Tuesday, 12 August 2025

BUDAYA BULI

 ASSALAMUALAIKUM



BULI

 

Mohd Fudzail seorang penulis mapan menulis pengalamannya dalam Dagang News mendepani pelajar senior yang membulinya tika belajar di sekolah menengah berasrama penuh. Menjadi memori pahit tika beliau dizalimi pelajar senior mengarahkan berlari keliling padang pada tengah malam tanpa alas kaki, disimbah dengan air kala sedang tidur. Kadang dipukul tanpa sebab dengan hamburan hinaan dan cercaan.

Dua orang anakku juga antara pelajar  bersekolah di tempat yang sama dengan Penulis ini tapi pada jarak tahun berbeza. Anakku yang pertama tidak pernah bercerita bahawa dia pernah dibuli pelajar senior. Adiknya pula suarakan keluhannya merasa tidak selesa bersekolah di situ. Mungkin dia mengalami sesuatu yang tidak mahu diceritakannya padaku. Aku juga pernah tinggal di asrama sekolah menengah Maran selama dua tahun. Dan dua tahun di Kuantan. Tapi aku tidak pernah dibuli sesiapa. Dan aku juga tidak pernah membuli pelajar junior.

Membaca berita tentang kisah Zara Qairina dibuli rakan-rakannya sehingga menyebabkan kematiannya, aku termangu. Sedih terharu. Seolah aku tidak percaya kejadian tragis begitu berlaku. Rentetan itu pecah suara seluruh Malaysia menuntut keadilan untuk Zara Qairina. Memang sepatutnya itulah tindakan pihak berkuasa sejak awal. Bukan setelah dikebumikan jenazahnya selama 23 hari baru nak dibuat otopsi. Usaha menggali kuburnya semula pada malam hari. Dan hujan pula turun. Suasananya syahdu.

 

 

mangsa pembuli

pelajar tahap satu -

Zara Qairina


No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist