ASSALAMUALAIKUM
AIR
.
Pair terhenyak meronda malam,
lugai siakap lada diramu,
berlegar-legar lesung carinya;
air beriak tanda tak dalam,
bagai bercakap tiada ilmu,
berdegar-degar kosong isinya.
.
Penyair rancang balada retus,
tergedik-gedik galau beranduh,
jeda di pangkin rakan gelisah;
air dicencang tiada putus,
adik beradik walau bergaduh,
tiada mungkin akan berpisah.
.
Mujair legam waspada hiris,
terhenti-henti jila sahaja,
di para ara suar dikuit;
air digenggam tiada tiris,
berhati-hati kala belanja,
berkira-kira keluar duit.
.
Khair meranum markisa suri,
sisi tanamkan kelisa, rokam,
redih bercermat gara berulang;
air diminum terasa duri,
nasi dimakan terasa sekam,
sedih teramat selera hilang.
.
Mohair aneh ciak tersadai,
terlantun bedil terpaku nanar,
padah tatkala meniti sena;
air yang jernih sayak yang landai,
sepantun adil berlaku benar,
mudah segala pasti sempurna.
Salam 24 Ramadhan.. :D
ReplyDeleteSalam Ramadan ke 24 dik tksh
DeleteSusah juga wak nak mahamkannya.
ReplyDeleteNampak sangat wak tak berapa pandai.
tksh wp peribahasa klasik tu mmg susah sikit nk faham
DeleteSukar untuk ditafsirkan..
ReplyDeletetksh fairus peribahasa kita maksudnya tersurat
Deletehakikat air dalam.realiti kehidupan... begitukah?@
ReplyDelete