ASSALAMUALAIKUM
PELAYARAN
PANGLIMA AWANG
#1
Bermula
syair irama merdu,
lafaz
bismilah luahan syahdu,
Panglima
Awang kisah berpadu,
pelayar
laut asa soldadu.
#2
Nama Enrique dalam sejarah,
dari
Zamatra lintas daerah,
terlalu
jauh langkahan hijrah,
lawan
Portugis dayanya kerah.
#3
Muda
belia waja perkasa,
semangat
juang dirinya sasa,
pada
Melaka tumpahkan jasa,
siap
siaga senantiasa.
#4
Gara Alfonso De Albuquerque,
Ferdinand Magellan sama laku,
hasad
khianat telah terpaku,
tawan
Melaka mencengkam kuku.
#5
Mereka
saling bekerjasama,
harta
ghanimah kaut bersama,
pantas
kalahkan para panglima,
jadikan
hamba niat utama.
#6.
Panglima Awang turut ditangkap,
tersalah
langkah masuk perangkap,
di
dalam kapal tiada tingkap,
terkedu
kata berubah sikap.
#7
Pada Magellan menghamba diri,
berubah
wajah menjadi Henry,
the Black pula gelaran beri,
rentas
lautan berhari-hari.
#8
Kemahirannya
dipergunakan,
pelayarannya
arah pastikan,
kebolehannya
diperhatikan,
raja
Sepanyol pun meraikan.
#9
Sanggup tunaikan hasrat Magellan,
pusing
dunia siap bekalan,
dana
biaya untuk berjalan,
kapal
Trinidad layar berbulan.
#10
Panglima
Awang hamba tebusan,
Magellan
beri kan pelepasan,
bersama-sama
usai urusan,
lautan
luas hujung garisan.
#11
Menolak
sopan saranan nikah,
gadis
Sepanyol sempurna tingkah,
adik
Magellan ayu melangkah,
enggan
hatinya memijak takah.
#12
Iktikad Islam kuat imannya,
konon
dibaptis lakonan hanya,
agar
terjaga sejahteranya,
rakan
kenalan hormat dirinya.
#13
Terus
belayar siang dan malam,
meredah
ombak segara dalam,
barat
dan timur serata alam,
temu
benua jelajah kelam.
#14
Laut Atlantik layar bergulat,
arus
Pasifik antara julat,
pilih
sempena tiada ralat,
nama
Magellan letak di selat.
#15
Ramai
kelasi yang ikut serta,
juga
Antonio Pegafetta,
setiap
waktu tulis cerita,
riwayat
lama tersurat fakta.
#16
Panglima Awang pandai bahasa,
terjemah
makna sudah biasa,
perantaraan
jadi selesa,
hubungan
mudah antara bangsa.
#17
Turut
bersama pergi berperang,
tanah
Afrika juga diserang,
keperwiraan
bukan sebarang,
jati
dirinya ternyata terang.
#18
Di
pulau Cebu Trinidad henti,
Rajah
Humibon telah menanti,
suarakan
pula hasrat di hati,
serang
Lapu Lapu bunuh mati.
#19
Tidak
menjadi akan rencana,
tewas
Magellan tika di sana,
tamat
usia padah mengena,
tinggallah
sudah dunia fana.
#20
Panglima Awang nasib selamat,
pulang
ke kapal laku bercermat,
laju
Trinidad arah berhemat,
pulau
Maluku hentian tamat.
#21
Tiba di sana Trinidad rosak,
kapal
Victoria nyata lasak,
bawa
kelasi kala terdesak,
jadi
pengiring lengkap berpasak.
#22
Panglima Awang hilang di sini,
tuju
Melaka bawa begini,
hai
Taming Sari keris berseni,
pedang
Curia Si manjakini.
#23
Panglima Awang azam sungguhnya,
usaha
cari dan temuinya,
negeri
Perak nasab sultannya,
akhir
budinya besar jasanya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”