ASSALAMUALAIKUM
SALAM TAHUN BAHARU
.
Tahun baharu menghulur salam
Allah kurniakan lagi usia
selamat tinggal hari semalam
masa berharga usah persia
.
Moga segala dalam selamat
aman harmoni beroleh nyaman
ukhuwah murni berlimpah rahmat
berkat kurnia Allah yang Rahman
.
Cuba ukirkan tugu sejarah
wujud sebagai harta warisan
semangat pahat tertentu arah
ukiran indah untaian pesan
.
Tiap yang baru beransur lama
apa berlaku reda terima
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
31/12/024
Selamat tahun baharu kak PI. Semoga tahun ini lebih sukses drp thn sebelumnya.
ReplyDeleteTahniah kerana menjadi salah seorang pemenang pengomen tegar blog abam kie. Maklumat lanjut di www.zukidin.com
ReplyDelete
salam tahun baru cikgu...alhamdulillah rezeki awal tahun terima kasih banyak cikgu
DeleteSelamat Tahun Baharu 2025 Kak PI..semoga sihat selalu..
ReplyDelete