Sunday, 13 July 2025

MAKAN PERCUMA

 ASSALAMUALAIKUM


 


PIC GOOGLE IMAGES (C)

MAKAN PERCUMA

 

Aku bukan berminat tengok video reel @facebook. Tapi kalau ada sahabat konggsikan aku tengok juga. Sahabat penulis; Amir Hamzah kongsikan video paparkan keluhan seorang peniaga wanita tentang kisah pelanggan restorannya yang tidak membayar harga makanan telah dimakan. Bil beberapa orang pelanggan disebutkannya. Ada pelanggannya minta dibungkuskan pelbagai jenis lauk-pauk kesukaan seperti gulai ikan dll. Tapi tertinggal pula Aku terkenangkan pengalamanku suatu ketika dulu pernah berniaga di kedai makan. Aku menjual nasi lemak, mi rebus, kuih-muih dll. Ramai pelangganku begitu. Mereka datang, makan dan pergi begitu saja. Tanpa membayarnya. Aku menulisnya dalam buku sebagai hutang. Tapi mereka tidak teringin hendak jelaskan hutangnya. Aku rasa jumlah semuanya ribuan ringgit juga. Aku dan suami kerugian. Akhirnya perniagaan itu dihentikan. Dan cuba beralih perniagaan baru.

 

menu pelanggan –

patin masak tempoyak

urus niaga


15 comments:

  1. Allahu Akbar.
    Mudah-mudahan pelanggan yang sedemikian insaf akan perbuatan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh amie moga2 gitulah antara mslh peniaga cari rezeki

      Delete
  2. alamak, tergamak pulak buat mcm tu.. mga yang berkenaan kembali kepada kebaikan..

    ReplyDelete
  3. Sebab tu laaaa zaman sekarang bayar dulu baru makan.....

    ReplyDelete
  4. Sedapnyer ikan patin masak tempoyak

    ReplyDelete
  5. Tak tahu lah orang sekarang tak rasa apa pun bila makan makanan tak bayar. Lepas tu bagi anak dan keluarga makan free je. Benda masuk dalam perut tu haram kan sebab tak bayar. Tak tahu lah nak cakap dengan perangai orang sekarang. Sian peniaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh notie ya ada yg buat perangai gitu lupa dosanya

      Delete
  6. allahuakbar, sedih rasanya...makanan tu jd darah daging apa agaknya mereka rasa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh miza kalau niaga mkn atau apa pun mslh gitu peniaga kena hadap

      Delete
  7. dah mkn tak bayar...tak rasa berdosa ke? kan makanan tu jd darah daging. dah kira mencuri tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh anies ya ada yg suka mkn free xnak bayar

      Delete
  8. Itu tetap menjadi hutang bagi mereka. Dan dalam Islam saja dah ditekankan, hutang dibawa mati. Tidak bisa masuk surga seseorang sebelum dia bayar hutangnya. Biarlah kak, itu jadi pahala yg mengalir utk kakak. Mereka toh akan harus membayar suatu ketika.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist