ASSALAMUALAIKUM....
KAMI SYUKUR ALHAMDULILLAH...LEPAS ASAR NI ADA DUA ORANG KAWAN AMIRU DI UNIVERSITI MADINAH NAK DATANG KE LOBBY HOTEL...IN SYA ALLAH HARI NI RAMAI YANG BERPUASA SUNAT 10 MUHARRAM. SEBENARNYA SEDANG SIBUK JUGA BERKEMAS UNTUK PULANG. PUKUL 10 MLM NANTI NAK ZIARAH WIDA'. ZIARAH SELAMAT TINGGAL UNTUK TINGGALKAN MAKAM RASULLULLAH...KALAU DI MEKAH KENA TAWAF WIDA' UNTUK TINGGALKAN KAABAH...
2. BARU LEPAS SOLAT MAGHRIB DALAM MASJID NABAWI, DIPENUHI JEMAAH YANG BERBUKA PUASA. PENGURUSAN MASJID MENYEDIAKAN KURMA, ROTI ARAB YG DICICAH SEAKAN MAYONIS DAN AIR KAPUL. RASA AIRNYA MACAM JAMU. AIR ZAM ZAM MEMANG DISEDIAKAN DALAM MASJID SEPANJANG MASA.
3. RAMAI PENDUDUK TEMPATAN MADINAH MEMBAWA ANAK-ANAK BERBUKA PUASA DAN BERSOLAT DI SAF-SAF DEPAN. SETELAH 10 MINIT BERBUKA PERKERJA-PERKERJA MENGEMASKAN RUANG ITU UNTUK SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH PULA.
SETELAH SOLAT MAGHRIB, SOLAT JENAZAH PULA. SETIAP WAKTU ADA JENAZAH. JEMAAH WANITA TURUT BERSOLAT. GANJARAN PAHALA SOLAT JENAZAH SEBESAR BUKIT UHUD!!!SETELAH ITU SAMBUNG MAKAN-MAKAN PULA BERBUKA PUASA SAMBIL MENUNGGU ISYAK.
3. ASSALAM IDA...KAMI SUDAH DI DALAM BAS, PERJALANAN MENUJU AIRPORT MADINAH. KAPAL TERBANG SAUDI AKAN BERANGKAT PUKUL 8.00 NANTI. KENA PERGI AWAL KERNA MASA DIAMBIL AGAK LAMA UNTUK PEMERIKSAAN PASSPORT, KASTAM, KARGO DLL. MALAM TADI SEMPAT KE RAUDHAH...SELAMAT TINGGAL JUNJUNGAN RASULLULLAH SAW.
PIC EHSAN GOOGLE..AIRPORT MADINAH.
4. BELUM TERBANG LAGI. BARU SELESAI SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI AIRPORT MADINAH. NOW SEDANG BERBARIS BERSAMA BERATUS JEMAAH UNTUK BOARDING.
PIC EHSAN GOOGLE...KLIA.
5. DI SINI PUKUL 6.00 AM. TERBANG PUKUL 8.00 AM...DIJANGKA TIBA DI KLIA PADA PUKUL 9.30 MLM NANTI. TERBANG KE KB JAM 7.00PG ESOK. AFYAN, AZIA, MENANTU, CUCU-CUCU DAN SAUDARA MARA SUAMI AKAN TUNGGU DI SANA...IN SYA ALLAH
SELAMAT PULANG KE TANAH AIR, LELA DAN SUAMINYA NAWAWEE MOHAMMAD BERSAMA JEMAAH HAJI YANG LAINNYA SEMOGA ALLAH MEMELIHARA KESELAMATANNYA MELINDUNGI PERJALANANNYA DARIPADA SEBARANG ARAL YANG TIDAK DIINGINI DAN TIBA KE DESTINASI WALAFIAT SEJAHTERA...
AMIN...AMIN...AMIN...YAROBBAL ALAMIN...
Ayu Dan Tasik
-
Assalamualaikum wbt
Cantik tak tasik tu? Ayu pun bukan main lagi, bergaya macam tu bila
bergambar. Dia memang suka buat macam-macam gaya kalau bergambar...
3 hours ago
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”