak lepas dari dikenakan cukai pendapatan.
“Kak Pidah hang dulu isi borang cukai, kami tak pernah kena bayar cukai pun. Kak Pidah hang tu sekolah rendah saja. Tapi hang ni keluaq uiversiti, macam mana boleh kena bayaq cukai pulak. Hang tak reti isi borang kut.” Kata Kak Som kepada anaknya Cikgu Ina, dan dia bercerita pula kepadaku. Aku tersengih saja.
Agaknya mungkin bukan sebab salah isi borang tapi kerana pendapatan dalam paysheet mereka kini telah meningkat dengan banyak dan perlu dikenakan sedikit cukai, wallahuaklam..

MyBloglist