Tuesday, 16 June 2026

MENGAJI

 ASSALAMUALAIKUM



MENGAJI

Petang semalam aku singgah kandang macam biasa. Kebetulan ada seekor kambing baru beranak.
Selalunya kalau waktu macam ni, staff aku dah standby sebelah ibu kambing tu. Sebab lepas kambing beranak, banyak benda kena buat.
Kami akan lap badan anak kambing tu, takut dia sejuk.
Lepas tu bantu dia menyusu dekat puting mak dia.
Bukan dia tak pandai menyusu.
Cuma kadang-kadang kaki dia masih lembik, nak berdiri pun terketar-ketar macam aku lepas main futsal dua jam.
Kalau lambat sangat kasi susu, mak dia pula jenis tak boleh duduk diam.
Silap-silap tengah kita pusing belakang, dia dah melilau pergi makan rumput dekat tempat ragut.
Aku pun tercari-cari mana staff aku ni pergi.
Pusing sana.
Pusing sini.
Sekali aku nampak pintu bilik dia terbuka sikit.
Aku jenguk.
Rupanya dia tengah duduk membaca Al-Quran, terus aku senyap, tak sampai hati nak kacau.
Aku tutup balik pintu perlahan-lahan, lepas tu uruskan sendiri anak kambing tadi.
Sambil lap anak kambing tu, tiba-tiba aku terfikir. Entah kenapa, orang sekeliling aku ni rajin betul baca Al-Quran.
Isteri aku rajin.
Kawan-kawan aku rajin.
Staff aku pun rajin.
Aku je yang kadang-kadang asyik bertangguh, bukan sebab tak nak baca. Tapi sejujurnya, aku tak pandai sangat.
Dulu masa kecil, orang lain habis mengaji Muqaddam, aku sibuk melencong masuk hutan cari port memancing.
Sekarang bila umur dah makin bertambah, baru rasa ruginya.
Pernah juga aku minta staff aku ajar, tapi bab belajar dengan dia ni, aku seram sikit.
Bukan garang.
Eh, garang tu marah kan?
Dia ni lebih kepada tegas.
Ha, tegas.
Jenis kalau aku salah sebut satu huruf, dia terus betulkan.
“Boss, bukan macam tu. Ulang balik.”
Nada dia penuh semangat. Aku pula yang rasa macam budak sekolah kena panggil baca depan kelas.
Mungkin sebab dekat kampung dia dulu dia ni pengajar madrasah. Terbawa-bawa sampai ke kandang kambing.
Wife aku pun sama.
Bila dia mengajar, aku jadi gelabah, mungkin sebab dia polis kot. Cara dia mengajar aku macam sesi soal siasat.
“Cuba baca semula.”
“Kenapa berhenti kat situ?”
“Ha, ulang balik.”
Aku yang asalnya nak belajar, terus rasa macam nak minta peguam.
Kawan aku pula okey.
Lembut orangnya, tapi masalah aku lain. Baru separuh jalan belajar, aku dah ajak sembang pasal kambing.
“Eh, kau rasa kambing Boer ni sesuai silang dengan Jamnapari tak?”
Sudahnya sejam sembang pasal kambing, satu muka surat pun tak habis baca.
Kadang-kadang aku malu juga dengan mereka.
Orang sekeliling aku berlumba-lumba nak dekat dengan Al-Quran.
Aku pula masih terkial-kial nak betulkan bacaan.
Tapi aku percaya satu benda.
Allah tak pandang siapa yang paling laju. Allah tengok siapa yang terus berusaha walaupun perlahan.
Tak apa.
Kalau dulu aku sanggup bangun awal semata-mata nak pergi memancing, takkan sekarang aku tak boleh luangkan sedikit masa untuk belajar membaca kitab yang sepatutnya jadi teman hidup kita.
Doakan aku.
Kalau nampak aku asyik cerita pasal kambing je dekat sini, tegur-tegurlah.
Mana tahu satu hari nanti, aku boleh cerita pula pasal seronoknya dapat habiskan satu muka surat Al-Quran.
Doakan ya

3 comments:

  1. semoga kita semua akan istiqomah mencintai Al Quran Nul Karim.. aamiin

    ReplyDelete
  2. baca tajuk tu, teringat zaman budak-budak, dalam dekad awal 80an. saya di antara yang sempat pi mengaji di rumah tuan guru. jalan beramai-ramai selepas maghrib dan pulang selepas isyak. teringat rotan seni tok guru yang banyak berjasa hehehe

    ReplyDelete
  3. Baguuus ceritanya kak ❤️❤️. Memang lah, menuntut ilmu itu tak ingat usia. Yg penting niat untuk belajar selalu ada, termasuk mempelajari Alquran

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist