ASSALAMUALAIKUM
KELDAI TUA
Keldai sudah lama berkhidmat
dengan tuannya iaitu Pak Dollah seorang peniaga di
pasar. Setiap hari dia akan
membawa barang perniagaan tuannya yang diletakkan di
atas badannya. Walaupun
terasa berat bebanan barang-barang dibawanya tapi dia
tidak pernah merungut. Dia
tetap menjalankan tugasnya dengan bertanggungjawab
demi membantu tuannya. Dia
merasa terhutang budi kerana tuannya telah menjaganya
dengan baik selama ini.
Suatu hari keldai jatuh
sakit. Dia terbaring saja dalam kandangnya kerana tidak
berdaya hendak bangun
berjalan. Dia merasa dirinya sudah tua. Dan tidak lagi kuat
seperti dahulu. Setiap kali
dia mengangkut barang perniagaan tuannya ke pasar, dia
merasa badannya lenguh dan
sakit. Tapi dia tidak menghiraukan kesakitannya.
Pak Dollah seperti
kebiasaannya setiap pagi akan pergi ke pasar untuk berniaga.
Dia pun memasuki kandang
Keldai untuk membawanya keluar dari situ. Tapi dia
melihat Keldai itu terbaring
di atas rumputan sambil memandangnya dengan sayu.
Keldai merasa bersalah
kerana tidak dapat menolong tuannya mengangkut barangan
perniagaan ke pasar.
“Kamu tidak sihatkah Keldai?
Kamu berehatlah. Kamu tidak usah mengikut aku
ke pasar hari ini. Setelah
kamu sihat sediakala bolehlah kamu menolong aku
mengangkut barang ke pasar
seperti selalu.” Pak Dollah mengusap kepala Keldainya.
“Nanti aku belikan kamu ubat
demam.” Pak Dollah pun berlalu dari situ. Dia
merasa sedikit terkilan
kerana tidak dapat berniaga barang dagangannya di pasar pada
hari ini. Kalau dia tidak
berniaga tentulah dia akan menanggung kerugian. Tapi dia tidak
menyalahkan keuzuran
keldainya kerana masalah yang dihadapinya. Dia duduk
termenung di atas tangga
rumahnya, memikirkan apa yang akan dilakukannya pada
hari ini.
“Assalamualaikum.”Tiba-tiba
seseorang memberi salam menyapanya.
“Wa’aalaikummusalam.” Balas
Pak Dollah.
“Eh kamu rupanya! Kamu
hendak ke mana Amin?” Pak Dollah bertanya.
“Aku hendak ke pasar menjual
keldaiku ini.” Amin menunjukkan pada Pak Dollah
akan keldai itu. Dia
memegang tali yang mengikat lehernya.
“Bukankah keldai ini menjadi
tungganganmu selama ini. Tidak sayangkah
hendak menjualnya?” Amin
tersenyum cuma. Dia seolah tidak mengerti apa yang
dimaksudkan tentang sayang
pada haiwan peliharaan. Dia tidak pernah merasa begitu.
Lagipun keldai itu amat liar
dan menyusahkannya untuk menjaganya. Dia ingin
menjualkan saja pada sesiapa
yang berminat membelinya.
Pak Dollah memerhati keldai
itu dengan teliti. Kelihatan masih muda. Tapi agak
kurus seolah kurang
penjagaannya.
“Baiklah kamu jualkan saja
pada aku. Bolehlah dia menjadi kawan pada
keldaiku.”
Setelah mereka berunding dan
berlaku tawar-menawar berkenaannya, kedua-
duanya mempersetujuinya. Pak
Dollah membayar harga keldai ditetapkan Amin dan
mengucapkan akad jual beli.
Amin meninggalkan keldai itu pada Pak Dollah dan
beredar dari situ dengan
membawa wang hasil jualan keldainya.
Pak Dollah membawa keldai
itu ke dalam kandang.
“Inilah kandang barumu. Ini
keldai yang telah berada bersamaku sekian lama.
Dia tidak berapa sihat. Kamu
berkenalan dan berbuat baik dengannya. Dia lebih tua
dari kamu. Kamu mesti
sesuaikan diri kamu di sini bersamanya.” Ujar Pak Dollah
kepada keldai yang baru
dibelinya.
“Esok, kamu ikut aku membawa
barang dagangan ke pasar.” Setelah berkata
begitu, Pak Dollah keluar
dari situ.
“Kamu sakit sangatkah wahai
keldai tua?” Keldai muda mengais-ngaiskan
kakinya seakan menolak
Keldai tua untuk bangun.
“Apa yang kamu buat ini? Aku
sedang sakit! Kamu tidak kasihankah padaku?
Kamu tidak ingatkah pesanan
Tuan agar kita berbaik-baik?” Keldai muda ketawa
mengikih.
“Sebenarnya Tuan itu hanya
berpura-pura di hadapan kamu. Tuan itu tidak
sayang lagi pada kamu. Sebab
itu dia membeli aku. Dia akan menggantikan kamu
dengan aku. Kamu kan sudah
tua. Sakit pula. Kamu tidak boleh lagi menolong Tuan
bekerja. Akulah akan
menggantikan tempat kamu.”
“Kamu tidak baik menganggap
Tuan begitu, aku sudah lama bersama Tuan. Dia
menyayangi aku.”
“Setelah aku ada di sini
Tuan tidak menyayangi kamu lagi.” Keldai muda
bersuara menyakiti hati
Keldai tua.
“Sudahlah kamu tidak usah
banyak cakap lagi. Bangun saja kamu dari situ. Aku
hendak tidur di situ.”
Keldai muda menolak dengan kasar Keldai tua yang sakit dengan
kakinya.
Tiba-tiba Pak Dollah masuk
ke dalam kandang itu. Dia membawa sebuah batil
berisi air.
“Kamu minum air yang telah
aku campurkan dengan ubat. Semoga kamu cepat
sembuh daripada sakitmu.”
Pak Dollah memegang batil berisi air berubat sementara
Keldai tua minum sehingga
habis. Keldai muda itu memandang dengan rasa cemburu
pada Keldai tua kerana Pak
Dollah melayannya penuh kasih sayang. Selama hidupnya
bersama tuannya Amin, dia
tidak merasa disayangi.
“Esok kamu akan ikut aku ke
pasar, membawa barang daganganku. Bersedialah
kamu agar segar. Makan
dengan banyak.” Kata Pak Dollah pada Keldai muda.
“Kamu berehat dulu dalam
kandang sehingga kamu sihat semula.”
Setelah Pak Dollah berlalu
dari situ, Keldai muda menghampiri Keldai tua.
“Kamu dengar apa kata Tuan
tadi? Aku yang akan menggantikan tempat kamu.
Biarlah kamu terus sakit dan
akhirnya mati, hih…hih!” Keldai muda ketawa terbahak-
bahak.
“Sungguh kurang ajar kamu
ini.” Keldai tua menyatakan kemarahannya.
“Sudahlah! Usah nak
mengata-ngata aku. Aku nak tidur sebab esok nak bekerja.
Kamu kan sudah tidak boleh
lagi bekerja. Kamu tunggulah masa akhir kamu.” Balas
Keldai muda sinis..
Keesokannya Pak Dollah
menyiapkan Keldai muda untuk dibawa ke pasar,
sebelum itu dia memeriksa
dulu keadaan Keldai tua.
“Kamu belum sihat lagi. Kamu
minum ubat ku bawakan ini.” Ujar Pak Dollah.
Keldai muda ditariknya
perlahan-lahan ke jalan raya dengan membawa barang-barang
dagangan yang banyak di atas
badannya.
Sebab terlalu banyak barang
di atas badannya, dia tidak dapat mengimbangi
badannya. Dia tergelincir.
Kakinya terasa ngilu. Pak dollah menurunkan barang
dagangannya setelah tiba di
pasar. Dia menunggu Pak Dollah menjual barang
dagangannya sehingga habis.
Setelah itu mereka pulang. Dia memasuki kandang
dengan menyeret kakinya yang
sakit. Lalu berbaring di atas rumputan. Keldai tua
memerhati keadaan Keldai
muda penuh tanda tanya.
“Kenapa dengan kamu,
sakitkah? Nampak kaki kamu terluka.” Keldai muda
berdiam saja menahan
kesakitan.
“Kamu tentu sangat keletihan
kerana bekerja berat tadi. Kamu berehatlah dulu.
Aku akan mencari daun-daun yang
boleh dijadikan ubat untuk mengubati luka di kaki
kamu.” Keldai tua menemui
beberapa helai daun lalu mengunyahnya. Dan dia
meletakkan pada kaki Keldai
muda. Kemudian dia menolak batil berisi ubat yang
dibawa Tuannya pada pagi
tadi.
“Kamu minumlah air berubat
ini. Semoga kesihatan kamu akan segera pulih
sediakala.” Keldai muda amat
terharu akan kebaikan Keldai tua terhadapnya. Dia
menyesali perbuatan buruknya
terhadap Keldai tua dahulu. Dia meminta maaf
kesilapan yang telah
dilakukannya.
Tamat
sweet endingππ ...notti keldai muda.....kasih sayang & saling appreciated sangat penting πππ
ReplyDeletetksh miza sudi baca keldai muda mmg noti heh heh
DeleteAda pengajaran daripada kisah keldai ini
ReplyDelete