Showing posts with label TERZA RIMA. Show all posts
Showing posts with label TERZA RIMA. Show all posts

Wednesday, 15 April 2026

SELAT HORMUZ

 ASSALAMUALAIKUM



SELAT HORMUZ

 

Selat  Hormuz laluan sempit

antara Teluk Parsi dan  Teluk Oman 

bahana perang musibah himpit

.

Selat Hormuz tidak lagi aman

Iran   melarang melaluinya 

beri izin hanya pada teman

.

Selat Hormuz isu kini sanya

penutupannya membawa kesan

Amerika  cetuskan garanya

.

Selat Hormuz gendala urusan

kapal muatan dagangan sarat

pelbagai barang, minyak dipesan

.

Selat Hormuz percaturan jerat

ekonomi lumpuh rasa perih

bijaksana  atasi mudarat

.

Selat Hormuz Ilahi kurnia

moga ubah madani dunia 

 

Selat Hormuz ialah laluan laut sempit tetapi sangat penting di dunia. Ia menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman, seterusnya ke Laut Arab dan Lautan Hindi.


📍 Lokasi & Ciri Geografi

  • Terletak di antara Iran (utara) dan Oman (selatan, wilayah Musandam).
  • Lebar sekitar 33 km di bahagian paling sempit.
  • Laluan kapal hanya beberapa kilometer lebar untuk masuk dan keluar.

🌍 Kepentingan Dunia

  • Antara laluan perdagangan minyak paling penting di dunia.
  • Kira-kira 20% bekalan minyak global melalui selat ini setiap hari.
  • Digunakan oleh negara pengeluar minyak seperti:
    • Arab Saudi
    • Iraq
    • Kuwait
    • United Arab Emirates

⚠️ Kepentingan Strategik & Konflik

  • Sangat sensitif dari segi politik dan ketenteraan.
  • Ketegangan sering berlaku melibatkan Iran dan kuasa Barat seperti Amerika Syarikat.
  • Jika laluan ini ditutup, harga minyak dunia boleh melonjak tinggi dan menjejaskan ekonomi global.

🚢 Fakta Menarik

  • Ribuan kapal tangki minyak melalui selat ini setiap tahun.
  • Ia dianggap sebagai “nadi tenaga dunia” kerana peranannya dalam bekalan minyak.
  • Selain minyak, gas asli cecair (LNG) juga dihantar melalui laluan ini.

Tuesday, 10 March 2026

NUR RAMADAN GAMIT SYAWAL

 ASSALAMUALAIKUM


 


NUR RAMADAN GAMIT SYAWAL

.

Hujung Ramadan dikait ngilu

memori silam teranyam sulam

sebak menghiba disapa pilu

.

Mengirai  rindu berbalam-balam
desa pingitan menggamit pulang

lara merantau semesta alam

.

Melangkah  ranjau reba menghalang
gentayang wajah pesona cinta

mendera atma derita walang

.

Takdir  bersua bertentang mata

sentuhan tangan menghulur salam

mohon ampunan khilaf tercipta

.

Berbahagia  di Aidilfitri

sinaran  Syawal mengukir seri

 

KEMAHUAN

 

Berada  dalam ruang biasa

ingin berubah lalu berhijrah

impinya nyaman lebih selesa

.

Akhir  terjerat tersalah arah

pilihan niat jauh tersasar

tangis jerit air mata darah

.

Ombak  gelora rasa berpusar

menyesalinya tiada guna

menunggu jarum paksi berkisar

.

Cerana  minda daya laksana

rosak runtuhan puing berserak

cantum ceraian di sini sana

.

Untaian  doa gantung harapan

kemahuan bukan kesilapan


Saturday, 4 October 2025

FARDU KIFAYAH

 ASSALAMUALAIKUM





FARDU KIFAYAH
.
Jelaslah hukum fardu kifayah
walau semua tidak mengena
namun anggapan tiasa payah
.
Dalam ibadah kala laksana
gugur melerai hukuman Allah
kerana aral rintang persona
.
Menuntut ilmu dakwah risalah
beroleh jaya saling membantu
daya usaha usai masalah
.
Nasib suratan sudah tertentu
namun berbeza sapa siapa
tiba takdir-Nya mengetuk pintu
.
Jatuh sengsara terkapa-kapa
merenung murung runsing membelit
malanglah diri bertimpa-timpa
.
Pandangan Allah liput semua
susah dan senang berkait jua

Tuesday, 15 July 2025

MAKRIFAT

 ASSALAMUALAIKUM



n


MAKRIFAT
.
Renung makrifat kerohanian
arif falsafah halus teliti
ilmu tasawuf serlah kajian
.
Hurai segala membawa erti
bermula pucuk sehingga akar
papar naratif berhat-hati
.
Memahaminya sepantun lakar
keindahannya nyata menyerlah
pandangan atma mengalih sukar
.
Kelebihannya kurniaan Allah
keistimewaan kerana kasih
naifnya hamba tiasa salah
.
Kekeliruan semoga persih
taufik hidayah anugerah-Nya
Maha Penyayang Maha Pengasih
.
Beriman teguh tawaduk sujud
yakin segala firasat wujud

MyBloglist