ASSALAMUALAIKUM
FERI
Aku mengikuti rombongan orang kampungku ke Pulau Pinang,
menemani emak saudaraku. Atokku tidak benarkan emak saudaraku hanya bersama
dengan kawan-kawan sekampung saja. Jadi berpeluanglah aku turut berjalan ke
PP. Merasalah aku menaiki feri menyeberang ke pulau dari
pengkalannya di Bagan. Pengalaman pertama kali menaikinya. Kisahnya berlaku
pada tahun 70. Kali kedua aku menaiki feri menyeberangi sungai Pahang ke Bandar
Jerantut pada tahun 76. Ketika itu aku adalah setiausaha persatuan belia
kampungku. Antara tugasanku ialah menjaga bilik bacaan dan menguruskan
kemasukan buku daripada penderma. Aku menerima surat dari pejabat pos memintaku
mengambil buku kiriman penderma daripada sebuah kedutaan luar Negara. Jadi
terpaksalah aku ke Jerantut. Aku menaiki bas pada awal pagi. Sampai di Jerantut
feri, menaikinya ke seberang. Cuacanya
panas terik. Peluh pun menitis dingin. Kemudian naik bas semula ke Bandar
Jerantut untuk mengambil buku di pejabat pos. Setelah selesai urusannya berjalan ke perhentian bas dan menaiki bas
yang sama. Bas itu akan bertolak ke Kuantan mengikut jadual masa ditentukan.
Sekali lagi aku menaiki bas sambil membawa buku yang banyak jumlahnya dan berat.
Pengalaman momen lalu tinggal memori.
.
mentari benderang –
feri seberang sungai
langkahan silam
REKAYASA MENULIS CERPEN
.
Penulis mapan, Nurimas SN, mengirimkan Rekayasa Menulis Cerpen, buku terbaharu terbitan SNE. Alhamdulillah, aku amat bersyukur atas kesudiannya menghadiahkan sebuah naskhah yang sarat ilmu tentang kaedah menulis cerpen dengan wajar dan berkesan. Lembaran demi lembaran kuselak dengan penuh minat. Kata Penghantar ditulis oleh Prof Irwan Abu Bakar. Hujah-hujah yang diketengahkan diperkukuh melalui rujukan kepada ramai cerpenis tersohor tanah air, antaranya karya SN Shahnon Ahmad, Fatimah Busu, dan Husna Nazri.
Tidak menghairankan aku kerana nama-nama yang tercatat itu sememangnya terbilang dan amat fasih dalam dunia sastera. Namun, aku benar-benar terkejut apabila mendapati dialog pernah kutulis dalam sebuah cerpen, yang disiarkan dalam sebuah antologi, turut dipetik sebagai contoh. Terharu sungguh rasa di hati. Rupanya karya seadanya itu telah menarik perhatian cerpenis tersohor tersebut. Sedangkan aku bukan siapa-siapa pun. Sekadar penulis bilis, menulis hanya untuk mengisi masa terluang.
Mutakhir ini, aku semakin malas menulis cerpen kerana proses menyiapkannya memakan masa. Tambahan pula, keuzuran diri sering mengganggu upayaku. Namun, pengalaman ini menyedarkan aku bahawa kemalasan dan kesakitan itu perlu kuatasi, demi minatku pada penulisan.
.
bulan pertama -
penulis karya cerpen
sentuhan ilham
Dana lagi la tak pernah naik feri kak heheheh....
ReplyDelete