ASSALAMUALAIKUM
MAKRIFAT
.
Renung makrifat kerohanian
arif falsafah halus teliti
ilmu tasawuf serlah kajian
.
Hurai segala membawa erti
bermula pucuk sehingga akar
papar naratif berhat-hati
.
Memahaminya sepantun lakar
keindahannya nyata menyerlah
pandangan atma mengalih sukar
.
Kelebihannya kurniaan Allah
keistimewaan kerana kasih
naifnya hamba tiasa salah
.
Kekeliruan semoga persih
taufik hidayah anugerah-Nya
Maha Penyayang Maha Pengasih
.
Beriman teguh tawaduk sujud
yakin segala firasat wujud
salams hari selasa kak dah, bw sini 💖💖
ReplyDeletewsalam tksh miza sudi hadir
DeleteIndah susun katanya, penuh makna kerohanian. Terasa halusnya jiwa yang merenung dalam ilmu makrifat. Moga kita sama-sama diberi taufik dan hidayah untuk memahami dan menghayatinya.
ReplyDeletetksh dik puisi rohani biasa2 ja
DeleteMencari makrifat, supaya hidup lebih tenang, lebih tawakal.. susah sangaaat. Tak semua orang bisa, apalagi yg hanya mengejar duniawi
ReplyDeletetksh fanny mengenal makrifat taufik hidayahNya jua
DeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteTinggi falsafahnya tu Kak PI.
tksh amie cuba kenali falsafah makrifat
Deleteilmu atau pemahaman mendalam tentang Tuhan, yang dicapai melalui pengalaman spiritual dan kesadaran diri. Ini bukan hanya pengetahuan intelektual, tetapi pemahaman yang menyentuh hati dan jiwa, yang membawa seseorang lebih dekat kepada Allah.
ReplyDeletetksh cikgu mendalami ilmu makrifat kerohanian tenang jiwa
DeleteSubahanallah
ReplyDeletepandangan atma tu apa?
ReplyDeletetksh anies pandangan hati
DeleteDulu-dulu biasa dengan perkataan makrifat ini... tapi dah tua baru paham maksud sebenarnya
ReplyDeletetksh dana ya kak pun dulu2 xkisah makrifat ni
DeleteTahniah karya hebat
ReplyDelete