ASSALAMUALAIKUM
PENGUSIRAN
.
Siapa sangka di Sungai Baru
bagaikan
persis di tanah Gaza
harta dirampas
tiap penjuru
tragedi sadis
tiada beza
.
Tangis penghuni kehilangan hak
hanya marhaen
ambil peduli
diasak oleh
pelbagai pihak
kosongkan
ruang pantas sekali
.
Kenapa drastik tindak begitu?
diusir bagai
pendatang haram
tujuan arah
tiada tentu
kapal
tumpangan semakin karam
.
Tanah pusaka milik tertulis
ingin di situ
selama-lama
tega semua
mahu digilis
tegak bangunan
tinggi saksama
.
Menutup mata tingkah pemaju
semahu-mahu
tindas jelata
memegang kemas
tali teraju
kaya mereka
rakyat derita
GALAU EMOSI
.
Galau emosi dimanipulasi
percikan marah
api mengganas
puaskan rasa
merusuh sisi
cetusan isu
meruak panas
.
Gejolak ombak gelora geram
tangan
pengacau tambah rencahnya
luka berdarah
ditabur garam
niat sembunyi
meranapkannya
.
Kawal segala selagi mampu
teliti salah
asbab tersilap
di sekeliling
gerak penipu
jatuh terkulai
pesona sulap
.
Jurang nan luas pisah segala
antara kaya,
marhaen miskin
limpah harta
setinggi ancala
sedang yang
daif makan berpekin
.
Ceritera di Indonesia
titipan doa
moga selamat
saudaramu dari
malaysia
malang petaka
segera tamat

Terimakasih doanya kak PI.
ReplyDeleteSaya ada baca case di Sungai Baru. Tapi jujur saya tak tahu cerita sebenarnya, karena ada banyak POV dari masing2 pihak yg tersakiti kan.
Tapi saya doakan, agar semua menemukan solusi terbaik . Yang hak menjadi hak.