ASSALAMUALAIKUM
GRAFIK SIFU TA (C)
LAMBAT
.
Siap semua selalu lambat,
terkejar-kejar masa dihambat.
.
Ingin mengusir masalah lambat,
puas dicari tiada ubat.
.
Cuba mengelak menjadi lambat,
terkial-kial bagaikan limbat.
.
Terlambat bangun beri alasan,
salah sebenar sudah dikesan
.
Jenuh usaha masih terlambat,
sedih terima saja akibat.
.
Lambat bersahur perut pun
lapar,
tunggu berbuka jatuh terkapar.
.
Hendak berbuka terlambat masak,
minum sahaja nafas pun sesak.
.
Bergaduh pula kerana lambat,
kala bertemu enggan berjabat.



Lambat... Teringat anak -anak kdg kala lambat utk ke sekolah dek bangun lewat..
ReplyDeleteBiar lambat daripada tiada usaha.
ReplyDelete