MEMERCUKAN
BAHASA MELAYU
Bahasa adalah keperibadian
bangsa dan citra sesebuah negara. Mengenal sesuatu negara tentulah melalui bahasa
pertuturan rakyatnya terbanyak dan termaktub dalam perlembagaan negara tersebut. Selari
dengan pendapat yang mengatakan “Bahasa Jiwa Bangsa”, “Bahasa Budaya Bangsa”
Negara
kita memilih bahasa Melayu kerana ketuanan Melayu yang pasti sejak berabad
lama. Bahasa Melayu juga adalah lingua-pfranca perdagangan sejak zaman
kesultanan Melaka lagi. Tidak perlu lagi untuk dipertikaikan kewajarannya.
Namun
masa mampu mengubah segalanya. Apakala
bahasa Melayu kini semakin robek dan caca-marba cara penggunaannya. Demi
kelestarian politik konon mengikat harmoni bangsa majmuk Malaysia yang
menghuninya sebagai warga negara, bahasa
Melayu dalam arus pendidikan
ditukar kepada bahasa Malaysia pada
tahun 1970an. Bahasa membawa peranannya untuk penyatuan bangsa negara yang
diiktiraf kemerdekaannya pada 31 Ogos1957.
Bahasa
Melayu semakin diremehkan dengan tambahan kosa kata bahasa Inggeris yang
ditambah hujungnya “si”, “tif” dll conth; situasi, perspektif dan banyak lagi.
Menurut yang amalkannya tentulah dengan maksud untuk menjelaskan lagi maksud
sesuatu perkataan itu agar lebih
difahami.
Sayangnya
ia kelihatan dangkal dan tidak sempurna justeru memperlihatkan sikap kita malas
mendalami ribuan kosa kata di dalam perbendaharaan bahasa Melayu yang boleh
dirujuk dalam kamus DBP pelbagai edisi. Terutamanya KAMUS DEWAN EDISI 4 .
Jiwa kerdil, berhati kecil mudah
sekali terpengaruh dengan persekitaran yang baru yang dianggap lebih elok dan sempurna. Bahasa
Inggeris dianggap terlalu
tinggi taraf dan ilmunya.
Setiap
tulisan yang dikarang tidak kelihatan cantik dan terbaik sekiranya karangan
tidak diselitkan istilah bahasa Inggeris yang ditambah ejaannya dengan hasrat
murni meMelayukannya.
Menurut
kefahaman pengamalnya, bahasa Melayu terlalu panjang meleret dan lunak gemalai. Langsung tidak sesuai diserap dalam perkembangan dunia maju masa kini. Segalanya perlu ringkas
dan tepat saja apa yang hendak ditulis atau dibicarakan. Agar lebih mudah difahami
dan tidak membuang masa
Tapi
ianya terlihat lebih berbunga-bunga dan
hanya dayakarya penguasaan bahasa yang ingin ditonjolkan. Tidak lebih dari itu.
Tidaklah salah meminjam bahasa asing sekiranya tidak ditemui maksud yang tepat
di dalam bahasa Melayu, kerana bahasa itu tidak beku keadaannya. Namun berubah
dan bertambah kosa katanya seiring keadaan semasa.
Sifat
atau umum bahasa ialah sesuatu yang lahir atau bunyi yang keluar dari mulut
yang mempunyai erti sebagai lambang. Corder (1981) dalam Juriah Long (1990)
telah mendefinisikan kesalahan bahasa sebagai bentuk-bentuk pertuturan yang
menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. Kesalahan ini
meliputi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan
perkataan, istilah, dan sebagainya. Kenyataan bahawa kesalahan bahasa merupakan
fenomena biasa yang terjadi kepada penutur sama ada penutur asli atau
sebaliknya kerana pengetahuan bahasa seseorang sentiasa berkembang sejak dia
mula tahu bertutur sehinggalah ke akhir hayatnya dikemukan oleh Corder (1981)
berkaitan dengan kesalahan bahasa
Dr. Aminudin Mohamad/Ami
Masra
Begitulah
yang berlaku dalam ruang pernagaan yang cuba mengangkat bahasa Melayu untuk
mengiklankan perniagaan mereka selaras dengan tujuannya namun tidak serasi dengan apa sebenarnya. Jadi terpampang jelas
tulisan menjolok mata ini yang ternyata kesilapan menggaya bahasa. Bahasa
Melayu, bahasa Inggeris, bahasa China bercampur gaul dalam satu pemidang iklan
perniagaan seperti:Best Trade, Elite Com,
Medan Comunication Centre, Razi Ayam Proses, Azrina Restoran, Mewah Café, Nurul
Aida Enterprise
Sentuhan nama yang dipilih untuk melonjakkan keuntungan
perniagaan tidak mencerminkan hasrat untuk mengangkat taraf bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan yang disanjung dan bertaraf tinggi. Seolahnya
merendahkan nilai harga maruah sendiri. Sebab
bahasa yang ditonjolkan adalah lambang keperibadian kita.
Kecelaruan di kalangan
masyarakat Melayu dalam penggunaan
bahasa Melayu dengan betul juga seringkali berlaku. Menurut Dr Hassan Ahmad
dalam bukunya BAHASA DAN PEMIKIRAN MELAYU terbitan DBP 2016; kita
tahu ramai manusia yang tidak pernah belajar bahasa secara formal,
kebanyakannya tidak tahu membaca dan menulis dengan betul namun mampu
menggunakan tatabahasa yang betul dalam pepatah, peribahasa, rangkap-rangkap
pantun yang yang diungkapkan secara lisan.
Era
alaf baru dengan siaraya media maya yang leluasa menyaksikan bahasa Melayu
semakin diubah cara hubungnya melalui tulisan dengan terlalu ringkas guna menjelaskan apa yang mahukan di kotak
pesanan. Pesanan tulisan yang singkat
luas sekali penggunaannya di kalangan semua. Tidak terkecuali antara anak dan
ibu bapa, kawan kepada kawan, murid
kepada gurunya.
Sedikit contoh; Slm ust. Sy d g blk ust, tp ust xde. Skunk sy kat café. T lau ust de,
gtau sya yerk. Sy br8first lu. K ust. Sowi kacau
Merenungnya sekali lalu tentu sukar sekali
memahami apa yang hendak disampaikan. Mungkin pening kepala pula memikirkannya.
Bukankah ianya langsung tidak praktikal dan membuang masa.
Tapi itulah yang ditemui
dalam media sosial dahulu dan kini @ Facebook, Instgram, Twitter, Whatsapp.
Wechatt yang mempengaruhi golongan muda terlebih lagi haru-biru gunacara bahasa
bertukar kata.
Bahasa Melayu yang tidak
bertatabahasa indah dan menurut peraturan yang ditetapkan DBP semakin digemari
dengan penerbitan novel indie yang menarik penggemarnya berbahasa Melayu gaya
terkini. Pada suatu sisi tentu ianya memangkin perkembangan sastera. Sastera
yang ada lessen pengkaryaan sesuka hati.
Namun akhirnya tentu
tidak kemana. Penguasaan bahasa Melayu yang betul tatabahasa amat penting di
dalam menjawab soalan peperiksaan untuk memperolehi markah tertinggi lagi
terbaik di peringkat sekolah hingga universiti.
Justeru ia langsung tidak menguntungkan anak bangsa
Malaysia sekiranya amalan berkarya sastera begini dilambung tinggi kerana
begitu ramai penggemarnya. Dan penulisnya mendapat hasilan teramat
menguntungkan walau karyanya tidak dinilai mereka yang arif dalam bidangnya.
Mutakhir ini saat roda
siasah negara yang di atas berputar ke bawah dengan izin-Nya, ingin sekali menyaksikan
beberapa perubahan dalam pemerkasaan bahasa Melayu ke arah yang lebih sempurna. Dan terletak betul di
landasannya. Sebab setiap tindakan
kerajaan baru sentiasa diperhati dan ditegur dengan sinis atau sebaliknya.
HARAPAN yang menjadi lambang
kerajaan kini semoga membawa harapan menjadi nyata berkaitan bahasa Melayu yang
menjadi wahana sastera tonggak budaya bangsa, dipelihara sehabis baik dan
dimanfaatkan dalam segenap bidang. Bahasa
Melayu pasti semarak berkembang sekiranya badan penulisan sastera sentiasa
disokong kegiatan susastera yang memasyarakatkan dan menggalakkan penerbitan
buku-buku sastera untuk memupuk minat membaca dengan sedikit sumbangan dana.
PARIDAH ISHAK
Bahasa Melayu yang emakin dipermudahkan..dan semakin dirojakkan..semakin kurang yang mahu memartabatkan Bahasa Melayu Kak PI..sekarang kalau tidak fasih berbahasa Melayu dikalagan orang Melayu tidak dipeduli tetapi kalau tidak pandai berbahasa Inggeris bakal dipinggir..aneh tapi itulah hakikat zaman sekarang.
ReplyDeleteTKSH PC YA BENAR SEKALI...BAHASA MELAYU SEMAKIN DIPINGGIRKAN N TIDAK DIHARGAI DENGAN SEPATUTNYA
ReplyDeletesudah terbiasa dgn perkataan Inggeris yg dimelayukan, kekadang kurang faham bila guna perkataan Melayu terutama utk perkataan teknikal..sbb report kerja semua dlm bahasa Inggeris..huhu..
ReplyDeleteterkesan dana kak, sbb kadang dana pun gunakan perkataan yg dipendekkan... cumanya tidaklah ekstrim seperti ayat bdk2 zaman muda remaja skrg nih.
ReplyDeletetp kenapa banyak perkataan bahasa melayu yg dana rasa dh berubah dari yg kita biasa gunakan dulu? sampai terkadang dana susah nk terima perkataan tuh utk digunakan dlm seharian
Bahasa Melayu harus menerima pemodenan supaya seiring dengan perkembangan zaman
ReplyDeleteTKSH NOHAS YA MMG AGAK SUKAR JUGA MEMAHAMINYA KERANA BUKAN KITA YG MEMPOPULARKAN ILMU2 TEKNIKAL WALAU ISLAM YG MENGASASNYA SEJAK LAMA..MAKNANYA TERPAKSALAH DITERUSKAN APA YG MUDAH DIFAHAMI HEH..HEH..
ReplyDeleteTKSH DANA...YA KDG KITA PUN TERKELIRU DGN BAHASA KITA SENDIRI
ReplyDeleteTKSH WP..YA PEMODENAN BAHASA PERLU DILAKUKAN SBB SIFAT BAHASA ITU TIDAK STATIK
ReplyDeletebkn BM shj yg alami perubahan bla byk perkataan BI dimelayukan. bahasa lain pun sama tp mereka tetap memartabatkan bahasa ibunda...
ReplyDeletememang skrang bercampur2 gaya bahasanya. kita yang bersembang hari2 pun campur saja. tapi ada masa dan ketika kita kena tahu juga nak guna bahasa dengan betul =D
ReplyDeleteTKSH ANIES..YA KITA JUGA MESTI MERPEKASAKAN BAHASA MELAYU DAN MEMERTABATKANNYA TINGGI
ReplyDeleteTKSH SITI WALAU APA CARA KITA MENUTURNYA TAPI PERLU MENGIKUT SITUASI N KESESUAIANNYA.
ReplyDeleteBagi saya, org Melayu sendiri perlu perkasakan Bahasa Melayu sebaiknya. Generasi kini terutamanya, kena belajar menghormati bahasa dgn pertuturan yg betul disamping tidak meninggalkan bahasa2 lain spt Inggeris dan lain2 dan mampu setaraf warga globalisasi.
ReplyDeleteIni tidak, bila cakap dgn bangsa cina atau india, pelat bahasa melayu kita pun jadi seperti mereka.. malah dgn bangla pun, kita cakap jadi pelat bangla hehee.. tak perlu bahasa buku, tetapi bertuturlah dgn betul bermula dgn mereka agar menghormat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.. sekadar pendapat dari realiti :)
TKSH DIK KK YA SIKAP KITA SENDIRI SEBENARNYA YG SUKA BERTOLAK DLM BERBAHASA MELAYU DGN BANGSA LAIN..SEKIRANYA KITA BERTUTUR SECARA BETUL PASTI BANGSA LAIN JUGA TERPENGARUH MENGIKUTI CARA KITA
ReplyDelete