Tuesday, 19 November 2013

PERFECTION....SEMPORNA

PERFECTION ! Itulah makna dalam bahasa Inggeris untuk nama sebuah bandar ditepian sebelah hujung timur Malaysia,utara Pulau Borneo,di negeri Sabah - SEMPORNA ! Peliknya , bandar ini tiada taxi..., sebuah pun tiada.Kereta2 orang biasa boleh dijadikan "taxi"...dan bayarannya kemana saja didalam bandar Semporna ini hanyalah RM1/-. Penduduk2nya kebanyakan berbangsa Bajau, kemudian Filipin dan seterusnya Kadazan Dusun,Murut dan Bugis.Kehidupan mereka bergantung kepada hasil laut dan pertanian.Saya dan keluarga terpersona melihat kejernihan air laut dan permandangan panoramik sejauh mata memandang kearah lautan Sulewesi dan Makassar.Kita disajikan hidangan ikan,sotong serta udang yang sangat fresh..baru di tangkap dari dalam poontoon atau sangkar. Patutlah bandar ini di namakan SEMPORNA! Tak jauh dari sini, adalah Pulau Sipadan & Ligitan, Pulau Mabul dan Pulau Mataking yang sering di kunjungi oleh para pelancong asing kerana keindahan alam semulajadi dan kebiruan air laut dan kekayaan kehidupan didalam lautnya.TERIMA KASIH kepada sahabat saya Tuan Haji Khalid, seorang ahli keluarga bisan saya, sdr Abidin Musleh, orang Tawau,serta seluruh ahli2 keluaga mereka. Sesungguhnya hospitaliti dan layanan mesra penuh beradab yang mereka berikan terhadap kami sungguh menyentuh jiwa kami..membuat lawatan singkat kami ini sebuah kenangan yang abadi.Saya tetap menunggu mereka datang ke Sarawak, agar dapat saya dan keluarga cuba balas kebaikan dan layanan mereka itu dengan hidangan yang istimewa juga.Semangat 1Malaysia harus kita panjangkan.Semoga Allah memelihara mereka semua dengan segala yang terbaik untuk mereka.Aameen. Wslm
RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK PERNAH KE SEMPORNA SABAH TERMASUKLAH PI. JADI KITA KONGSI INFO YANG DITULIS DATO' IDRIS BUANG DI WALL FB BELIAU UNTUK SEDIKIT PENGETAHUAN KITA. KALAU HENDAK TAHU LEBIH BANYAK KENA GOOGLE ATAU KLIK WIKIPEDIA DAN BOLEH SAJA TERBANG BERCUTI KE SANA....

SEMPORNA JUGA BERDEKATAN DENGAN PULAU BUM BUM DI MANA SEPASANG PELANCONG DARI TAIWAN, SUAMINYA DIBUNUH DAN ISTERINYA DILARIKAN PENJENAYAH FILIPINA.






Monday, 18 November 2013

ROTI JALA DAN KEK MINYAK TAK BERMINYAK IDA ZURAIDA...


Ida Zuraida
Roti jala ceria yg tak brp sempurna 'jala'annya.. ekekekk! Diana Danial.. lulus tak ni? Ada yg nak resepi ker? Ada ek? Ok kt bwh ni kita kongsikan~

Bahan2nya:
3 cawan tepung gandum
3 sudu minyak masak
1/2 camca teh garam
1 biji telur
4 cawan susu segar (guna air biasa pun bole)
Sedikit pewarna

Cara2nya:
1. Sonang jer.. Blend smua bahan hingga sebati..
2. Bhgkan kpd bbrp bahagia dan titiskan pewarna. Masukkan dlm botol/bekas yg bermuncung 3
3. Pastu dah bole menjala dahh.. biarkan dlm bbrp saat then angkat n gulung/lipat.. (tak payah terbalikkan roti tu k)
4. Sedap dimkn dgn kari atau kuah durian
* guna kuali non stick (kuali biasa pun ok janji tak melekat)

SELAMAT MENJALA!!
 — with Diana Danial and 15 others.
2
Ida Zuraida
Kek Minyak Yg Tak Berminyak Tapi Kalepul..
Tuuuu dia mukadimah 'tajuk resepi' hari ni.. haha.. resepi dr Diana Danial.. sila buat quality survey ye Diana.. menjadi ke tidak ni? Yg sy buat ni mcm kurang naik jerr.. dimana silapnya yer.. haha~

Bahan2nya:
2 cwn tepung gandum
1 cwn minyak masak
5 biji telur saiz A
1 cwn susu pekat manis
1 sdm ovalete
1 sdm baking powder
1 sdm esen vanila
1/2 cwn gula castor
Sedikit pewarna..

Cara2nya:
. Pukul gula, telur dan ovalete hingga gebu. Masukkan minyak, susu, esen, baking powder dan pukul sampe kembang.
. Masukkan tepung dan pukul sebati.
. Asingkan adunan kpd bbrp bhgn dan titiskan dgn pewarna.
. Sapu datar loyang dgn majerin dan alaskan dgn kertas minyak.
. Tuang adunan berselang seli sampe habis.
. Bakar pd suhu 180°c selama 45 minit atau ikut oven masing2.
* Nota.. Kek dikukus pun bole. Selamat mencoba!!

SESIAPA YANG BERMINAT MEMASAK KEK, BOLEHLAH MENCUBA RESEPI KEK IDA ZURAIDA INI. KALAU DICUBA MESTI TAU HASILNYA....IN SYA ALLAH MENJADI... DAN BOLEH CUBA KREATIVITI MENJALA ROTI JALA YANG CANTIK NI...SEKALI PANDANG MACAM HELAIAN SAPU TANGAN...

Sunday, 17 November 2013

SURATAN ...NOVEL TERBARU TERBITAN DBP DI PASARAN...

ASSALAMUALAIKUM...

                                 PIC WALL FB NOORLAILA GHAFAR...


SURATAN...SEBUAH NOVEL ISTIMEWA GARAPAN PENULIS HEBAT. NOVEL INI SEBELUM DITERBITKAN DBP TELAH MEMENANGI HADIAH PENULISAN ANJURAN PELITA. PELITA ADALAH BADAN PENULISAN YANG AKTIF DI TERENGGANU.

NOVEL INI BUKAN SEBARANGAN KARYA PENULISAN KERNA DIHASILKAN DENGAN PENUH PENGAMATAN, PENELITIAN BERDASARKAN KEBENARAN.

TATA BAHASANYA KEMAS DAN MENGIKUT TATACARA PENGGUNAAN BAHASA MELAYU YANG BETUL. SESUAI SEKALI BUAT PELAJAR-PELAJAR PERINGKAT MENENGAH DAN TINGGI YANG MENGIKUTI PENGAJIAN KESUSASTERAAN. PENULIS JUGA MERUPAKAN BEKAS GURU TINGKATAN ENAM SMK NEREK TERENGGANU PENGKHUSUSAN PENGAJIAN KESUSASTERAAN SEBELUM BERSARA PILIHAN TAHUN LEPAS.

BUAT PEMINAT-PEMINAT NOVEL..SURATAN PASTI TIDAK MENGECEWAKAN JUSTERU KISAH DERITA PERASAAN SEORANG ISTERI YANG DIMADUKAN SUAMINYA SEDANGKAN BELIAU BERGANTUNG HARAPAN SEPENUHNYA SETELAH MENINGGALKAN IBU/BAPANYA DAN TANAH KELAHIRANNYA YANG JAUH DEMI CINTANYA TERHADAP ISLAM DAN SUAMINYA DIPAPARKAN SEBAIKNYA AMAT MENYENTUH RASA.

DAPATKANLAH NOVEL INI SEBAGAI KOLEKSI BERMAKNA LAGI SANGAT BERHARGA DAN BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN KEPADA MEREKA YANG BERMINAT DALAM BIDANG PENULISAN NOVEL.

PENULIS INI KEBETULAN BARU PULANG DARIPADA MENUNAIKAN IBADAH HAJI BERSAMA SUAMINYA PENYAIR NAWAWEE MOHAMAD SEOLAH MENDAPAT HADIAH ISTIMEWA YANG TIDAK DIJANGKA DENGAN KEJUTAN DIBERI DBP TENTANG PENERBITAN NOVELNYA YANG TERPERAM SEKIAN LAMA.

MUNGKIN ITULAH TANDA ALLAH SWT MEMBALAS PENGORBANAN DAN MEMULANGKAN KEPADANYA GANJARAN REZEKI YANG MELIMPAH RUAH.
TAHNIAH NOORLAILA GHAFAR...SEBUAH NAMA YANG SEMAKIN MENYINARI ALAM PENULISAN NEGARA. BELIAU BUKAN PENULIS BARU TETAPI TELAH LAMA MENULIS SAJAK DAN CERPEN DI MEDIA ARUS PERDANA ERA 80AN HINGGA KINI.

ishh...malu pula nk mengaku penulis hebat ini sahabat baikku...PI bukan sesiapapun tapi suratan menemukan mereka dan terjalenlah ikatan persahabatan yang erat...


Saturday, 16 November 2013

ASSALAMUALAIKUM ...SALAM SEJAHTERA....



NERAKA & SYURGA itu adalah benar -kedua-duanya sedang taat menunggu untuk dihuni manusia kelak selepas AlQiyamah.Manakah pilihan anda sebagai destinasi terakhir atau 'permanent address' anda buat selama- lamanya? Kepada yang belum sedar,berhentilah membuat maksiat, apajuanya, kecil atau pun besar.Mudah-mudahan ada yang membaca posting ini terus mendapat keinsafan & bertaubt...dan kepada yang belum beriman, kita doakan agar berjaya di pilih oleh Aklah swt untuk mendapat Hidayah dariNya.Takutlah pada azabNya. Insaf dan menginsafilah kita sama-sama agar Allah swt menempatkan kita sama sekampong di SYURGA-NYA nanti. Aameen Ya Rabbil Alameen ! Salam Subhi !

    BACALAH AYAT INI DAN AYAT KURSI SAMBIL MELANGKAH MENUJU KE TEMPAT SOLATMU SEHINGGA MEMULAKAN SOLAT NESCAYA ALLAH MEMBERIKANMU GANJARAN PAHALA BERGANDA-GANDA IN SYA ALLAH...





Friday, 15 November 2013

KELOPAK RINDU....KEJORA HATI.




kelopak rindu

salju yang gugur mengusap dedaun masa

lambaian dedaunan

menggamit rindu dihati

rindu pada laman berbau daun senduduk

tempat melempar lelah dan amarah

pada nyanyian alam pudar rentaknya

ditelan gerhana waktu

melangkah pada tanah
tiada warna

ruang angkasa kelabu

mentari siang berada di persinggahan yang rapuh

dihempap batu-batu kenangan

ingatan tidak lari dari hatiku

lambaian dedaunan

kian rancak menerbangkan
kelopak kelopak rindu

padamu yang jauhnya berbatu-batu...

dingin kasihmu membeku

seluruh jejak hilang arah

seluruh maya pun sepi

memandang pada tembok lukisan silam

indah hanya tinggal buih-buih

angin membawa kenangan
kepadamu

sesepi kembara nan kosong.
 
NUKILAN
KEJORA HATI



AKU YANG BERHARAP

Lelah sudah aku menanti

Di anjung harapan ini

Akan bertamukah

wajah bahagia yang kudamba

Akan berlalukah semilir duka yang bertandang

Atau...

Selamanya aku akan terus di sini

Menunggu dan menunggu

Dengan sekelumit ketabahan

Pada sebuah penantian

Tanpa penghujung....

Tanpa kepastian....

Untuk hari esok jua sesudahnya

Dengan itu

Kupujuk resah jiwa

Kubungkus rasa kecewa

Gugurlah gerimis damai

Beraraklah awan derita

Mengusung pedih lara ini

Selamat tinggal nestapa

Terbitlah fajar ceria

Muncullah mentari bahagia

Lantaran..

Telah lamaku di sini

Menanti hadirmu

Agar esok tiada lagi nyanyian derita

Bersenandung pilu di ufuk rasa

Mengalun sendu di danau sukma.

Akan berakhirkah segalanya di sini

Akan tertunaikah impian dan harapan

Akan termakbulkah doaku

Sesungguhnya...

Engkau jualah Yang Maha Tahu

Lantas...

Aku pasrah pada qado' dan qadar Mu


NUKILAN
KEJORA HATI..
1

TAHNIAH! USAHA TANGGA KEJAYAAN...BUKAN SENANG NAK BERJAYA..


Amir Zuhaidi Razali yang menghidap masalah saraf akibat kemalangan menerima tepukan gemuruh daripada rakan-rakannya selepas diumum mendapat keputusan 5A dalam UPSR di Sekolah Kebangsaan Ketereh, Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU 14 Nov. - Sewaktu kanak-kanak lain sibuk belajar bersama guru di sekolah, Amir Zuhaidi Razali, 12, yang menghidap masalah saraf perlu berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Biarpun murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ketereh itu menghidap sejenis penyakit saraf selepas terlibat dalam kemalangan ketika berumur enam tahun, namun kekurangan itu tidak pernah melunturkan semangatnya untuk berjaya


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131115/dn_21/Amir-Zuhaidi-OKU-saraf-muncul-pelajar-terbaik-Kelantan#ixzz2kfsxrEBu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 14 November 2013

LARANYA POLITIK MELAYU...BERPOLITIK BIAR BIJAK...

Laranya Politik Melayu shared Perjuangan Sejati's photo.
Perlukah sentiasa bertanding? 

RIDHUAN TEE ABDULLAH

 11 November 2013 Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sg Limau Kedah telah pun

 diketahui Isnin minggu lalu. Kemenangan berpihak kepada Pas. Apa pun alasan atau 

post mortem yang diberikan, menang tetap menang, kalah tetap kalah walaupun dengan 

kelebihan atau kekurangan satu undi. 

Kali ini Pas mengekalkan kerusi Dun Sg Limau dengan majoriti 1,084 undi. Merosot 

sedikit berbanding PRU13. Pada saya, ia merupakan kemenangan besar Pas walaupun 

ada mendakwa Umno menang dalam kalah, undi Cina meningkat dan berbagai alasan 

lagi. Umno kena terima hakikat bahawa ini PRK bukan PRU. 

Buatlah muhasabah diri segera sebelum kalah lebih teruk dalam PRU14. Jangan terlalu 

memikirkan undi Cina atau lain-lain bangsa meningkat atau tidak. Cari jalan bagaimana 

untuk berbaik-baik dengan Pas. Umno BN tidak mungkin akan mendapat majoriti dua 

pertiga lagi, tanpa sokongan Pas dalam PRU14 akan datang. Jika menang pun, kerusi 

yang bakal dimenangi, tidak akan banyak bezanya dengan PRU12 dan PRU13.

 Lebih membimbangkan jika keputusannya semakin merosot dan akhirnya terus kalah. 

Perkara ini tidak mustahil berlaku, kerana orang Cina telah bulat pemikiran dalam 

tindakan mereka, menyokong parti ultra kiasu. Saya orang Cina, saya tahu apa yang 

berlaku. Umno tidak sepatutnya terus menerus bertanding setiap kali berlaku PRK atau 

kekosongan kerusi Pas. Tidakkah boleh Umno memberikan kemenangan percuma kepada 

Pas, jika dirasakan sesuatu kawasan pilihan raya itu sukar untuk ‘dimakan’.

 Dalam kes Dun Sg Limau, Pas bukannya boleh memerintah jika berjaya mengekalkan 

kerusi tersebut. Saya amat yakin jika Umno berkata: “atas dasar persaudaraan, Umno 

tidak akan bertanding menentang Pas pada PRK Dun Sg Limau kali ini”. Implikasinya 

besar. Mungkin ada kalangan kita yang pesimis dengan pendapat saya ini. Tidak 

mengapa, kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. Niat saya satu, saya hanya mahu 

lihat umat Islam kembali kuat. Contoh lain, Umno tidak payah bersusah-payah untuk 

merebut kembali negeri Kelantan dari tangan Pas. Biarkan Pas memerintah sampai bila-

bila sehingga rakyat mereka sendiri mahukan perubahan. Lagipun, selama berada di 

tangan Pas, saya tidak nampak apa-apa kerugian kepada Islam dan Umno. Ingatlah 

wahai Umno dan Pas, busuk-busuk pun kita, kita tetap umat Islam, ibarat carik-carik bulu 

ayam, akhirnya bercantum juga. 

Berbanding dengan kafir harbi yang terang-terang menolak dan menentang Islam. Cuba 

kita buat perhitungan berapa banyak wang mengalir setiap kali PRK dan PRU, hanya 

kerana berlawan sesama sendiri. Bayangkan jika duit kempen tersebut kita gunakan 

untuk membantu fakir miskin dan mereka yang memerlukan atau membiayai apa-apa 

juga projek pembangunan yang diperlukan segera seperti di Sabah dan Sarawak. Pada 

saya, kempen-kempen pertandingan dalam PRU dan PRK di kawasan yang pasti kalah, 

tidak banyak membawa kebaikan. Ia lebih memburukkan keadaan. Kita saling kutuk-

mengutuk dan fitnah-memfitnah. Hati semakin sakit. Saya tidak merujuk kepada Umno 

semata-matanya, juga kepada Pas. Pas tidak perlu bertanding di kawasan kubu kuat 

Umno. Sama seperti MCA tidak perlu bertanding kawasan bandar majoriti Cina ultra 

kiasu. Sampai kiamat pun MCA tidak akan menang melawan ultra kiasu ini. Misalnya, 

kerusi Seputeh, Bukit Bintang, Kepong dan sebagainya. Majoritinya ibarat langit dengan 

bumi. Undi MCA itu kebanyakan hanya datang daripada Melayu. Sebab itu MCA jangan 

perasan dia kuat. Pertandingan dalam PRK dan PRU di kawasan yakin kalah adalah suatu 

pembaziran yang amat nyata.

 Pembaziran adalah sahabat syaitan. Ini tidak termasuk jentera dan tenaga yang 

terbuang begitu sahaja. Jika benar-benar nak merancang dan berstrategi, fikirkan 

bagaimana nak mendapatkan semula negeri Pulau Pinang, milik kerajaan negeri Kedah 

mengikut sejarah suatu ketika dahulu dari tangan ultra kiasu. Kadang-kadang hati naik 

geram juga, wajarkah kita memperuntukkan sebanyak RM2.25 juta untuk empat SJKC di 

Dun Sg Limau yang penduduknya lebih kurang 1,000 orang sahaja? Saya sendiri telah 

mengetuai PIBG di beberapa sekolah, selama 15 tahun, nak dapat RM10,000 setahun pun 

bagai nak mampus, orang kampung kata. Ini senang-senang sahaja kita taburkan di 

SJKC. Kadangkala terfikir juga, elok juga kerajaan hari ini tidak dapat majoriti dua 

pertiga, supaya ada check n balance... 

SALAM DARI MADINAH...SAYUNYA LAMBAIAN SELAMAT TINGGAL...

ASSALAMUALAIKUM....

KAMI SYUKUR ALHAMDULILLAH...LEPAS ASAR NI ADA DUA ORANG KAWAN AMIRU DI UNIVERSITI MADINAH NAK DATANG KE LOBBY HOTEL...IN SYA ALLAH HARI NI RAMAI YANG BERPUASA SUNAT 10 MUHARRAM. SEBENARNYA SEDANG SIBUK JUGA BERKEMAS UNTUK PULANG. PUKUL 10 MLM NANTI NAK ZIARAH WIDA'. ZIARAH SELAMAT TINGGAL UNTUK TINGGALKAN MAKAM RASULLULLAH...KALAU DI MEKAH KENA TAWAF WIDA' UNTUK TINGGALKAN KAABAH...

2.  BARU LEPAS SOLAT MAGHRIB DALAM MASJID NABAWI, DIPENUHI JEMAAH YANG BERBUKA PUASA. PENGURUSAN MASJID MENYEDIAKAN KURMA, ROTI ARAB YG DICICAH SEAKAN MAYONIS DAN AIR KAPUL. RASA AIRNYA MACAM JAMU. AIR ZAM ZAM MEMANG DISEDIAKAN DALAM MASJID SEPANJANG MASA.

3.  RAMAI PENDUDUK TEMPATAN MADINAH MEMBAWA ANAK-ANAK BERBUKA PUASA DAN BERSOLAT DI SAF-SAF DEPAN. SETELAH 10 MINIT BERBUKA PERKERJA-PERKERJA MENGEMASKAN RUANG ITU UNTUK SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH PULA.

 SETELAH SOLAT MAGHRIB, SOLAT JENAZAH PULA. SETIAP WAKTU ADA JENAZAH. JEMAAH WANITA TURUT BERSOLAT. GANJARAN PAHALA SOLAT JENAZAH SEBESAR BUKIT UHUD!!!SETELAH ITU SAMBUNG MAKAN-MAKAN PULA BERBUKA PUASA SAMBIL MENUNGGU ISYAK.

3.  ASSALAM IDA...KAMI SUDAH DI DALAM BAS, PERJALANAN MENUJU AIRPORT MADINAH. KAPAL TERBANG SAUDI AKAN BERANGKAT PUKUL 8.00 NANTI. KENA PERGI AWAL KERNA MASA DIAMBIL AGAK LAMA UNTUK PEMERIKSAAN PASSPORT, KASTAM, KARGO DLL. MALAM TADI SEMPAT KE RAUDHAH...SELAMAT TINGGAL JUNJUNGAN RASULLULLAH SAW.
   
PIC EHSAN GOOGLE..AIRPORT MADINAH.

4.  BELUM TERBANG LAGI. BARU SELESAI SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI AIRPORT MADINAH. NOW SEDANG BERBARIS BERSAMA BERATUS JEMAAH UNTUK BOARDING.

PIC EHSAN GOOGLE...KLIA.

5.  DI SINI PUKUL 6.00 AM. TERBANG PUKUL 8.00 AM...DIJANGKA TIBA DI KLIA PADA PUKUL 9.30 MLM NANTI. TERBANG KE KB JAM 7.00PG ESOK. AFYAN, AZIA, MENANTU, CUCU-CUCU DAN SAUDARA MARA SUAMI AKAN TUNGGU DI SANA...IN SYA ALLAH

SELAMAT PULANG KE TANAH AIR, LELA DAN SUAMINYA NAWAWEE MOHAMMAD BERSAMA JEMAAH HAJI YANG LAINNYA SEMOGA ALLAH MEMELIHARA KESELAMATANNYA MELINDUNGI PERJALANANNYA DARIPADA SEBARANG ARAL YANG TIDAK DIINGINI DAN TIBA KE DESTINASI WALAFIAT SEJAHTERA...

AMIN...AMIN...AMIN...YAROBBAL ALAMIN...

MyBloglist