Saturday, 5 March 2016

IKAN MASAK LADA HITAM...

ASSALAMUALAIKUM...

DI ANTARA KITA ADA YANG SIHAT ADA YANG SAKIT ADA YANG CUTI ADA YANG BERKERJA DAN PELBAGAI LAGI YANG BERLAWANAN ADANYA...PRO DAN KONTRA...POSITIF DAN NEGATIF MEMERIAHKAN SUASANA KEHIDUPAN KEMENJADIAN ALLAH SUBHANAHU WATAALA YANG ESA....

KALAU DIUJI ALLAH DENGAN KESAKITAN BERSABARLAH WALAU KESABARAN MENEMPUHINYA TAK SEMUDAH BIBIR BERGERAK MENGUCAPKANNYA...KAN...DITAMBAH LAGI KALAU SAKIT BANYAK PULA PANTANG LARANG YANG DISARAN BERKAIT MAKANAN DEMI KEBAIKAN YANG MENDERITA SAKIT....TAPI TIDAK PERLULAH RISAU SANGATPUN JUSTERU REZEKI ALLAH ITU MAHA LUAS...TAK BOLEH MAKAN YANG ITU PILIH YANG INI...

BUAT APA MEMILIH MAKANAN YANG DITOLAK PENERIMAAN TUBUH KITA....WAJAR KITA BERTOLAK ANSUR DENGAN HAK DIRI BERBANDING MELAYAN KEMAHUAN NAFSI...MELERET PANJANG PULA OCEHAN PAGI SABTU WALAU TUJUANNYA NAK POST ENTRY MASAKAN JER...RESEPI YANG SESUAI UNTUK MEREKA YANG SEDANG DALAM BERPANTANG....BOLEH MEMANASKAN TUBUH DENGAN KANDUNGAN LADA HITAM DAN HERBA SAYURAN YANG BAIK UNTUK MELANCARKAN PENGALIRAN DARAH.

IKAN YANG DIGUNAKAN DALAM MASAKAN IKUT SESUKA HATI SAJA TAPI PILIHLAN YANG TAK MENIMBULKAN ALAHAN/ALEGIK YANG TAK DIINGINKAN.


IKAN MASAK LADA HITAM

Bahan - bahan :
2 keping ikan- sebarangan- goreng garing
1 biji bwg besar- hiris
3 ulas bwg putih- hiris
sedikit halia- hiris
1 sudu besar lada hitam- tumbuk
cili api/ cili merah- hiris

cara:
tumis bwg hiris + halia sampai naik bau
(minyak skit je)
masukkan lada hitam
masukkan sedikit air asam jawa- skittt je tau..
aku guna pes adabi tu, cuma hujung2 sudu je
masukkan sedikit air dan garam
(air pun jgn byk..sekadar basah2)
akhir, masukkan cili dan ikan
kacau sebati, tutup api.

Friday, 4 March 2016

GERHANA PENUH MATAHARI 9 MACH 2016...

ASSALAMUALAIKUM...

SAKSIKAN KEBESARAN ILAHI DALAM KEJADIAN ALAM SEMESTA

gerhana

PADA 9 Mac ini akan menyaksikan fenomena gerhana penuh matahari. Dijangkakan ramai ahli astronomi amatur dan profesional dari seluruh dunia hadir menyaksikan ini di sepanjang laluan gerhana penuh.

Gerhana penuh ini bermula dari Lautan Hindi kemudian merentasi pulau-pulau di Indonesia dan berakhir di Lautan Pasifik. Gerhana ini dapat disaksikan di Indonesia bermula dari Sumatera, Pulau Bangka, Kalimantan dan Sulawesi.

Malaysia dan negara-negara Asean akan mengalami gerhana separa, ia turut berlaku di Australia, Jepun, Korea, Taiwan dan sebahagian negara China.

Bayang umbra mencecah bumi dan bergerak dengan kelajuan 44 km sesaat membentuk satu jalur atau laluan atas permukaan bumi. Lebar laluan ini 94 km dan sepanjang 13,580 km. Jika kita bergerak sepanjang laluan ini selaju bayang umbra, kita akan mengalami gelap untuk satu tempoh yang panjang dari terbit matahari di Lautan Hindi hingga terbenam matahari di Lautan Pasifik.

Bayang umbra mula mencecah bumi pada latitud 2⁰ 15’ S , longitud 88⁰ 16’ di Lautan Hindi yang terletak 1,453 km dari pantai barat Sumatera. Ketika bayang Umbra mencecah di sini matahari sedang terbit di ufuk timur. Dengan hal demikian gerhana penuh berlaku ketika matahari terbit. Keadaan ini mengakibatkan tiada sinar cahaya pagi di ufuk timur walaupun matahari sudah terbit. Tidak berlaku matahari terbit tanpa cahaya kecuali ketika gerhana penuh. Di lokasi ini boleh dilihat gerhana penuh bermula sebaik sahaja bahagian piring atas matahari muncul  pada pukul 0.16.00 UT dan gerhana penuh berlaku selama 88 saat sahaja.

Dengan hal demikian di lokasi ini mengalami malam yang lebih panjang selama 88 saat berbanding hari-hari yang lain. Gerhana penuh berakhir di sini pada pukul 00.17.28. Di sini tidak berlaku gerhana separa kerana matahari masih di bawah ufuk ketika kejadian.

Bayang ini terus bergerak laju dan dalam masa 33 saat tiba di daratan ketika matahari terbit di barat Sumatera pada pukul 23.24 UT. Seterusnya tiba di Palembang bandar kedua terbesar selepas Medan di Sumatera dengan bayang penumbra tiba pada pukul 23.20 UT (6.20 pagi waktu tempatan) selepas 10 minit dari matahari terbit. Pada waktu ini bermulanya gerhana matahari dengan fasa gerhana separa.

Palembang akan mengalami fasa gerhana penuh selama dua minit bermula dari pukul 7.20 dan berakhir 7.22 pagi. Altitud matahari ketika gerhana penuh maksima ialah 17.6 darjah. Gerhana matahari berakhir di sini dengan fasa gerhana separa pada pukul 8.31 pagi.

Bayang bumi terus bergerak menuju ke timur merentasi pulau-pulau kecil seperti Pulau Bangka Belitung dan Belitung sebelum mencecah Kalimatan bermula dari Kalimantan Barat kemudian Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Timur.

Di antara bandar utama yang berada dalam laluan gerhana penuh seperti Palangkaraya, Balikpapan dan Tanah Grogot. Garis tengah laluan gerhana penuh melalui  bandar Tanah Grogot di selatan Balikpapan dan di sini gerhana penuh dapat disaksikan selama 2 minit 37.5 saat bermula dari pukul 8.31 hingga 8.34 pagi waktu tempatan. Sebelum fasa gerhana penuh berlaku fasa gerhana separa bermula pada pukul 7.24 dan berakhir pukul 9.51 pagi.

Ini bermakna tempoh keseluruhan gerhana yang dapat disaksikan di sini ialah 2 jam 27 minit. Ketika gerhana maksimum pukul 8.32 pagi Matahari berada pada altitud 31.9 darjah.

Bayang umbra dan penumbra terus bergerak menuju ke pulau Sulawesi, Muluku dan pulau kecil sekitarnya, antara bandar yang dilalui ialah Palu di Sulawesi tengah dan Ternate di Maluku Utara. Gerhana penuh berlaku di Palu dan Ternate pada pukul 8.38 dan 8.52 pagi waktu tempatan.  Altitud matahari ketika gerhana penuh berlaku pada altitud 37 darjah dan 47 darjah masing-masing.
Laluan gerhana penuh

Seterusnya bayang umbra dan penumbra meninggalkan daratan menuju ke Lautan Pasifik dan kemuncak gerhana penuh matahari 2016 berlaku di tengah lautan pada pukul 11.58 tengah hari (1.58 UT) selama 4 minit lapan saat.

Bayang ini terus meluncur laju di Lautan Pasifik dan berakhir di barat Amerika Utara pada pukul 3.37 UT ketika matahari terbenam. Lokasi ini adalah titik terakhir gerhana penuh matahari 2016. Matahari terbenam di lokasi ini pada pukul 3.39 UT. Matahari ketika terbenam tidak kelihatan di sini kerana mengalami gerhana penuh selama 1 minit 29 saat. Ketika Matahari terbenam tidak kelihatan sinar matahari senja yang indah seperti biasa tetapi langit senja diselubungi kegelapan gerhana.

Jangan lepaskan peluang melihat fenomena yang menarik ini dan bagi umat Islam fenomena ini adalah tanda kebesaran ALLAH. Semua yang ada di alam ini adalah ciptaan-Nya yang sentiasa tunduk dan patuh kepada-Nya seperti yang dijelaskan dalam firman-Nya dalam Surah Al-Hajj ayat 18.
Info

Melihat matahari secara terus tanpa penuras yang selamat boleh menyebabkan kerosakan mata dan buta!.

Masjid dan surau seluruh Malaysia disarankan mengadakan solat sunat gerhana matahari.
Pada waktu Maghrib malam itu juga, 1 Jamadilakhir 1437 menjelma dan umat Islam masih ada 3 bulan lagi untuk berpuasa sebulan Ramadan 1437.

Sumber Sinar Harian.

ABOUT MONEY...

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT YANG MULIA...

MONEY IS KING?

DUNIA DAN AKHIRAT HANYA MILIK-NYA YANG ESA.


Thursday, 3 March 2016

UDANG GORENG TEPONG...

ASSALAMUALAIKUM...

UNTUK DIJADIKAN LAUK BERSAMA NASI PUN SEDAP JUGA UDANG GORENG BERTEPONG NI ATAU MERATAH SAJA SAMBIL MENONTON TV...DICICAH DENGAN SOS LEBIH SEDAP....UDANG GORENG ALA TEMPURA VERSI MALAYSIA.


 
UDANG GORENG TEPUNG

Bahan-bahan (resipi anggaran)

15-20 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor je
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/8 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak
sedikit daun sup - dicincang halus, kli ni xbuh sbb xde
sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
air secukupnya - agak-agak la ye lebih kurang 1 cawan
minyak untuk mengoreng
1 sudu besar tepung lagi - untuk lumur pada udang

Cara-cara:

1. Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, ((kita lap dengan tisu kitchen) kemudian lumurkan udang dengan tepung. Ketepikan

2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan

3. Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagain ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap...


Like page resepi bunda.

SENTUHAN PAGI...

ASSALAMUALAIKUM....



Sentuhan pagi

Gemerlap buli embun bermutiara
Putih jernih bersinar
Disepuh mentari
Sirna.
Mengansur pagi perlahan-lahan
Harapan yang dibawa
Belum padam
Suram.
Mengheret bersama duka kecewa
Lantaran harapan hati
Tidak kesampaian
Biarkan.
Esok ditunggu hadirnya lagi
Masih bersisa harap
Tegar berdoa
Demi-Nya
Berkat la ila ha illah restu Allah
Bertawakal reda berpasrah
Makbul hajat
Insya-Allah.

PARIDAH ISHAK
29 FEB 2016

SELAYANG UTAMA.

Wednesday, 2 March 2016

MEMANCING DI BENDANG/ASAM PEDAS IKAN PUYU...

TERIMBAU KENANGAN DULU DULU TIKA MASIH BUDAK BUDAK BERSAMA RAKAN SEBAYA MENJINJING RAGA KECIL DAN SEBATANG JORAN YANG DIBUAT DARIPADA BULUH KUNING YANG RUNCING BERBARIS DI BATAS BENDANG MENGAIL IKAN...KALA TU ANAK PADI BARU DITANAM DAN KELIHATAN IKAN YANG SENTIASA MENANGKAP TANDA AMAT BANYAK IKANNYA SEDANG BERENANG-RENANG.....MENIKMATI INDAHNYA HARI PETANG MENUNGGU IKAN MENYAMBAR UMPAN...

TIKA MEMANCING TIDAK BOLEH BERSEMBANG MEMBUAT CERITA MERIUHKAN SUASANA TAKUT IKAN TIDAK MAHU MAKAN PANCINGAN...JADI DIAMLAH SAJA.

BIASANYA YANG MUDAH DIPANCING DI PETANG HARI ADALAH IKAN PUYU...KADANG KE;I DAN HARUAN BERJAYA DIPANCING JUGA....KALAU TIADA LAUK UNTUK DIJADIKAN SANTAPAN MALAM IKAN IKAN YANG DIPANCING BOLEHLAH DISIANG ....DIMASAK CARA YANG DISUKAI...GORENG SAJA PUN SEDAP...


RESEPI ASAM PEDAS IKAN PUYU


Bahan2
ikan darat (puyu atau ikan darat)
daun kesum
Asam keping buah kandis (rasanya manis2 sedikit)
garam secukup rasa
air secukupnya untuk kuah

bahan2 tumbuk
sedikit lengkuas, halia, kunyit hidup dan ketumbar biji
bawang putih dan bawang merah
cili kering

Cara
Campurkan bahan2 tumbuk dengan air secukupnya. Campurkan asam keping kandis dan didihkan. Dah didih, masukkan ikan dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun kesum. Bila ikan dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

5 things I hate most

ASSALAMUALAIKUM...



Buat satu entry bertajuk  5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entry tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.
Bermula di sini lalu Nieyl di sini 
ini bukan benci membenci
hanya sekadar satu entri
apa yang tidak disukai

Assalamualaikum.
PI ditag blogger kakzakie untuk segmen blogger Nieylnadia. Terima kasih kakzakie!  Tapi tak tahu pula apa sebenarnya yang menjadi kebencian di hati yang amat sangat kala melalui pengalaman kehidupan ini. Apapun bolehlah dicoret serba sedikit apa yang terkilan dan termengkelan di kerongkong tidak mampu ditelan. Namun setiap kejadian Allah yang tersurat itu terselindung hikmah-Nya yang tidak kita ketahui walau kita amat membencinya.

1.       Terimbau kenangan lalu tentang kesilapan yang pernah dilakukan, terasa bodoh dan jahil diri kerna tidak mampu berfikir jernih sewaktu membuat apa sesuka hati saja. Amat terdera sekali rasa hati. Seboleh-bolehnya tidak mahu lagi mengulangi sebarang kesilapan. Tapi sebab PI bukanlah sesempurna mana kadang tanpa sedar ada saja dirasakan masih berlaku salah silap PI di sana sini. Astaghfirullah.

2.       Diri sangat letih dan mengantuk tapi mata belum juga mahu terlelap. Bosan juga merenung malam gelita yang sunyi sepi.

3.       Sebagai OKU selalu juga PI dibawa anak anak berwisata ke mana saja. Memang suka berjalan merata melihat dunia luar walau berkerusi roda tapi yang jadi musykil di hati kalau-kalau dalam perjalanan perut memulas tiba-tiba dan terpaksa mencari tempat menunaikan hajat. Tentu amat menyusahkan anak-anak yang terlalu banyak bersusah payah kerana PI selama ini.

4.       Kegiatan PI seharian tidaklah banyak dan kesukaan PI hanya membaca dan menulis menggunakan computer dan internet saja. Sedang PI asyik menulis tiba-tiba internet terputus itu yang buatkan PI kebosanan seharian menunggu internet bersambung kembali.

5.       Amat benci melihat, membaca, mendengar cerita kezaliman yang dilakukan sesama manusia. Terasa ujian hidup yang mereka lalui teramat sukar berbanding PI walau OKU dalam ertikata memang kurang berupaya tapi masih ada tempat berlindung dan kasih sayang anak-anak yang prihatin dgn masalah ibu mereka. 

PI nak tags pula adik adik blogger yang rajin berkarya di blog dengan coretan yang menarik kesemua yang mesra dan ramah sekali melayani bicara seorang blogger rare di alam maya heh..heh..
rare sgtlah tu kan adik-adik, anak-anak.
Lebih memudahkan aturan penganjurnya PI sebutkan blogger yang ditags iaitu, nohas, fifi faizah, puan wawa, yun sing, zumal.
bersama kita ramai-ramai meriahkan segmen Nieylnadia ini sebagai sokongan dan tanda ukhwah yang terjalen mesra antara kita.

Tuesday, 1 March 2016

ARANG ITU BERLIAN...

ASSALAMUALAIKUM...


PIC GOOGLE IMAGES

ARANG ITU BERLIAN

Bara digenggam menjadi arang
Dicanai menyerlahkan berlian
Walau bertahun walau berkurun
Dinanti pasti
Tanpa diragui.
Ditatah bersungguh hati
Lalu dibingkai digantung
Dari penjuru ke penjuru
Segenap sisi meski tersudut.
Sayang teramat sayang
Berlian semakin sirna sinarnya
Justeru cermin bingkainya
Telah retak seribu
Dicemburui waktu berlalu

PARIDAH ISHAK
1 MAC 2016

SELAYANG UTAMA.

MyBloglist