Thursday, 26 June 2025

MUHARAM

 ASSALAMUALAIKUM



MUHARAM

.

Meraikannya  melatari  malam

mengimarahkannya

merubah makna mensyukuri momen

menjelang Muharam mulia

.

Mentari  masih mengelilingi mayapada

menyinari merata menyeluruhi

moga Muhaimin merestui, merahmatinya

menyertakan maslahat mahmudah

murni  mawaddah menjalin mahabah

menyisihkan mazmumah

 

.

Muhasabah  menginsafi makna menilainya

meminggirkan mungkar 

melangkah meneruskan  mauduk madani

mencapai matlamat mandiri

menghijrahkan maujud meruntuhkan menara mahu

menyatakan  mimpi makrifat maknawi


2 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist