Saturday, 13 September 2025

MANUSIAKAH MEREKA?

 ASSALAMUALAIKUM



MANUSIAKAH MEREKA?

.

Mereka  manusiakah? manusiawinya mana?

mengebom membunuh menghancurkan marcapada

merajalela menguasai merata

melantarkan menyakiti

mengundang malapetaka

.

Mengapa  mereka menganggap

mematikan menggembirakan

menghancurkan makar mengujakan

melakukannya menggila mengasyikan?

.

Mereka  mahu menentukan

marcapada milik mereka

menghalang maksud

mesti memeranginya

 

Membiarkan   mereka merakus

musnahkan mangsa

mengeram marah

mendoakan moga mereka menerima

mudarat maut


4 comments:

  1. Hebat kata bicara, memporak perandakan kebahagiaan merosak keharmonian..manusia berakal apakah itu..Allah hu akbar..semoga negara kita aman damai.Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh cikgu kita doakan negara kita aman damai

      Delete
  2. mereka lupa atau buat2 lupa bahawa selepas kehidupan ini ada kehidupan yang lain..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist