Showing posts with label LIMERIK. Show all posts
Showing posts with label LIMERIK. Show all posts

Saturday, 1 August 2026

PERAIH UNDI

 ASSALAMUALAIKUM







PERAIH UNDI

.

Meraih  undi sukar tugasnya

memujuk rakyat tentu pilihnya

negeri adat

amal ibadat

jenuh memikir apa helahnya

.

info tular media sosial

cuba menepis terkial-kial

meskipun benar

bukti bersinar

puas mengecek dimaki sial

.

Dari  Jelebu menuju Gemas

Kuala Pilah cuba diremas

menghala Tampin

calon pemimpin

tiba Port Dikcson dikejar cemas

.

Mengukir  janji berputar lidah

di Sri Menanti  digubah indah

himpun di Rembau

Jempol diimbau

gelombang gulau gelora gundah

 

. PEDAGANG DIKSI

 

Menulis hanya untuk berdagang

terbitkan buku ketika senggang

siaplah sudah

kerjanya mudah

banyak salahnya jiwanya tegang

.

Malas nak semak berkali-kali

telah dijual ramai yang beli

fakta tak tepat

merata tempat

lesu menepis marah pembeli

.

Bergantung pada nama popular

semua karya meluas tular

salah menduga

isi tak jaga

pengeksploitasi pula digelar

.

Pedagang diksi terbit karyanya

tujuan hanya tambah hartanya

nilainya rendah

tiada endah

netizen tegur tebal mukanya

 

TERMANGU-MANGU

.

Dia  selalu termangu-mangu

keliru warna birukah ungu?

lama termenung

hanya merenung

risau menjengah terasa dungu

.

Asyik  terlupa apa nak buat

upaya pula tidaklah kuat

usia emas

tiasa cemas

lihat segala sangsi meluat

.

Melayan  saja gundah gulana

cempera arah ke mana-mana

tiap penjuru

rata meluru

akhirnya lesi jiwa merana

.

Ligat  berfikir asbab dicari

jenuh selongkar kotak memori

temui jua

gulungan tua

himpun catatan salahnya diri

 

 


Monday, 20 April 2026

PENGHULU


ASSALAMUALAIKUM

.


PENGADIL

.

Luar  arena perhati tingkah

dua peserta mengatur langkah

uji prestasi

segenap sisi

pengadil pening tentukan markah

.

Juara  lalu yakin juara

biarkan masa lalu segera

pesaing lemah

lontarkan tohmah

bicara panas api membara

.

Biarkan  saja kedua pihak

tidaklah ingin hendak memihak

kata putusnya

ada waktunya

mengkelan rasa disumbat kahak

.

Justeru  jemu jadi pengadil

pandang peserta terlalu kerdil

lawan tak henti

geram perhati

salah satunya akan dibedil

 

 

KRITIKAN PANAS

.

Kritikan  pedas gadis jelita

bicara lancar susunan kata

hujahnya petah

bukan sepatah

direman pula sedih meronta

.

Ditahan bawah akta hasutan

asbab pengawal adab  merentan

tertanya-tanya

apa salahnya

sinis pertikai geruh kaitan

.

Lempar  tafsiran berpada-pada

luahan rasa hanya persenda

menutup mulut

tak payah kalut

turut bergelut lenyek dilanda

.

Berhati-hati juga menulis

papar komentar diintai polis

semata sajak

memuji bijak

dianggap jelek lunyai digilis

 

PENGHULU

.

Penghulu  cakna isu semasa

ambil tindakan luar biasa

warga perhati

amat teliti

komen diberi ngilu berbisa

.

Daerah  sana sedang sengketa

sampai segera khabar berita

sekat bekalan

tentu kumpulan

mula gelabah terkunci kata

.

Keperluan  hidup pun sukar

tanya segera nasihat pakar

siap siaga

naikkan harga

dimaki hamun durja selongkar

.

Ombak  gelora marah mereda

jiran berdamai berpada-pada

bekalan perlu

mudah selalu

segala mahal  sinis persenda


Wednesday, 11 March 2026

KALUT



ASSALAMUALAIKUM

 


SURI KALUT

.

Hujung  Ramadan amatlah kalut

banyak rencana perlu bergelut

sibuk memasak

masa terdesak

lupa sambalnya riuh melalut

.

Pergi  tarawih selepas iftar

bertemu teman beka sebentar

selamba tanya

baju rayanya

jawabnya belum terketar-ketar

.

Usaha  siap baju tempahan 

rasa mengantuk tak daya tahan

tidur sekejap

niatnya kejap

terlepas sahur hai keletihan

.

Hajat  sedia kuih berbalang

rai Aidilfitri bakal jelang

tanpa bertangguh

bersungguh-sungguh

ketuhar rosak sabarnya hilang

 

BERITA

 

Baca  berita terangguk-angguk

terlalu banyak berlonggok-longgok

langkau sahaja

mudahkan kerja

merenung lama tersengguk-sengguk

.

Tajuk  yang panas bagai memikat

langkah susuri pula disekat

bayarlah dulu

barulah lalu

hati menyumpah dosa melekat

.

Hendak  berkongsi namun berhelah

cara begini tiasa olah

tiada ikhlas

membelit pulas

rusuh ditipu diserang lelah

.

Sekadar  tahu isu semasa

paparan tular media massa

putaran kisah

hanya siasah

menelitinya membuang masa


Tuesday, 3 February 2026

RAKYAT MARHAEN

 ASSALAMUALAIKUM

 


RAKYAT MARHAEN

(Limerik)

Rakyat  marhaen terketar-ketar

ditimpa geruh taufan berputar

tempat berlindung

bukan di gedung

rumah pusaka disambar lintar

.

Adu  masalah meminta tolong

pada pemimpin jenuh melolong

agar dibantu

perkara tentu

cuma mendengar hasilnya bolong

.

Masihlah  juga berbaik sangka

meskipun perih hati terluka

mungkinlah sibuk

menyapu habuk

masa berlalu menanggung duka

.

Memujuk  hati bersabar dulu

namun merintih disalut pilu

api sengsara

panas membara

membakar jiwa stres selalu

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

17/1/026

MURAI BINGUNG

.

Murai berkicau tertanya-tanya

riuh gemuruh apa kisahnya

dahulu tenang

bersenang-lenang

kilat memancar gerun jadinya

.

tidur terganggu terbang ke dahan

bising terlalu tidak tertahan

hajat tertangguh

duduk serangguh

galau terasa gulau alahan

.

Nampak  kecamuk ruang sekitar

ramai bicara lagaknya pintar

mendengar saja

sehingga senja

belit maklumat

jauh benarnya nanar berputar

.

Akhir  terkedu diam termenung

langit gelita ngeri direnung

belum berakhir

gelagat mungkir

terbangnya tinggi terlanggar gunung

.


Wednesday, 3 December 2025

TOK DALANG WAYANG KULIT

 ASSALAMUALAIKUM



TOK DALANG WAYANG KULIT
.
Asyik Tok Dalang bermain wayang
sebalik layar bergerak bayang
kulit dilakar
gayanya pakar
skrip ditulis terbang melayang
.
Terkejut pandang bergelut ngeri
watak lukisan menari-nari
meremang roma
terpana lama
membuka langkah laju berlari
.
Lesu dikejar watak direka
apa berlaku tidak terjangka
Rawana garang
Sri Rama serang
monyet Hanuman mencakar muka
.
Sita Dewi iring Laksamana
bersatu kata bersama cakna
membuka pekung
peram bertakung
sesak nafasnya ke sini sana

MyBloglist