ASSALAMUALAIKUM
ZAKAT FITRAH
Tokwanku adalah seorang amil zakat fitrah. Beliau juga merupakan siak di kampungku. Setiap kali menjelang Syawal, penduduk kampung akan membawa beras untuk membayar zakat fitrah mengikut bilangan ahli keluarga masing-masing. Ruang tamu rumahnya akan penuh dengan beras yang dibungkus rapi dalam karung kertas dengan sukatan gantang.
Penduduk kampungku kebanyakannya adalah pesawah padi. Oleh itu, mereka membayar zakat fitrah menggunakan beras hasil tuaian sendiri. Sebelum padi bertukar menjadi beras, mereka perlu menumbuk padi terlebih dahulu secara tradisional. Namun, suasana seperti itu kini tidak lagi kelihatan. Pada zaman ini, beras untuk dimasak menjadi nasi pun terpaksa dibeli, apatah lagi untuk digunakan bagi membayar zakat fitrah.
fitrah Ramadan –
bungkusan karung kertas
serahan wajib
mesti meriah suasana aktiviti menumbuk padi menjadi beras....
ReplyDeleteSamalah macam tempat wak.
ReplyDeleteSawah padi dah jadi ladang sawit.