Sunday, 18 August 2013

IBU DAN ANAK

KITA MERASA SERONOK SEKALI DAN TUMPANG BERBANGGA DENGAN KEJAYAAN IBU/BAPA MENDIDIK KESEMUA ANAK-ANAK YANG MEREKA MILIKI HINGGA KE MENARA GADING DAN MENJADI MANUSIA BERGUNA. WALAU BUKAN MUDAH MELAKUKANNYA KERNA SENTIASA ADA ARAL GALANGAN DAN DURI YANG MENYAKITI SEPANJANG PROSES PENDIDIKAN, PEMBELAJARAN ANAK-ANAK KITA ITU.....

SEPERTI ADIK KEDUAKU HANYA SEORANG GURU TADIKA KEMAS DAN IBU TUNGGAL SETELAH SUAMINYA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA; MENINGGAL DUNIA DENGAN MEWARISKAN KEPADANYA LIMA ORANG ANAK YATIM YANG MASIH KECIL...


PUTERI PUTERI YANG CANTIK BERSAMA BONDA KESAYANGAN DAN PUTERA KACAK NAN SEORANG.

BERKAT KESUNGGUHAN DAN KEAZAMANNYA INGIN MELIHAT ANAK-ANAKNYA BERJAYA DI DALAM PELAJARAN WALAU SESUKAR MANA PERIH KEHIDUPANNYA DILALUI JUGA TANPA MENGABAIKAN KEPERLUAN PENDIDIKAN ANAK-ANAKNYA WALAU SEKADAR SEADANYA. KOS MEMBIAYAI PELAJARAN ANAK-ANAK DI PERINGKAT TINGGI MEMANG TIDAK SEDIKIT. JAWABNYA IBUNYA YANG BERPENDAPATAN KECIL TIDAK MAMPU BERSALIN PAKAIAN BARUPUN

KESEMUA ANAK-ANAKNYA YANG SANGAT COMEL TIKA KECIL BERJAYA KE IPT DAN MENDAPAT PERKERJAAN YANG BAIK. ANAK BONGSUNYA PULA SEDANG MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN DI LONDON

SEORANG KAWANKU YANG BARU BERSARA SEBAGAI GURU TINGKATAN 6 SMK RENEK TERENGGANU JUGA BERJAYA MENGHANTAR 8 ANAKNYA KE IPT SEMENTARA YANG BONGSU PASTI MENYUSUL JEJAK ABANG-ABANG DAN KAKAK-KAKAKNYA TIDAK LAMA LAGI. KESEMUA ANAK-ANAK KAWANKU INI MEMPEROLEHI 10A DALAM PEPERIKSAAN SPM MEREKA. SANGAT CEMERLANG SEKALI.  BIASANYA KALAU CEMERLANG DI DALAM PELAJARAN TENTU CEMERLANG JUGA DALAM HIDUP. APATAH LAGI KESEMUA ANAK-ANAKNYA MENDAPAT DIDIKAN ILMU AKHIRAT YANG MANTAP.


PASANGAN PENULIS NOORLAILA GHAFAR BERSAMA SUAMINYA NAWAWEE MOHAMMAD, ANAK-ANAK, MENANTU DAN CUCU-CUCU

TAPI AKU TETAP BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK ANAK-ANAKKU YANG SEDERHANA SAJA JUSTERU MEREKA SEMUA BERSEDIA MENEMANI SUSAH SENANGKU SEPANJANG HIDUPKU...

10 comments:

  1. Alhamdulillah kak..kasih sayang xboleh dijual beli dengan ringgit.selamat hari raya maaf zahir batin =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu Kak Nah jikalau tiada rasa kasih sayang yg membendung ikatan antara kita dan anak-anak langsung tidak bermakna...selamat hari raya maaf zahir batin utkmu sekeluarga jg...

      Delete
  2. Semoga anak-anak tidak melupakan pengorbanan ibubapa mereka bila sudah bekerja & berumahtangga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2lh harapan ibubapa setelah mrk tua kelak...mudah2-an anak2 tau mengenang budi...tq nohas

      Delete
  3. doa anak2 setlh kita tiada menerangi alam barzakh ibu bapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih banyak...inn sya Allah harapan ibubapa begitulah...

      Delete
  4. Lela rasa dihargai...
    terima kasih pujian dan sanjunganmu Ida. anak2 aset kita, yang bakal mendoakan kita setlh kita kembali kepada-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih lela, bukan setakat sanjungan semata tapi sy menulis untuk memberi inspirasi kpd ibu bapa agar mencontohi kejayaan lela dlm mendidik anak-anak sebaiknya dengan izin Allah jua...

      Delete
  5. bahagia nyer rasa kalau anak2 berjaya dan tak melupakan jasa ibu bapa kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibubapa sanggup berkorbanapa saja utk anak2 trsayang dgn harapan anak2 tau menilai n menghargainya....tq KA

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist