Friday, 27 June 2025

CAHAYA MUHARAM

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA



CAHAYA MUHARAM
.
menyinari alam sejagat,
lembar sejarah selak helaiannya,
.
rai Maal Hijrah,
muhasabah tingkah durja kelemahan.
.
pantas waktu lalu,
tinggalkan selonggok beban sesal.
.
penghujungnya kian dihampiri,
laju berlari beriringan kejar hasrat.
.
Muharam menginspirasi asa,
sedaya mampu himpun bekal ukhrowi
.
alam hdup fana,
iman takwa sujud tawaduk.
.
kosong ilmu jiwa,
semata hiburan dan permainan.
.
lemah tongkah arus,
hanyut jauh, rana tenggelam.

5 comments:

  1. Salam tahun baru Maal Hijrah...

    ReplyDelete
  2. Salam Maal Hijrah buat akak seisi keluarga.

    ReplyDelete
  3. Salam Maal Hijrah Kak PI..

    ReplyDelete
  4. salam maal hijrah kpd kak PI sekeluarga. semoga azam tahun ini bakal dicapai. Aamiin..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist