Showing posts with label tips kehidupan murni. Show all posts
Showing posts with label tips kehidupan murni. Show all posts

Tuesday, 12 November 2019

INGIN MELIHAT DIRI....

ASSALAMUALAIKUM



Jika ingin melihat diri.
Ambil segenggam tanah. Itulah kita yg diciptakan dari tanah dan kembali ke dlm tanah dgn banyaknya dosa

Ustazah Siti Nurbaya Usman

Friday, 1 November 2019

BACA AL-QURAN SELALU

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


Jangan tinggalkan dari membaca Al Quran melebihi
3 hari berturut turut sebab hati akn mengeras dan pudar dari cahaya Nur Al Quran

Ustazah Siti Nurbaya Usman

Sunday, 20 October 2019

SELESA DI DALAM KUBUR

ASSALAMUALAIKUM


AMALAN UNTUK SELESA DI DALAM KUBUR

Alam kubur sangat gelap. Hanya solat dan bacaan Al-Quran dapat memberikan cahaya terang – ustazah Siti Nurbaya Usman



Ketika hidup di dunia usahlah terlalu banyak tidur.
1.    Amalkanlah membaca Al-quran sebelum subuh…lantaran Al-Quran akan menjawab semua soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur. Al-Quran akan menjadi pembela kita dan menjawab semua soalan malaikat.
2.    Amalkanlah membaca surah al-Mulk pada setiap malam. Rajin membaca surah al-Mulk juga aka memudahkan pengaliran rezeki. Kalau dihafal tentulah lebih baik dan mudah membacanya.
3.    Bangun solat tahajud walau hanya dua rokaat. Insyaa-Allah semua urusan kita akan dipermudahkan.

A







Friday, 20 September 2019

BERPADA DENGAN SEDIKIT...

ASSALAMUALALIKUM



SALAM JUMAAT MULIA

1. Berpadalah dengan yang sedikit kerana hatinya kaya. Pabila kita bersyukur dengan yang sedikit Allah akan tambah nikmatnya.

2. Tinggalkan olehmu rasa dengki nescaya akan bahagialah justeru sifat dengki dan iri itu adalah sifat iblis

3. Jauhkan olehmu segala yang haram Allah akan jadikanmu seorang yang cintakan agama.

4. Barang siapa yang kurang bercakap sempurnalah akalnya, bernas fikirannya.

5. Amalkanlah ilmu-Nya yang diketahui Allah akan tambah ilmu yang tidak terduga.

6. Berusahalah untuk dunia seolah hendak hidup selamanya. Beramallah seolah akan mati esoknya. Istiqomah dalam melakukannya.

7. Jadikanlah diri kamu  manis dan disenangi.

Friday, 9 August 2019

WARKAH DARI BAITULLAH....

ASSALAMUALAIKUM

Siti Nurbaya Usman


Warkah dari Baitullah :
Assalamualaikum wr.wb dan salam baitullah untuk semua pembaca yang saya hormati. Alhamdulillah telah selesai saya menyebut nama nama yang tertulis di buku biru saya. Semoga Allah SWT memakbulkan segala permintaan dan hajat hajat yang di sampaikan.
Dalam beberapa jam lagi Jemaah haji akan mulai menuju ke padang Arafah.
Suasana begitu hening dan semua para tamu Allah SWT bersungguh sungguh menunaikan Ibadah masing masing.
Saya mendoakan keamanan untuk para tamu tamu Allah SWT dan saya sekali lagi bermohon ampun dan maaf dalam setiap penulisan yang mungkin tidak di sukai olih para pembaca sepanjang perkenalan ini terjalin.
Saya akan berdoa dengan bersungguh sungguh di padang Arafah:
Ya Allah...
Semoga Engkau menjadikan cahaya dihatiku
cahaya di telingaku dan cahya di mataku
Ya Allah...
Semoga Engkau memberikan kelapangan dada kepada ku
Berikan kemudahan dalam berbagai urusanku
Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan godaan hati dan hal hal yang buruk dan fitnah kubur
Ya Allah...
Aku berlindung kepadaMu dari segala kejahatan malam dan segala kejahatan yang di bawa olih angin ya itu badai dan bencana
Ya Allah...
PadaMu aku mengadap dan aku bertawakal
Jadikan haji mabrur buat kami di penuhi dengan kasih sayangMu
Berkahkan perjalananku di padang arafah ini
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segalanya
Ya Allah..
Dengan penuh keikhalsan...
Aku berdoa semoga pembaca warkah baitullah dan yang sedang menunaikan ibadah haji di mudahkan menjalani ibadah hajinya
Ya Allah
Dengan penuh tawadhu...
Sampaikan lah hajat pembaca warkah baitullah yang lain untuk sampai di bumi Arafah untuk menyambut seruanMu sehingga mereka dapat di ampunkan dosa dosa sehingga bersih saperti bayi yang baru lahir ke dunia. Setelah itu..
Aku bermohon juga di kuatkan keimanan mereka setelah memperolehi haji yang mabrur.
Amiiin

WUKUF DI PADANG ARAFAH
Jika Jemaah haji jamaah tidak dapat melaksanakan wukuf dengan baik, maka tidak sah ibadah hajinya. Wuquf juga merupakan puncak haji, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Alhah arafah manjaal yalata jam’in kabla tuluw ilafji pakad adraka alhajj (diriwayatkan oleh 5 ahli hadis)
artinya : “Haji itu melakukan wukuf di Arafah”
Wuquf dimulai ketika matahari mulai tergelincir dari tengah hari (pukul 12 siang).
Yang pertama dilakukan saat wuquf adalah melaksanakan shalat zuhur dan ashar secara ‘jamak takdim’ melaksanakan shalat dalam 1 kali azan dan 2 kali iqomah.
Setelah itu disunnahkan seorang imam untuk berkhutbah memberikan bimbingan wuquf, penerangan seruan-seruan ibadah dan memanjatkan doa pada Allah SWT.
Cara berwuquf
Cara pelaksanaan ibadah wukuf ini adalah dengan berdiam diri dan berdoa di padang luas Arafah.
Secara fisik, wukuf Arafah adalah puncak berkumpulnya jutaan jemaah dari berbagai penjuru dunia dalam waktu bersamaan. Secara amaliah, wukuf Arafah mencerminkan puncak penyempurnaan haji.
Di Arafah inilah Rasulullah menyampaikan khutbahnya atau khutbah wada’ (khutbah perpisahan) kerana tak lama setelah menyampaikan khutbah itu beliau pun wafat.
Arafah merupakan gambaran padang Mahsyar, yang nantinya semua makhluk dikumpulkan sebelum melangkah ke surga atau neraka.
Kehadiran di Arafah memberi arti dan suasana akhirat dengan Mahsyarnya.
Arafah juga merupakan tempat bertemunya Adam dan Hawa setelah beratus tahun saling mencari di muka bumi.
Wukuf artinya hadir dan berada di Arafah pada waktu tertentu antara waktu zuhur dan asr. Disini masing-masing jamaah hendaklah focus kepada Allah SWT.
Cermin kembali apa yang telah dilakukan dalam hidup. Ingatlah kematian dan akhirat. Akbarkan dan renungi kebesaran Allah melalui Asmaul Husna-Nya.
Bentangkan dosa-dosa di padang Arafah ini, ingatlah satu persatu dosa-dosa yang pernah di lakukan.
Ingatlah betapa banyak waktu yang selama ini habis terbuang sia-sia kerana kegunaan untuk memperindah kehidupan dunia.
Pengakuan yang jujur dan ikhlas, tanpa rasa sombong dan takabur, di hadapan Allah adalah puncak amaliah haji.
Honest and sincere confession with no dirt of arrogant, in the sight of God is the peak pilgrimage amaliah.
Itulah hakikat Arafah.
Pandanglah ke atas langit Arafah.
Renungilah bahwa pada hari yang mulia itu Allah SWT sedang memanggil para malaikatnya berkumpul di langit Arafah, dan membangga-banggakan umatnya yang sedang wukuf di Arafah
Disebutkan dalam hadits qudsi bahwa Allah berfirman bahwa :
Lihatlah kepada hamba-Ku di Arafah yang lesu dan berdebu. Mereka datang kesini dari penjuru dunia. Mereka datang memohon rahmat-Ku sekalipun mereka tidak melihatku. Mereka minta perlindungan dari azab-Ku, sekalipun mereka tidak melihat Aku”
Allah sangat memuliakan hari wukuf di Arafah sehingga Allah mendekat sedekat-dekatnya kepada hambaNya yang wukuf di Arafah untuk mendengarkan ungkapan dan keluhan hati mereka, menatap dari dekat wajah dan perlaksaan ibadah mereka.
Dengan bangganya Allah bertanya kepada para malaikat:
Apa yang diinginkan oleh hamba hambaKu yang sedang wukuf itu ?“
Pada hari itu, Allah gembira jika mereka berdoa kepada-Nya.
Akn di kabulkan semua doa yang hadir di padang arafah.
Rasullullah SAW bersabda:
Di antara berbagai jenis dosa, ada dosa yang tidak akan tertebus kecuali dengan melakukan wukuf di Arafah.
Jangan berprasangkan bahawa Allah SWT tidak mengampunkan setiap dosa dosa para hambaNya yang wukuf di padang arafah
Allah berfirman kepada para Malaikat:
Wahai malaikat-Ku…
Apa balasan (bagi) hamba-Ku ini
mereka bertasbih kepada-Ku
mereka bertahlil kepada-Ku
mereka bertakbir kepada-Ku
mereka mengagungkan dan memuji-Ku
mereka bershalawat kepada nabi-Ku
Wahai para malaikat-Ku
Saksikanlah, bahwasanya Aku telah mengampunkan mereka
Aku memberi syafaat (bantuan) kepadanya
Aku memberi apa yang di minta untuk semua yang wukuf di Arafah ini.
Demikian agung dan mulianya hari Arafah ini
Alhamdulillah…

Friday, 2 August 2019

AIR MATA KEINSAFAN

ASSALAMUALAIKUM

Salam Jumaat mulia

Panggilan Baitullah adalah ketentuan Allah SWT.
Bila Allah SWT memanggil tak siapa yang dapat menahannya.
Alhamdulillah saya mendapat tawaran sebagai mutawif wanita kali kedua mengiringi kerabat Raja di Timur Tengah.
Akan berangkat pada 5 August 2019.
Dengan hati bergetar setelah mendapat kabar yang mengharukan, sujud syukur yang ku lakukan sambil terketar ketar bibir melantunkan beriringan dengan air mata hangat:
Labbaik Allaahumma labbaik, labbaika laa syariikalaka labbaik. Innalhamda wanni’mata, lakawal mulk, laa syariikalak.’
Subhanallah….
Hanya Engkau ya Allah
yang mengetahui setiap apa yang tersembunyi di balik hati ini yang tak mampu ku tuliskan dan ucapkan
Terima kasih Ya RabbI - USTAZAH SITI NURBAYA USMAN

Gugurnya airmata keinsafan adalah milik hati seorang yg diterima taubatnya. Bersujud syukurlah dlm keikhlasan menerima hidayah-Nya

                    PIC SITI NURBAYA USMAN
                              (C)

Friday, 19 July 2019

FADILAT BERSEDEKAH

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA
                                                         PIC GOOGLE (C)


.
Jika hendak menangkap ayam kalau dikejar tentu sukar menangkapnya. Taburlah bijirin tentu ayam akan terkedek-kedek menghampirimu. Begitu juga dengan rezeki dengan rajin bersedekah rezki kita akan melimpah dan usaha kita yang sedikit diberkati Allah
 Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api”
“Bersedekahlah kamu sekalian, kerana sesungguhnya sedekah itu pemisah dari neraka.”
Selain itu, walau bersedekah apapun dengan bilangan yang sedikit sekalipun dapat
“Jauhkan dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan (sedekah) sebutir kurma.”
#3 – Dilipat Gandakan Pahala
Sedekah juga perbuatan yang sangat disukai Allah s.w.t selain menjadi amalan baik yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang bersedekah. Allah berfirman yang bermaksud:
“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.”
Surah al-Baqarah:261
#4 – Melalui Jambatan Siratal Mustaqim Dengan Cepat
Siratal Mustaqim yang tidak ramai berjaya harungi akan menjadi lebih mudah kepada pemberi sedekah. Lalu janganlah kedekut kerana dengan berdekah akan menjadi pembantu dan penolong kita di hari akhir nanti.
#5 – Memadamkan Kepanasan Alam Kubur
Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”
Hadis Riwayat at-Thabrani
#6 – Mendapat Naungan Pada Hari Akhirat
Golongan yang gemar bersedekah merupakan golongan yang akan menadapat naungan Allah pada hari Akhirat kelak.
Namun, ianya haruslah mereka yang ikhlas iaitu yang tidak menghebahkan pemberiannya itu untuk tujuan menunjuk ataupun riak.
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, maka ia menyembunyikan amalnya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”
Hadis Riwayat Bukhari
. "Segeralah bersedekah kerana sesungguhnya musibah tidak dapat melintasi sedekah" - Riwayat Muslim
https://waqaf.my/12-kelebihan-bersedekah-yang-kita-tidak-ketahui

Sunday, 14 July 2019

HAYYIN LAYYIN QARIB SAHL

ASSALAMUALAIKUM


" Maukah kalian aku tunjukkan orang yang haram baginya tersentuh api neraka ? "
para sahabat berkata," Mau wahai Rasulullah"
Baginda menjawab," Yang haram tersentuh api neraka adalah orang yang Hayyin, layyin, Qarib,Sahl."
( HR At Tirmidzi dan ibnu Hiban )
1. Hayyin orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir maupun batin.tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya.
2. Layyin
orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur kata atau bersikap.tidak kasar, tidak mengikuti hawa napsu, lemah lembut dan selalu mengikuti kebaikan untuk sesama manusia.
3. Qarib
akrab, ramah ketika di ajak bicara, menyenangkan bagi orang yang di ajak bicara dan murah senyum jika bertemu
4. Sahl
orang yang tidak mempersulit sesuatu.selalu ada cara untuk menyelesaikan setiap permasalahan.
Mudah-Mudahan kita semua termasuk golongan orang-orang yang di berkati dan di rahmati serta di kasihi Allah SWT di samping orang-orang yang kita sayangi Aamiin...

Friday, 15 March 2019

DOA HARI JUMAAT..

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA

AMALKAN DOA INI INSYAA ALLAH TERBAIK DAN MAKBUL


Friday, 4 January 2019

BERFIKIR..

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA



BERFIKIR ITU

Berfikir adalah ibadah kerana kita memanfaatkan akal ciptaan darinya

 Jadilah orang orang yang selalu berfikir dan beriman dengan doa yang bermaksud:

Ya Tuhan kami
Tiadalah Engkau ciptakan semua ini secara sia sia
Kerana engkau Maha Suci dari segala sesuatu yang bersifat sia sia dan tiada faaedah.

Semua ciptaan Mu adalah hak yang mengandungi faedah dan menunjukkan hikmah serta kekuasaan.


Maksudnya…
Seorang Mukmin yang berfikir, setelah berfikir, merenung dan meneliti
Mereka selanjutnya mengadap kepada Tuhan dan memanjatkan doa dengan bersungguh sungguh dan merendahkan diri yakin akn hikmah Nya di dalam penciptaan segla makhluk.

 Maka bermohonlah agar diberikan taufik untuk menjalankan amal solih dan dijauhi dari segala bentuk keburukan .
Orang orang yang beramal baik akan dihapuskan kesalahan mereka sehingga masuklah mereka ke dalam syurga yang dibawahnya mengalir sungai sungai indah dan mereka kekal di dalamnya

Allah SWT memberi mereka pahala sebagai balasan amal solih yang di kerjakan kerana hanya di sisi Allah SWT balasan pahala yang baik , yaitu Syurga.

Ayat ayat di surah Ali Imran 190-195 mengajarkan manusia befikir dengan akal sihat. Manusia harus memikirkan tentang kerja kerja Allah SWT yang sentiasa memberikan nikmatNya

Meski hanya sebatas ‘kun fayakun’ semuanya terjadi kita harus merenung bahawa itu mudah buatNya tapi tidak mudah kita sebagai penerima nikmat yang selalu lalai. Lalai untuk bersyukur meski sudah berulang kali di ingatkan supaya kita banyak bersyukur




USTAZAH SITI NURBAYA USMAN

Wednesday, 5 December 2018

KHASIAT MADU DI UJUNG IBU JARI

ASSALAMUALAIKUM...

PETUA MUDAH MENJADIKAN ANAK MENDENGAR KATA

ZAMAN KINI MENDIDIK ANAK MENJADI MANUSIA BESAR DUGAANNYA....DITAMBAH DENGAN GANGGUAN GAJET-GAJET CANGGIH YANG MENGUASAI KEPERLUAN HIDUP SEIRING MASA...ANAK-ANAK YANG TERDEDAH DENGAN PELBAGAI INFORMASI SERING MERAGUI KATA IBU-BAPA DAN MEMBANTAHNYA....TENTULAH PENING IBUBAPA DENGAN PERANGAI ANAK YANG BEGINI....UNTUK PENYELESAIAN MASALAH INI BOLEHLAH DICUBA TIP MUDAH YANG DIBERI SEORANG USTAZ YANG MEMBERI KULIAHNYA DI SURAU KAMPUNG PI.

MENURUTNYA LETAKAN MADU LEBAH DI UJUNG IBU JARI DAN BIARKAN BAYI YANG MASIH KECIL MENGHISAP IBU JARI ITU DAN IBU BAPA YANGMELAKUKANNYA BERSELAWATLAH SAMBIL BERNIAT  AGAR  ANAK ITU MENDENGAR KATA DAN MENJADI ANAK SOLEH  ATAU SOLEHAH.

TAK RUGI MENCUBA....INSYAA  ALLAH                                                       

Thursday, 22 November 2018

RAHSIA SURAH AL IKHLAS

ASSALAMUALAIKUM

SURAH Al Ikhlas, seperti halnya surat-surat yang lain juga memiliki banyak rahasia yang terkandung di dalamnya. Dinamakan surat Al Ikhlas, karena dia menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan dunia akherat, dari kesulitan sakarotul maut, dari kesulitan kegelapan malam dan dari segala kesulitan resiko di hari kiamat.
Ternyata ada waktu tertentu yang dianjurkan membaca surat Al-Ikhlas. Berikut sembilan waktu yang dianjurkan untuk mengamalkan surat Al-Ikhlas:
Pertama: waktu pagi dan sore hari
Pada malam hujan lagi gelap gulita kami keluar mencari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk shalat bersama kami, lalu kami menemukannya. Beliau bersabda, “Apakah kalian telah shalat?” Namun sedikitpun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian beliau bersabda, “Katakanlah“. Hingga aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Katakanlah (bacalah surat) QUL HUWALLAHU AHAD DAN QUL A’UDZU BIRABBINNAAS DAN QUL A’UDZU BIRABBIL FALAQ ketika sore dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akn mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.” (HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)
Kedua: sebelum tidur
“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas). Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)
Ketiga: ketika ingin meruqyah (membaca do’a dan wirid untuk penyembuhan ketika sakit)
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia berkata, “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam hendak tidur, beliau akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surat Al Ikhlas) dan Mu’awidzatain (Surat An Naas dan Al Falaq), kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika beliau sakit, beliau menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika beliau hendak tidur, -pen).” (HR. Bukhari
Keempat: wirid seusai shalat (sesudah salam)
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca mu’awwidzaat di akhir shalat (sesudah salam).” (HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih). Yang dimaksud mu’awwidzaat adalah surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hajar Al Asqolani. (Fathul Bari, 9/62)
Kelima: dibaca ketika mengerjakan shalat sunnah fajar (qobliyah shubuh)
“Sebaik-baik surat yang dibaca ketika dua raka’at qobliyah shubuh adalah Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) dan Qul yaa ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun).” (HR. Ibnu Khuzaimah 4/273. Syaikh Al Albani mengatakan dalam Silsilah Ash Shohihah bahwa hadits ini shahih. Lihat As Silsilah Ash Shohihah no. 646). Hal ini juga dikuatkan dengan hadits Ibnu Mas’ud yang akan disebutkan pada point berikut.
Keenam: dibaca ketika mengerjakan shalat sunnah ba’diyah maghrib
“Aku tidak dapat menghitung karena sangat sering aku mendengar bacaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca surat pada shalat dua raka’at ba’diyah maghrib dan pada shalat dua raka’at qobliyah shubuh yaitu Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash).” (HR. Tirmidzi no. 431. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih)
Ketujuh: dibaca ketika mengerjakan shalat witir tiga raka’at
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca pada raka’at pertama: Sabbihisma robbikal a’la (surat Al A’laa), pada raka’at kedua: Qul yaa ayyuhal kafiruun (surat Al Kafirun), dan pada raka’at ketiga: Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) dan mu’awwidzatain (surat Al Falaq dan An Naas).” (HR. An Nasai no. 1699, Tirmidzi no. 463, Ahmad 6/227)
Kedelapan: dibaca ketika mengerjakan shalat Maghrib (shalat wajib) pada malam jum’at
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa ketika shalat maghrib pada malam Jum’at membaca Qul yaa ayyuhal kafirun’ dan ‘Qul ‘ huwallahu ahad’. ” (Syaikh Al Albani dalam Takhrij Misykatul Mashobih (812) mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih)
Kesembilan: ketika shalat dua rak’at di belakang maqom Ibrahim setelah thowaf
“Lantas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjadikan maqom Ibrahim antara dirinya dan Ka’bah, lalu beliau laksanakan shalat dua raka’at. Dalam dua raka’at tersebut, beliau membaca Qulhuwallahu ahad (surat Al Ikhlas) dan Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun). Dalam riwayat yang lain dikatakan, beliau membaca Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun) dan Qulhuwallahu ahad (surat Al Ikhlas).” (Disebutkan oleh Syaikh Al Albani dalam Hajjatun Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 56)
 Share dunia pendidikan

Friday, 3 August 2018

AMALAN MURAH REZEKI

SALAM JUMAAT MULIA

Jom buat amalan penderas rezeki.
 
1. Slps solat subuh baca astaghfirullah 99 kali
2. Buat solat dhuha slps jam 7 pagi. 

3. Zikir ya fattah ya razzak 99 kali
4. Buat kerja macam biasa

Friday, 29 June 2018

TANDA CINTA DAN MURKA ALLAH

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA



foto google(c)


Siti Nurbaya Usman
20 hrs
Bertanya Nabi Musa Alaihissalam kepada Allah SWT:
Ya Rabb...
Bagaimana aku dapat menbezakan antara orang yang Engkau cintai dengan orang yang Engkau benci?
Lalu Allah pun berfirman:
Sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba
maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya
Bertanya Musa Alaihissalam:
Apakah kedua tanda tanda itu?
Allah berfirman:
Aku akan mengilhamkan kepadanya agar ia bezikir kepada Ku
agar Aku dapat menyebutnya di kerajaan langit
dan aku menahannya dari lautan murkaKu
agar ia tidak tejerumus ke dalam azab dan siksaKu
Lalu Allah berfirman lagi:
Jika Aku membenci seorang hamba
Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya
Bertanya Musa Alaihissalam sekali lagi:
Apakah kedua tanda tanda itu?
Allah berfirman:
Aku akan melalaikan nya dari berzikir kepadaKu
dan Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dariku
sehingga ia terjerumus kedalam lautan murkaKu
dan ia merasakan siksaKu
Banyakkan berzikir sesungguhnya Allah SWT memiliki Syurga di dunia. Barangsiapa memasukinya maka kehidupannya menjadi tenteram
Apakah syurga dunia itu?
Syurga dunia yang di maksudkan itu adalah “Majelis Zikir”

USTAZAH SITI NURBAYA USMAN

Friday, 6 April 2018

MUSIBAH...

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA...



USTAZAH SITI NURBAYA USMAN

Friday, 16 March 2018

DUDUK SEJENAK MENGADAP KIBLAT...

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

Duduk sejenak dengan penuh tawadhu setiap kali usai melaksanakan solat. Mengadaplah ke arah kiblat selama sepuluh minit atau lebih sambil berzikir dan berdoa
Mohonlah kepadaNya :
Sebuah hari yang indah yang penuh barakah
Sebuah hari yang di warnai dengan kebahagian
Sebuah hari yang terisi dengan kejayaan
dan yang paling penting hari yang bersih dari noda dan dosa.
Hanya kepadaNya kebahagian dapat di minta, rezeki dapat di harapkan dan meraih pahala yang di rindukan.
Dengan izin Allah, duduk sperti ini akan memberi kekuatan untk menyambut segala ketetapanNya

USTAZAH SITI NURBAYA USMAN


Friday, 9 March 2018

PUISI SAIDINA ALI.....

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA


Hampir kesemua ulama di dunia terdahulu mempunyai “Diwaan” ya itu kumpulan puisi yang menandakan bahawa kebanyakan para ulama besar di seluruh dunia mulai zaman para sahabat hingga hari ini juga bolih kita katakan seorang seniman
Ada karya hebat “Diwaan Umdatul Mathalib li Sayyidina Ali bin Abli Thalib” yang merangkai syair syair hebat. Demikian juga dengan syair syair Imam As Syafie
Jarang sekali seorang ulama dikenali kesempurnaan keilmuannya tidak memiliki karya sastera.
Imam Syafie, Imam Ghazali, Imam Nawawi dan ulama besar bermazhab Syafie semuanya memiliki karya sastera.
Aliran jiwa mereka mengalir deras dalam semua karya mereka. Mereka adalah seniman ilmu yang memperindahkan dakwah dengan karya sastera.
Semasa saya mengambil Ijazah Doctoral bahasa Arab dan sasetra arab
saya sempat mengumpulkan beberapa diwaan.
Ingin saya hadirkan ‘diwaan’ buat santapan dakwah kerohanian hadirin yang saya hormat.
Berikut adalah “Diwaan Umdatul Mathalib Sayyidina Ali bin Abi Thalib” untuk kita renungkan keindahan dan ketajaman bahasa halus beliau

Aku khawatir terhadap suatu masa
yang roda kehidupannya dapat menggilas keimanan
kerana keimanan hanya tinggal pemikiran yang
tak berbekas dalam perbuatan
Banyak orang baik tapi tak berakal
ada orang berakal tapi tak beriman
Ada lidah yang fasih tapi berhati lalai
ada yang khusyuk tapi sibuk dalam kesendirian
Ada ahli ibadah tapi mewarisi kesombongan iblis
ada ahli maksiat tapi rendah hatinya bagaikan sufi
Ada yang banyak tertawa hingga hatinya berkarat
dan ada yang menangis karena kufur nikmat
Ada yang murah senyum tapi hatinya mengumpat
ada yang berhati tulus tapi wajahnya menakutkan
Ada yang berlisan bijak
tapi tak memberi teladan
Ada orang yang punya ilmu tapi tak faham
ada yang faham tapi tak menjalankan
Ada yang pintar tapi membodohi
ada yang bodoh tapi tak tahu diri
Ada orang beragama tapi tak berakhlak
ada yang berakhlak tapi tak bertuhan
Kemudian saya sampaikan juga “Diwaan Imam Syafie”
Kepada-Mu -wahai IIlah segenap makhluk
Wahai Pemilik anugerah dan kebaikan
kuangkat harapanku
walaupun aku ini seorang yang bergelimang dosa
Tatkala hati telah membatu dan sempit segala jalanku
kujadikan harapan pengampunan-Mu sebagai tangga bagiku
Kurasa dosaku sangat besar
tetapi tatkala dosa-dosa itu kubandingkan dengan maaf-Mu
wahai Rabb-ku-, ternyata maaf-Mu lebih besar
Terus menerus Engkau Maha Pemaaf dosa
dan terus menerus Engkau memberi maaf
sebagai nikmat dan kemuliaan
Andaikata bukan karena-Mu
tidak seorang pun ahli ibadah yang tersesat oleh Iblis
bagaimana tidak...
sedang dia pernah menyesatkan kesayangan-Mu, Adam
Kalaulah Engkau memaafkan aku
Engkau telah memaafkan seorang yang sombong
zhalim lagi sewenang-wenang yang masih terus berbuat dosa
Andaikata Engkau menyiksaku...
tidaklah aku berputus asa
walaupun diriku telah engkau masukkan ke dalam Jahannam
lantaran dosaku
Dosaku sangatlah besar
dahulu dan sekarang
namun maaf-Mu...
wahai Maha Pemaaf
lebih tinggi dan lebih besar
Dari syair di atas kita melihat betapa mulia hati beliau ( Imam Asy-Syafi'i ), walaupun beliau seorang imam besar, tapi beliau begitu menghamba, begitu merasa berdosa.
Bagaimana dengan kita?
Hazamkan dan amalkan ...


USTAZAH SITI NURBAYA USMAN..
Semoga bermanfaat

MyBloglist