Friday, 29 August 2025

HANYA DI SINI

 ASSALAMUALAIKUM





 HANYA DI SINI

.

di tanah bertuah ini,

tumpah darah wujud diri.

.

pusaka warisan moyang,

milik cucu, cicit, cicit, piut.

.

generasi silih ganti,

mencintai sepenuh jiwa raga.

.

hanya di sini berada,

selagi hayat hela nafas.

.

tiada watan lain,

mampu orak langkah tuju.

.

kehilangannya sesal derita,

gelandangan rata susur tapak.

.

maruah wangsa dipijak,

hina terleta mangsa nista.

.

asa siaga pertahan,

kemerdekaannya bertahan moga selamanya.


GENTAYANG ILUSI

 

bayang gentayang sapa harapan,

impian wangi mimpi.

.

anggap sinar hujung terowong,

dalam gelita meraba.

.

ranjau duri cucuk kaki,

tegar redah sakit.

.

pengalaman maklumat mengajar tahu,

harga nilai benar.

.

semata berilusi entah ke mana,

fatamorgana menipu nyata.

.

sesat cari arah lembah,

pesona mantera lunak.

.

ruang kecil makin sempit,

jauh kian dekat

.

renung segala raih iktibar,

rahmat duga tersembunyi.

 


4 comments:

  1. Hebat kata bicara tentang semangat merdeka..bangsa berjaya adat di julang negara di jaga selamat aman dan damai

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut hari kebangsaan ke 68...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.. puisi merdeka. Moga kemerdekaan ini terus dijaga, bimbang jika lalai dan alpa, merdeka ini hilang dari genggaman anak cucu aka generasi akan datang ..

    ReplyDelete
  4. pertahankan kemerdekaannya
    Selamat Hari Merdeka ke-68

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist