Tuesday, 26 August 2025

CEMPURIAN NANGKADAK

 ASSALAMUALAIKUM



CEMPURIAN NANGKADAK

.

 

Tahukah tentang cempurian? Aku pun baru tau setelah membaca catatan Blogger Warisan Petani dalam laman blognya. Beliau turut sertakan gambar cempurian tersebut. Rupanya cempurian ialah hasilan campuran antara gen cempedak dan durian. Tapi peliknya tidak menjadi durian berbentuk cempedak. Masih juga berupa biasa seperti cempedak. Mungkin bergabung rasa dan aroma kedua-duanya. Aku pun teruja hendak merasainya. Selain cempurian beliau juga menulis tentang buah nangkadak. Buah apa pula tu? Nangkadak ialah hasilan gen buah nangka campur cempedak. Jadilah nangkadak. Rajin betul sahabat blogger mantan pegawai awam ini berusaha memajukan dusunnya dengan pelbagai produk pertanian.

 

.

petani moden -

cantuman gen cempedak

jana idea 

 


2 comments:

  1. SA pun baru first time dengar tentang Cempurian ni...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, sihat2 selalu.. nangkadak tu biasa, sempurian tu baru lani dengar.. macamna lah rasa agaknya..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist