Tuesday, 3 June 2025

BERKORBAN

 ASSALAMUALAIKUM


Salam Senayan moga limpahan rezeki anugerah-Nya tiasa lumayan.
Alhamdulillah puisi gurindam; BERKORBAN karya kakpidah disiar SUARA SARAWAK 8 Jun 2025 ....terima kasih banyak kesudian Editor...terima kasih banyak dik Hai Rozzaman Jalal @grup TINTA KARYA berkongsi info....tahniah cikgu Ahmad Noh dan penulis tertera turut berkongsi ruang karya

 



BERKORBAN

.

 

Sanggup berkorban kerana Allah,

usai segala akan masalah.

.

Jika berkorban tanpa berkira,

keikhlasannya jelas ketara.

.

Walaupun payah rela berkorban,

pasti berkurang segala beban.

.

Andai berkorban sesuai tempat,

hubungan jauh semakin rapat.

 

Kalau berkorban niatnya ikhlas,

murninya jiwa kerara jelas.

.

Jika berkorban dengan muslihat,

kesan buuknya kekal terlihat.

.

Sunat lakukan ibadah korban,,

rohani suci mungkar dihumban

.

Berkorban dengan berhati-hati,

tidak terkorban geruh menanti.


3 comments:

  1. berkorban niat kerana Allah, In shaa Allah ada rezeki nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh dik ya niat suci kerana Allah rezeki tiasa ada

      Delete
  2. Amalan korban sunat ternakan alanam sempena aidiladha amat dituntut

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist