Showing posts with label RENCANA. Show all posts
Showing posts with label RENCANA. Show all posts

Thursday, 16 January 2020

SPTA

ASSALAMUALAIKUM


SPTA (SIRI PENERBITAN TABIR ALAM) REALISASI IMPIAN PENULIS
Penulis samaada mereka daripada kalangan penulis mapan atau penulis yang muncul sesekali di persada sastera tanah air amat berbangga   sekali sekiranya hasil karya mereka berjaya diterbitkan bentuk fizikal. Kelak ianya   akan jadi warisan anak cucu dan  ditinggalkan sebagai khazanah negara yang   disimpan kemas di Perpustakaan Negara.
            Untuk itu seorang penulis cuba dengan upayanya mengaktifkan grup penulisan maya Tabir Alam @facebook  yang menarik minat ramai penggiat sastera menyertainya.  Penulis ini menerusi media maya facebook gigih mencungkil bakat penulisan, penulis-penulis yang meminati   sastera tapi sekadar miliki pengetahuan asas sahaja.  
            TabirAlam ialah nama pena kepada Abdullah Abdul Rahman, dilahirkan di Ipoh pada 12 September 1953. Mengikuti kursus bahasa Jepun Konnichiwa dan Nihongo di INTAN. Mendapat pendidikan formal di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh.
Memegang Diploma Eksekutif Pengurusan Sumber Manusia, dan Sarjana Muda Psikologi. Telah menghasilkan puisi tradisional dan moden dalam Dewan Agama dan Falsafah, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Jendela Utara, dan Tamadun Islam di bawah kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka; antara lain, Warisan, Berita Harian, Jelita, Keluarga Harmoni, Klasik Nasional, Buletin MBI, Berita MBI, GEMA
Bargabung dalam antologi bersama - Lantera Sastera (2013), Rindu, Cinta dan Kematian (2103), Nun Serumpun (2014), Bisikan 8 (2014), 1001 Pantun Terapi Minda (2014), Lantera Sastera II (2014), Kinjang (2014), Sirah Rasulullah (2015), Slurp! (2015), Senandung Tanah Merah (2015), Mahabah Bahasa (2016), Sedetik.doc (2016), Cakar Nanar (2016), Doa Buat Perwila (2017), Nasihat Nikah Kahwin (2016), Sungai Siput (2016), Taiping (2016), Kuala Kangsar (2016), Tanjong Malim (2016), Ipoh (2016), Gerik (2016), Kampar (2016), Parit Buntar (2016), Batu Gajah (2016), Parit (2016), Pangkor (2016), Selama (2016), Pawang Ana (2016), Puisi Pangkor 6 (2016), Rohingya (2017), Menata Zaman (2017), Puisi Pangkor 7 (2017), Istana Kasih 4 (2017), Talib Samat Dari Mata Kami (2017), Pelukis Zaman Itu... Engkaulah (2017), Selaku Penerbit - Antologi Haiku 2006 (2007), Projek Haiku (2015), Semandarasa (2016), Projek Sonian (2016), Aidilfitri (2016), 1001 Pantun Terapi Minda II (2016), Alegori (2016), Projek Haiku Sayembara (2017), Pelangi (2017), Regis (2017), Berbalas Pantun (2017), Catatan Kenangan (2017), Adikarya (2017), Seribu Sonian (2017), Cengkerama (2017), Agraria (2017), Memori Aidilfitri (2017), Pantun Berkait (2018), Santun Berpantun (2018), Asmaradana (2018), Abadi (2018), Menu (2018), Pantun Merdeka (2018), Asmaraloka (2018), Sidang Pengarang untuk Berita MBI & Buletin MBI (2001-2004), Tourism Scope [Busan], Taiwan (2007-2009), GEMA Persatuan Karyawan Perak (2014-2018)
            Tabir Alam juga ahli kepada (i) Persatuan Aktivis eSastera Malaysia, (ii) Persatuan Karyawan Perak, (iii) World Haiku Club [Online], (iv) E-Sastera.com [Online]. PENGLIBATAN: 2007 "Seminar Pantun Melayu: Semalam, Hari Ini dan Esok" anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malasyia (UKM). 2009 "Seminar Wajah Kepengarangan Muslimah Nusantara" anjuran Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (PKB). 2010 "Pertemuan Penyair Nusantara Ke-4" anjuran Angkatan Sasterawan dan Sasterawanis (Asterawani) 2014 "Anugerah Puisi Dunia Numera 2014" anjuran persatuan Nusantara Melayu Raya (Numera). 2015
Bersama di Pertemuan Sasterawan Nusantara Ke-18 anjuran Angkatan Sasterawan dan Sasterawanis (Asterawani) 2015 Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (Pulara 6) anjuran Yayasan Kampung Karyawan Malim di Pulau Pangkor. 2015
            Hadiri Pertemuan Sastera Budaya Negara Serumpun kelolaan bunda Anie Din di Singapura. 2016 Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (Pulara 7) anjuran Yayasan Kampung Karyawan Malim di Pulau Pangkor. 2017 Juri "Pesta Pantun" anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak. 2017 Wacana "Pantun Beradat Santun Melayu" anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 2017. 
Menjadi  juri "Pesta Pantun Wayangan 2017" anjuran Universiti Kuala Lumpur, Kolej Perubatan DiRaja Perak (RCMP).

            Lalu iltizam digenggam, lahirlah"Siri Penerbitan TabirAlam" (SPTA) dimulakan daripada Klinik Haiku pada tahun 2012, menggabungkan penulis baru dan mapan yang digilap bakat penulisan mereka sebaiknya. Beliau akan menerbitkan karya  yang terlebih dahulu ditentukan genre pilihan mengikut undian peserta projek penulisan tersebut.
Setiap genre penulisan, pesertanya akan dibimbing cara penulisannya dengan betul mengikut standard yang diluluskan Dewan Bahasa Pustaka. Justeru karya yang benar-benar berkualiti sempurna barulah diterbitkan.
Imej SPTA ternyata sebagai pemangkin sastera tanah  air; menggalakkan minat kecintaan lestari sastera penulisan pelbagai genre sebagai sebahagian budaya bangsa yang lunak murni santunan bahasa Melayu yang tinggi nilainya. Media sosial Facebook dimanfaatkan sebagai wahana pembelajaran jarak jauh dalam talian yang berkesan.
Penerbitan antologi genre puisi tradisi seperti pantun syair, seloka sentiasa diberi penekanan pengolahan gubahannya dan tidak lari daripada tatabahasa, kesesuaian rima   sempurna untuk keseluruhan sampiran   dan sukukata    yang tidak melebehi sepuluh bilangannya. Penulisan cerpen, anekdot dan ceringkas juga diterbitkan antologinya.
Disamping itu Tabir Alam turut mengenalkan pembelajaran kepada penulis-penulis SPTA cara sebenar mencipta puisi tradisi Jepun iaitu haiku, Tanka dan Haibun. Juga puisi tradisi Inggeris; soneta  dan kuatrin. Antologinya hanya akan diterbitkan setelah Tabir Alam yang lebih dikenali sebagai Sifu Tabir Alam  berpuas hati dengan puisi yang telah dihasilkan murid-muridnya.
Puisi haiku amat teliti sekali pengkaryaannya yang ditentukan menurut format baitnya 5, 7, 5; mengandungi kata musim, citra dan maksud tersirat. Tabir Alam mengambil masa yang agak lama untuk meluluskan sesuatu haiku menurut keindahan kualitinya yang menepati.
Memang seharusnya tidak cepat berputus asa sekiranya karya haiku yang dihasilkan sering ditolak penerimaannya setelah haijinnya hampir sebulan atau lebih mengadap sifu Tabir Alam secara pembelajaran dalam talian.                                                                      
Antara penulis awal yang menyertai grup penulisan SPTA ialah, Yahti Hayati, Norazizah Idris/Norais, Saniah Masri/Ilham suri, Pauzi Md. Isa, Nazim Subari, Khair                                               Man, Sri Mawar, Russ Assan, Ct Nurza, Mass On, Siti Zaiton Ahmad, Padin Majid, Sazalee Sulaiman,Jalimah Jaidin dan beberapa orang lagi.
2016 hingga kini penulis-penulis ini turut menyertai SPTA iaitu Karisma Rindu, Masriyah Misni, Raonah Md. Sam, Saodah, Gabriel Kim, Qurniaan Jiwa, Aloy Indera, Pinggirandp, Khaziah Yem, Bayu Pagi, Norgadis Labuan, Jamilah Harun, Pak Engku, Kamarsinah  Sarkam, Has Yusuf  Nohan Norehan  Issey Miyaki  Paridah Ishak, Rina Chundau  Sabariah Nor Saleh  Seti Zaleha, Sujata Wee, Syidah Ida, Roserina Sari, Suzana Jamadil, Ruslina Rakib, Wahidah Hj. Ahmad. Norsyidah Diyas, Lina Jarah, Zaleena Ena, Tunza, Yanz Hamzah, Noraziah Aziz Fadzilah, Mohd Khairi Ani, Amna Sofea,, Faiziah Shamsudin,  Fadziah Fauziah Md Zakaria, Iffa Aini Hamd, Puteri Andalas Novelis, Anamatra, Ibu Ris.
Penulis mapan  turut melakar karya bersama SPTA ialah Akademi Sanggar Nurimas, Prof Saleh Lamry, Dr. Ami Masra.
Setiap buku yang diterbitkan Tabir Alam tidak mengenakan sebarang cas perkhidmatan. Kecuali kos pembelian buku dengan harga rendah dan sedikit kos pengeposan. Selama aktiviti penulisan SPTA berlaku; penulis-penulis yang telah menyertainya berjaya menyusun koleksi buku-buku SPTA dengan gembira kerana sedikit sebanyak telah memberi sumbangan dalam memeriahkan pengembangan sastera negara.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         
            Sepanjang keterlibatan Tabir Alam mengendalikan SPTA lahirlah beberapa buah antologi secara nukilan bersama berikut; 
.
(01) Antologi Haiku 2006 (2007) - Haiku
(02) Antologi Haiku@Facebook (2014) - Haiku [e-book].
(03) Projek Haiku (2015) - Haiku 
(04) Suara Hati Sri Mawar (2015) - Sajak [e-book] 
(05) Semandarasa - Projek Pantun Melayu (2016) - Pantun 
(06) Projek Sonian (2016) - Sonian 
(07) Aidilfitri - Sajak-Sajak Kenangan (2016) - Sajak 
(08) 1001 Pantun Terapi Minda II (2016) - Pantun 
(09) Alegori - Projek Soneta Melayu (2016) - Soneta 
(10) Projek Haiku Sayembara (2016) - Haiku 
(11) Pelangi - Projek Haiku II (2017) - Haiku 
(12) Regis - Projek Haibun Melayu (2017) - Haibun 
(13) Berbalas Pantun (2017) - Pantun 
(14) Catatan Kenangan (2017) - Anekdot 
(15) Adikarya - Antologi Poligenre (2017) - Poligenre
(16) Seribu Sonian (2017) - Sonian 
(17) Cengkerama - Projek Seloka (2017) - Seloka 
(18) Agraria - Sajak-Sajak Kehidupan (2017) - Sajak
(19) Memori Aidilfitri (2017) - Anekdot 
(20) Istana Kasih 4 (2017) - Sajak 
(21) Pantun Berkait (1/2018) - Pantun 
(22) Santun Berpantun (2/2018) - Pantun 
(23) Catatan Kembara (3/2018) - Travelog 
(24) Pantun Serumpun (4/2018) - Pantun 
(25) Asmaradana (5/2018) - Pantun 
(26) Abadi - Projek Haiga (6/2018) - Haiga 
(27) Menu - Dari Dapur Penulis (7/2018) - Resipi 
(28) Dirgahayu - Pantun Merdeka (8/2018) - Pantun 
(29) Asmaraloka - Syair Melayu (9/2018) - Syair 
(30) Penganan - Dari Dapur Penulis (10/2018) - Resipi 
(31) Pasak #152 (11/2018) - Sajak 
(32) Senjakala (12/2018) - Cerpen 
Sepatah bicara Tabir Alam
Alhamdulillah, berkongsi ilmu dengan penulis alam siber, serta memberi bimbingan kepada peminat puisi tradisional dan moden untuk karya mereka diantologikan berhasil. Terima kasih kepada penulis terlibat. 
..
Beberapa lagi Siri Penerbitan bagi tahun 2019 masih dalam rangka penyediaan serta proses menghimpun karya; 
(1) Gurindam Jiwa (Gurindam) 
(2) Facebook: Pengkaryaan - (Wawancara) 
(3) Pantun Dua Kerat (Pantun) 
.
InsyaAllah, atas permintaan penulis - projek cerpen akan dipertimbangkan. Begitu juga cadangan bagi projek "Pantun Dua Kerat", serta "Petua - Dari Penulis" yang disarankan.

Tuesday, 2 April 2019

MEMERCUKAN BAHASA MELAYU...

ASSALAMUALAIKUM

MEMERCUKAN BAHASA MELAYU
Bahasa adalah keperibadian bangsa dan citra sesebuah negara. Mengenal sesuatu negara tentulah melalui bahasa pertuturan rakyatnya  terbanyak   dan termaktub  dalam perlembagaan negara tersebut. Selari dengan pendapat yang mengatakan “Bahasa Jiwa Bangsa”, “Bahasa Budaya Bangsa”
            Negara kita memilih bahasa Melayu kerana ketuanan Melayu yang pasti sejak berabad lama. Bahasa Melayu juga adalah lingua-pfranca perdagangan sejak zaman kesultanan Melaka lagi. Tidak perlu lagi untuk dipertikaikan kewajarannya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  
            Namun masa mampu mengubah segalanya.  Apakala bahasa Melayu kini semakin robek dan caca-marba cara penggunaannya. Demi kelestarian politik konon mengikat harmoni bangsa majmuk Malaysia yang menghuninya sebagai warga negara, bahasa   Melayu  dalam arus pendidikan ditukar kepada bahasa                              Malaysia pada tahun 1970an. Bahasa membawa peranannya untuk penyatuan bangsa negara yang diiktiraf kemerdekaannya pada 31 Ogos1957.
            Bahasa Melayu semakin diremehkan dengan tambahan kosa kata bahasa Inggeris yang ditambah hujungnya “si”, “tif” dll conth; situasi, perspektif dan banyak lagi. Menurut yang amalkannya tentulah dengan maksud untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu   perkataan itu agar lebih difahami.
            Sayangnya ia kelihatan dangkal dan tidak sempurna justeru memperlihatkan sikap kita malas mendalami ribuan kosa kata di dalam perbendaharaan bahasa Melayu yang boleh dirujuk dalam kamus DBP pelbagai edisi. Terutamanya KAMUS DEWAN     EDISI 4 .  Jiwa kerdil, berhati kecil  mudah sekali terpengaruh dengan persekitaran yang baru yang  dianggap lebih elok dan sempurna. Bahasa Inggeris dianggap terlalu                      tinggi taraf dan ilmunya.
            Setiap tulisan yang dikarang tidak kelihatan cantik dan terbaik sekiranya karangan tidak diselitkan istilah bahasa Inggeris yang ditambah ejaannya dengan hasrat murni meMelayukannya.
            Menurut kefahaman pengamalnya, bahasa Melayu terlalu panjang meleret dan lunak gemalai.  Langsung tidak   sesuai diserap dalam perkembangan  dunia maju masa kini. Segalanya perlu ringkas dan tepat saja apa yang hendak ditulis atau dibicarakan. Agar lebih mudah difahami dan tidak membuang masa
            Tapi  ianya terlihat lebih berbunga-bunga dan hanya dayakarya penguasaan bahasa yang ingin ditonjolkan. Tidak lebih dari itu. Tidaklah salah meminjam bahasa asing sekiranya tidak ditemui maksud yang tepat di dalam bahasa Melayu, kerana bahasa itu tidak beku keadaannya. Namun berubah dan bertambah kosa katanya seiring keadaan semasa.
             Sifat atau umum bahasa ialah sesuatu yang lahir atau bunyi yang keluar dari mulut yang mempunyai erti sebagai lambang. Corder (1981) dalam Juriah Long (1990) telah mendefinisikan kesalahan bahasa sebagai bentuk-bentuk pertuturan yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. Kesalahan ini meliputi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan perkataan, istilah, dan sebagainya. Kenyataan bahawa kesalahan bahasa merupakan fenomena biasa yang terjadi kepada penutur sama ada penutur asli atau sebaliknya kerana pengetahuan bahasa seseorang sentiasa berkembang sejak dia mula tahu bertutur sehinggalah ke akhir hayatnya dikemukan oleh Corder (1981) berkaitan dengan kesalahan bahasa
Dr. Aminudin Mohamad/Ami Masra

            Begitulah yang berlaku dalam ruang pernagaan yang cuba mengangkat bahasa Melayu untuk mengiklankan perniagaan mereka selaras dengan tujuannya namun tidak serasi  dengan apa sebenarnya. Jadi terpampang jelas tulisan menjolok mata ini yang ternyata kesilapan menggaya bahasa. Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa China bercampur gaul dalam satu pemidang iklan perniagaan seperti:Best Trade, Elite Com, Medan Comunication Centre, Razi Ayam Proses, Azrina Restoran, Mewah Café, Nurul Aida Enterprise
            Sentuhan nama yang dipilih untuk melonjakkan keuntungan perniagaan tidak mencerminkan hasrat untuk mengangkat taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang disanjung dan bertaraf tinggi. Seolahnya merendahkan nilai harga maruah sendiri.  Sebab bahasa yang ditonjolkan adalah lambang keperibadian kita. 
            Kecelaruan di kalangan  masyarakat Melayu dalam penggunaan  bahasa Melayu dengan betul juga seringkali berlaku. Menurut Dr Hassan Ahmad dalam bukunya BAHASA DAN PEMIKIRAN MELAYU terbitan DBP 2016; kita tahu ramai manusia yang tidak pernah belajar bahasa secara formal, kebanyakannya tidak tahu membaca dan menulis dengan betul namun mampu menggunakan tatabahasa yang betul dalam pepatah, peribahasa, rangkap-rangkap pantun yang yang diungkapkan secara lisan.   
            Era alaf baru dengan siaraya media maya yang leluasa menyaksikan bahasa Melayu semakin diubah cara hubungnya melalui tulisan dengan terlalu ringkas  guna menjelaskan apa yang mahukan di kotak pesanan.  Pesanan tulisan yang singkat luas sekali penggunaannya di kalangan semua. Tidak terkecuali antara anak dan ibu bapa, kawan  kepada kawan, murid kepada gurunya.
            Sedikit contoh;            Slm ust. Sy d g blk ust, tp ust xde. Skunk sy kat café. T lau ust de, gtau sya yerk. Sy br8first lu. K ust. Sowi kacau
          Merenungnya sekali lalu tentu sukar sekali memahami apa yang hendak disampaikan. Mungkin pening kepala pula memikirkannya. Bukankah ianya langsung tidak praktikal dan membuang masa.
          Tapi itulah yang ditemui dalam media sosial dahulu dan kini @ Facebook, Instgram, Twitter, Whatsapp. Wechatt yang mempengaruhi golongan muda terlebih lagi haru-biru gunacara bahasa bertukar kata.      
          Bahasa Melayu yang tidak bertatabahasa indah dan menurut peraturan yang ditetapkan DBP semakin digemari dengan penerbitan novel indie yang menarik penggemarnya berbahasa Melayu gaya terkini. Pada suatu sisi tentu ianya memangkin perkembangan sastera. Sastera yang ada lessen pengkaryaan  sesuka hati.
          Namun akhirnya tentu tidak kemana. Penguasaan bahasa Melayu yang betul tatabahasa amat penting di dalam menjawab soalan peperiksaan untuk memperolehi markah tertinggi lagi terbaik di peringkat sekolah hingga universiti.
          Justeru ia  langsung tidak menguntungkan anak bangsa Malaysia sekiranya amalan berkarya sastera begini dilambung tinggi kerana begitu ramai penggemarnya. Dan penulisnya mendapat hasilan teramat menguntungkan walau karyanya tidak dinilai mereka yang arif dalam bidangnya.
          Mutakhir ini saat roda siasah negara yang di atas berputar ke bawah dengan izin-Nya, ingin sekali menyaksikan beberapa perubahan dalam pemerkasaan bahasa Melayu ke arah yang  lebih sempurna. Dan terletak betul di landasannya. Sebab  setiap tindakan kerajaan baru sentiasa diperhati dan ditegur dengan sinis atau sebaliknya.   
          HARAPAN yang menjadi lambang kerajaan kini semoga membawa harapan menjadi nyata berkaitan bahasa Melayu yang menjadi wahana sastera tonggak budaya bangsa, dipelihara sehabis baik dan dimanfaatkan dalam segenap bidang.  Bahasa Melayu pasti semarak berkembang sekiranya badan penulisan sastera sentiasa disokong kegiatan susastera yang memasyarakatkan dan menggalakkan penerbitan buku-buku sastera untuk memupuk minat membaca dengan sedikit   sumbangan dana.                                          
                                                                                  PARIDAH  ISHAK                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             

MyBloglist