ASSALAMUALAIKUM
MENULIS
MANUSKRIP CERITA KANAK-KANAK
Menurut Puan Noraina editor buku
sastera cerita kanak-kanak dan remaja DBP, manuskrip yang ditulis perlu teratur
dan lengkap. Manuskrip disediakan mengikut kehendak penerbit. Boleh meminta
penulis dikenali menulis kata penghantar.
Biasanya
mengandungi:
- Tajuk cerita
- Nama penulis
- Sinopsis ringkas (1 perenggan)
- Manuskrip penuh
Format kemas,
fon mudah (contoh: Times New Roman / Arial, saiz 12)
Halaman 1 –
nama penulis alamat lengkap, tajuk manuskrip
Halaman 2 –
prakata penulis.
Halaman 3 –
tulis sinopsis ringkas setiap tajuk pilihan.
Halaman 4 – mula
menulis cerita setiap tajuk sehingga selesai. Sertakan gambar berkenaan cerita.
Sasaran
umur pembaca
Ini langkah
paling penting kerana ia menentukan bahasa, panjang cerita dan gaya
penceritaan.
Contoh
kategori:
- 10–12 tahun: cerita lebih panjang, konflik
jelas, watak berkembang ada pengajaran.
👉 Pilih satu sasaran umur sahaja.
Jika memilih
peringkat umur 10 tahun hingga awal remaja fikirkan cerita bersesuaian.
2.
Pilih Tema & Nilai Murni
Cerita
kanak-kanak biasanya mengandungi nilai positif tanpa terlalu mengajar.
Contoh tema:
- Persahabatan
- Keberanian
- Kejujuran
- Kasih sayang keluarga
- Cinta alam sekitar
Nilai
disampaikan melalui tindakan watak, bukan nasihat.
3.
Cipta Watak Utama yang Dekat dengan Kanak-kanak
Watak perlu:
- Mudah difahami
- Ada kelemahan
- Boleh belajar daripada
kesilapan
Contoh:
- Budak sekolah
- Haiwan yang bercakap
- Objek bernyawa (pensel, buku,
kasut)
Berikan nama watak
mudah diingat
4.
Rangka Plot Mudah & Jelas
Gunakan
struktur asas:
- Permulaan
– Perkenalkan watak & situasi - Masalah / Konflik
– Cabaran kecil yang sesuai umur - Usaha Menyelesaikan
– Watak cuba mengatasi masalah - Pengakhiran
– Masalah selesai & nilai terserlah
Elakkan plot terlalu kompleks
5.
Gunakan Bahasa Ringkas & Hidup
- Ayat pendek
- Perkataan biasa digunakan
kanak-kanak
- Banyak dialog
- Elakkan metafora berat
Contoh:
“Ali berlari
sekuat hati. Nafasnya tercungap-cungap.”
6.
Panjang Manuskrip (Anggaran)
Jika memilih
novel kanak-kanak bergambar panjang tulisan 22 halaman standard DBP. Jarak
taipan 2 (double spacing).
Kalau menulis
kompilasi cerpen, sediakan lapan cerpen. Setiap cerpen ditulis 1k patah
perkataan. Sertakan gambar sesuai cerita. Boleh minta chatgpt lukis jika mahu
atau lukis karya sendiri.
Suntingan
& Penambahbaikan
- Buang ayat panjang
- Perkemas dialog
- Pastikan konsisten nama &
watak
Selamat menulis
buku cerita kanak-kanak. Berani mencuba insya-Allah sukses diterima penerbit.

sy nak cuba boleh tak.kak?
ReplyDeletetksh anies boleh ja anies kan penulis
DeleteMrs. A belum cuba dah rasa susah kak PI huhuuu
ReplyDeletetksh MRSA belum cuba belum tahu
DeleteSaya pernah membacakan Anak saya, buku cerita tp sebenarnya lebih sesuai untuk remaja. Jadi ketika saya bacakan, langsung banyak pertanyaan dari mereka, apa arti kata A, kata B, kenapa begini, kenapa begitu.
ReplyDeleteJadi memang buku cerita anak, mesti disesuaikan dengan usianya kan. Kalau msh di bawah 10 tahun, better cari yg lebih mudah dipahami oleh mereka. Saya juga salah Krn memilih buku yg tak sesuai 😅
Saya suka menulis, bersajak..tapi bila nak cipta buku sajak ..saya tak tonjolkan diri..rugi lah..
ReplyDeleteMenulis di blog tak sama menulis utk sebuah buku huhu.. bertahun publisher minta saya tulis buku tapi smpai skrg tak berani nak tulis huhuu
ReplyDelete