Tuesday, 20 March 2018

HATI ANAK KECIL TAHUN SATU...

ASSALAMUALAIKUM...





um Kerenah Murid2

Khaziah Bte Yem
11 hrs ·
Hari pertama di sekolah setelah bercuti 1 minggu.

Babak 1

Cikgu dengan trolinya penuh dengan buku berjalan ke kelas darjah 1. Belum sampai sudah dikeroyok oleh murid2. Salam tangan cikgu dan peluk cikgu. Seorang murid siap dengan beg dan jaketnya, berlari ke arah Cikgu.

Cikgu : Eh, kenapa tak pergi kelas dan letak beg.
Anak murid 1 : Rindu...
Cikgu : Apa, rindu? (Dalam hati berkata2, "Betul ke apa yang aku dengar ni?)
Anak murid 1 : Ya, rindu....
Cikgu : Alahai...

... lalu dia pun menyalam tangan Cikgu. Dia malu sedikit untuk menunjukkan kasih sayangnya tidak seperti murid-murid lain.

Babak 2

Anak murid 2 : Cikgu Khaziah, saya tidur sampai mimpi-mimpi cikgu. Kenapa cikgu tak datang-datang? (Muridku yang seorang ini memang bijak bercakap.)
Cikgu : Alahai... Sampai termimpi-mimpi! Kasihannya!

Inilah sebabnya aku suka ajar darjah 1. Sayang mereka ikhlas. Sayang mereka tak simpan. Macam mana nak beralih angin...

Babak 3
Di luar kelas darjah 5, seorang anak muridku bersusah payah mengeluarkan dua mangkuk plastik.
Anak murid 1 : Cikgu, saya belikan ini untuk cikgu.
Cikgu : Apa ni?
Anak murid 1 : Belacan, Cikgu.
Cikgu : Belacan! Awak beli di mana?
Anak murid 1 : Saya bercuti di Melaka.

Cikgu pernah berkongsi yang cikgu suka belacan dari Melaka. Agaknya kalau cikgu suka bulan dan bintang... Ada yang nak bawakan untuk cikgu tak?

20 comments:

  1. best ada student camni.. :)

    ReplyDelete
  2. TKSH EJULZ YA ANAK MURID YG SYGKN GURUNYA

    ReplyDelete
  3. bagus murid2 mcm ni...ikhlas sungguh..saya dulu rasanya tkde nak bagi cikgu hadiah...huhu..

    ReplyDelete
  4. ahakss..sweet jek anak murid ni..ingat apa yg cikgu suka mkn

    ReplyDelete
  5. Tulus,lurus dan jernihnya hati....

    ReplyDelete
  6. TKSH FIDAH ANAK2 KECIL MMG IKHLAS

    ReplyDelete
  7. TKSH JM SUCI BERSIH HATI MRK

    ReplyDelete
  8. TKSH WP SUKA JADI CIKGU ANAK2 KECIL NI

    ReplyDelete
  9. TKSH ANIES YA IKHLAS SEKALI

    ReplyDelete
  10. Alahai budak-budak kecik memang polos

    ReplyDelete
  11. TKSH MRSA YA ANAK2 KECIL TULUS POLOS

    ReplyDelete
  12. TKSH YUNSING ANAK2 KECIL GITULH

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist