ASSALAMUALAIKUM
Wednesday, 30 April 2025
SAYEMBARA VIDEO HARI RAYA ASN
Tuesday, 29 April 2025
WAYANG HIDUP
ASSALAMUALAIKUM
WAYANG HIDUP
kemilau aurum sinar mentari
terpana hilang suara
dibuai indah kagum
runtun ingin
lena pun mencumbui
jendera beradu
alpa pada sekitarnya
realitinya rahsia gelita
sayangnya tidak kemana sudahnya
akhirnya tamatlah bicara impi
salam perpisahan diucapkan
tidak rela masih enggan.
melambai jengah pertemuan baru
menghulur janji manis
kala kali pertama bersua
mengukir kota kata
sisih ragu padam sangsi
lembut lidah belit makna
syair sihir
wayang hidup
Monday, 28 April 2025
KHAZANAH NONA ASIAH
ASSALAMUALAIKUM
KHAZANAH NONA ASIAH
Genre : Biografi
Penulis : Tabir Alam
Penerbit : SPTA
Nombor ISBN :
978-967-2944-52 - 7 ( Sastera Kehidupan)
Bilangan mukasurat : 87
Harga: 25 RM
Pengulas : Paridah Ishak
Naskhah
KHAZANAH NONA ASIAH hasil tulisan Tabir Alam, iaitu nama pena kepada
penulis mapan dan prolifik Abdullah Abdul Rahman, merupakan sebuah catatan
rinci tentang keterlibatan artis lagenda Nona Asiah dalam bidang seni suara,
perfileman dan kegiatan sosio-kemasyarakatan. Penulis memaparkan fakta dengan
teliti, bersumberkan pelbagai rujukan termasuk laman internet, video terbitan
Mediacorp, RTM, FINAS, hantaran peminat Nona Asiah di Facebook, serta lawatan
ke pameran berkaitan artis terkenal itu di Muzium Etnografi Melayu, Universiti
Malaya.
Pelbagai
pengalaman menarik sepanjang kehidupan Nona Asiah sebagai artis sejak usia 14
tahun — bahkan lebih awal — disusun dengan menarik dari awal hingga akhir.
Penulis turut menyenaraikan 201 buah lagu nyanyian Nona Asiah lengkap dengan
senikata asal, tahun terbitan dan syarikat penerbitan.
Biduanita
Nona Asiah, yang nama sebenarnya Asiah Aman, dilahirkan di Singapura pada 29
November 1930. Citra hidupnya penuh warna-warni dan cabaran, termasuk
pengalaman hidup semasa penjajahan Jepun. Beliau mendapat pendidikan dalam
bidang seni suara di bawah bimbingan Watanabe Makoto dan mampu menyanyikan
lagu-lagu Jepun dengan baik.
Lagu-lagu
nyanyian Nona Asiah kekal malar segar dan terus digemari oleh peminat di
Singapura, Malaysia, Brunei, Indonesia serta seluruh Nusantara. Tabir Alam,
yang terkenal dalam bidang penulisan bibliografi khazanah seni, sebelum ini
telah menerbitkan KHAZANAH SHARIFAH AINI dan KHAZANAH SALOMA.
Karya-karyanya berdasarkan fakta yang tepat dan boleh dijadikan rujukan penting
dalam bidang ini.
Sunday, 27 April 2025
ILHAM PUJANGGA
ASSALAMUALAIKUM
ILHAM PUJANGGA
Alhamdulillah dua naskhah
antologi ILHAM PUJANGGA terbitan terbaru Akademi SPTA selamat kepenerimaan
kakpidah kiriman Sifu Tabir Alam. Terima kasih banyak sifu. Antologi ini
merupakan himpunan114 puisi 24 genre
karya 36 pemuisi SPTA Tahniah Sifu Tabir
Alam selaku penerbitnya. Tidak jemu menulusuri puisi indah genre akrostik,
rondel, madah, gurindam, puisi berima, haibun, sajak, pantun berkait,, haiku,
kuatrin, limerick, palindrome, pancalarik, pantun, pantun ekarima, rejang,
saduka, sajadah, soneta, sonian, sajadah, syair, tanka, tautogram, terza rima,
talibun.
Saturday, 26 April 2025
ANGGERIK HIASAN
ASSALAMUALAIKUM
Koleksi
anggerik tanamanku banyak tergantung di serambi rumah saja. Tidak ada rumah anggerik khusus dibina. Ada juga ditanam di tepi pagar rumah daripada jenis
dyndrobium.
Suka sangat hatiku melihat anggerik berkudup dan
mengorak kelopak. Kebanyakannya jenis hybrid, butterfly, cataleya dan vanda yang
harum bunganya. Harganya kala dibeli dulu minima saja. Tak mampu nak beli
anggerik yang mahal. Tapi okey juga walau tak mahal harganya. Tapi rajin berbunga. Tidaklah hanya memandang daunnya yang hijau semata.
Akan berserilah serambi rumahku terutama ketika suasana Hari Raya. Aku sekadar
mengimbau kenanganku suatu ketika dulu
serambi
rumah –
anggerik
cataleya
.pesona
seri
Friday, 25 April 2025
EKSPLOITASI
ASSALAMUALAIKUM
EKSPLOITASI
.
Hasil
dugaan-Nya
rempuhan
cabaran
lantaran
terlalu ingin
taksub
.
Halal
apa
cara
tega
redah getir
jatuh
terguling terkapar
bingung
.
Hasrat
tentu
satu
ganding
tangan musuh
saling
senyum girang tawa
ria
.
Lupa
eksploitasi
akhir
makan diri
bahaya
risiko jelas
jerat
Thursday, 24 April 2025
PUISI GELITA
ASSALAMUALAIKUM
Wednesday, 23 April 2025
KALA MASALAH MENJERUT
ASSALAMUALAIKUM
KALA MASALAH MENJERUT
Merungkainya sehelai-sehelai pening nanar
menggusar
di mana boholnya hendak dibuka
tertanya-tanya
memilih kata putus tersasar tujuannya
keliru penentuan pasti bagaimanakah?
hanya biarkan berterusan berlaku
mengalah pada kusut masalah
sukar menongkah arus
biarkanlah begitu
membisu
.
Membisu
biarkanlah begitu
sukar menongkah arus
hanya biarkan berterusan begitu
keliru penemtuan pasti bagaimanakah?
mimilih kata putus tersasar tujuannya
di mana boholnya hendak dibuka
tertanya-tanya
merungkainya sehelai sehelai pening nanar
menggusar
Tuesday, 22 April 2025
WIRA SEJARAH
ASSALAMUALAIKUM
WIRA
SEJARAH
Citra
Mat Kilau pejuang silam
diselak
baca lebih mendalam
keseluruhan
kaji teliti
menyentuh
rasa amat bererti
.
Termaktub
dalam buku sejarah
menentang
Inggeris bertumpah darah
negeri
Pahang dipertahankan
musuh
berdamping bukannya rakan
.
Berjuang
sengit demi negeri
tidak
sekadar berperi-peri
bersatu
asa adik-beradik
ganding
tenaga sahabat baik
.
Beramal
soleh insan beriman
takwa
bersujud pada Yang Rahman
harap
semata limpah kudrah-Nya
Sunday, 13 April 2025
BUAH NONA
ASSALAMUALAIKUM
BUAH NONA
Anakku menanam pokok nona sisi halaman rumahnya. Elok tumbuh
segar. Menghijau dedadaunnya. Berlalu masa, pokok nona itu mengeluarkan bunga
dan berbuah beberapa tangkai. Aku pos gambarnya di laman blogku. Komen seorang
sahabat Blogger dari Indonesia, buah itu namanya serikaya. Begitulah nama nona
diberi mengikut negara di mana ia hidup
Serangga perosak tidak mengganggunya sehingga masak dan anakku
menuainya. Dapatlah aku merasainya.
Walau usiaku sudah 66 tahun, tidak pernah pun aku makan buah nona. Ada saja di jual di pasaran. Tapi aku tidak berminat
nak beli. Sebab aku anggap buah ini
masam rasanya. Rupanya anggapanku tersasar. Buah nona ini tidak masam. Rasa
manisnya bersahaja, yakni tidak terlalu manis. Sesuai dengan cita rasaku
halaman rumah –
setangkai buah nona
tuaian rasa
Saturday, 12 April 2025
SENANDUNG SEMALAM
ASSALAMUALAIKUM
SENANDUNG SEMALAM
Suara sukmaku senandung syahdu sendu
senada seirama sayu
simpulan sunyi selirat
sepi sendiri
senyumanku sinis
serinya sirna
.
Siapakah sudi
sanggup singgah sisiku
sampingku
sama-sama saling sa\ndar susah
sepantun sayang
seikhlasnya
santun sedihku
senantiasa
.
Sepoi semilir sapa
sehelai syukur sujud
sejadah
seiringan sesal
singkir sipi
segalanya sudah
suratan
Friday, 11 April 2025
SASTERAWAN ILHAMI HISHAM KENANGAN ABADI
ASSALAMUALAIKUM
KENANGAN ABADI