Friday, 28 September 2018

ASYURA KELANTAN...

Asslamualaikum

SALAM JUMAAT MULIA

MUHARAM BELUM BERAKHIR...MASIH RAMAI YANG MERAIKAN AWAL TAHUN BARU HIJRAH DENGAN MENGACAU BUBUR ASYURA....ASYURA DI SINI ADA YANG RASA MANIS DAN PEDAS...TERPULANG KEPADA CITARASA MASING-MASINGLAH KAN.
PI SUKA JE KEDUA-DUANYA.

MEMANG BERBEDA RASA TAPI SEDAPNYA TAK TERKATA.

HENDAK MENGACAUNYA PUN MENGAMBIL MASA BERJAM-JAM LAMANYA. APALAGI KALAU BUBUR YANG DIPERBUAT DARIPADA BERAS DAN BUKAN TEPONG BERAS

Sejam setengah mengacau...steady lagi ni..
Sekarang dah 3 jam 20 minit..pukul 12.15 siaplah, insya-Allah.
Catatan sahabat penulis Jamilah Harun yang mengacau setengah kilogram beras untuk dijadikan asyura.
Kalau ikut resepi kat bawah ni kena siapkan kawah dan beramai mengacaunya.
Pic Jamilah Harun (c)

Hasil mengacauAsyura Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
7 kg beras 
5 kg santan
30 biji telur
20 keping gula Melaka saiz sederhana
1.5 kg bawang merah - goreng dan ramas hancur
4 tin jagung
2 tin jagung manis berkrim
5 kg ubi keledek - potong dadu
1 kg kacang hijau/merah/putih setiap satu - rebus
6 kg gula pasir
7 kg daging - rebus dan siat halus
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:
3 kg santan
1 kg rempah asyura
Bahan kisar di bawah

Bahan goreng dan Kisar:
1.5 kg bawang merah
6 labu bawang putih
20 batang serai
1 tapak tangan halia
1 penumbuk lengkuas

Cara cara:
Bahan kisar digoreng seketika dan kisar sehingga hancur. Satukan 3 kg santan dan bahan kisar serta rempah asyura dan dimasak sehingga naik minyak muda.

Rebus beras dengan air secukupnya. Sebahagian beras digoreng tanpa minyak dan dikisar halus bagi membangkitkan bau wangi. Masukkan ubi keledek dan terus dikacau.

Masukkan santan, kacang kacang, jagung, bawang goreng dan kacau rata. Kemudian masukkan pula rempah tumis dan terus dikacau.

Masukkan gula, gula melaka, garam serta daging. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau rata sehingga naik minyak dan berkilat. 
Bolehlah tutup api. Ceduk ke dalam bekas besar. Masukkan pula ke dalam bekas yang dilapik dengan daun pisang. 

10 comments:

  1. Masak sama-sama..eratkan silaturahim..kemudian diagih-agihkan pula..

    ReplyDelete
  2. Bubur asyura kelantan berbeza dengan bubur asyura JDT.

    ReplyDelete
  3. TKSH WP BERBEZA RASA JANJI SEDAP KAN

    ReplyDelete
  4. Ada makan bubur asyurah ustaz di sekolah yang ketua masak..memang sedap..nak belajar buat kena sabar kayuh2 agar hancur nasi tu

    ReplyDelete
  5. rasa sama macam asyura kat kedah ni ja. hehe ^_^

    ReplyDelete
  6. dulu masa saya kecik2 selalu makan bubur asyura ni. skrang bila dah besar dah tak makan dah. huhu.

    ReplyDelete
  7. Dulu di kampung kat Kelantan memang selalu ada acara mengacau bubur asyura. Tapi bila saya berhijrah ke Perak, susah nak makan bubur asyura lagi. Teringat kemeriahan mengacau bubur asyura.

    ReplyDelete
  8. adik saya bekerja di kelantan. first time dia bawa balik bubur asyura ni macam tak boleh boleh nak telan sebab rasanya lain daripada yang biasa makan. tapi lama-kelamaan sedap pula

    ReplyDelete
  9. memula tau psl bubur ni rs mcm pelik sgt hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist