Wednesday, 24 June 2026

MUMIA

 ASSALAMUALAIKUM


MUMIA

 

Gambar ini gambaran jasad manusia diawet menjadi mumia. Walaupun  telah mati dalan tempoh sangat lama tetapi masih bertahan dalam bentuk jasad. Mumia berasal dari tamadun Mesir purba. Orang Mesir percaya bahawa tubuh badan perlu dipelihara selepas kematian kerana mereka mempercayai kehidupan selepas mati. Berdasarkan ciri-ciri wajahnya seperti hidung yang mancung dan rambut asalnya berwarna merah masih dapat dilihat dengan jelas. Mumia  dalam gambar tersebut dikatakan oleh pengkaji sejarah ialah jasad Ramesses II  dikenali sebagai Ramesses Agung, salah seorang firaun Mesir yang paling berkuasa. Beliau memerintah Mesir selama kira-kira 66 tahun (sekitar 1279–1213 SM dan merupakan antara pemerintah yang paling lama berkhidmat dalam sejarah Mesir. Penemuan: Jasadnya ditemui pada tahun 1881 di kawasan Cache Diraja di Deir el-Bahari. Mumia kelihatan  dibalut dengan kain linen yang telah lusuh akibat usia yang sangat lama. Rongga mata dan struktur wajah masih dapat dikenali.

 

Islam mengajar bahawa setiap manusia akan melalui kematian dan kembali kepada Allah SWT. “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati,” firman Allah dalam al-Quran, surah Ali 'Imran ayat 185.

Penemuan jasad yang masih terpelihara boleh menjadi peringatan tentang kekuasaan Allah SWT terhadap kehidupan dan kematian. Dalam al-Quran juga terdapat kisah jasad firaun yang dipelihara sebagai pengajaran kepada generasi kemudian:

"Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya engkau menjadi pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian."
Firman Allah dalam al-Quran surah Yunus ayat 92 menjelaskan masksudnya. Dan ia menjadi peringatan tentang hakikat kehidupan, kematian dan kekuasaan Allah SWT

 .

Ramesses II dikaitkan dengan firaun zaman Nabi Musa a.s kerana pemerintahannya yang panjang.

Dalam al-Quran menyebut tentang firaun  tetapi tidak menyatakan nama sebenarnya dan pemerintah tersebut. Oleh itu, identiti tepatnya masih menjadi perkara yang dipersoalkan oleh para pengkaji sejarah.

 

Kini, mumia yang dikatakan firaun Ramesses II dipamerkan di Muzium Kebangsaan Ketamadunan Mesir (NMEC) di Kaherah.

Dari perspektif  sains, ia membantu penyelidikan tentang manusia purba dan berbagai asbab berkaitan kematian dan penyakit..


No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist