ASSALAMUALAIKUM
GULAI SIPUT SEDUT
(Limerik)
Baru bercadang berangan-angan
buka puasa jadi kenangan
pergi ke warung
leka memborong
siput sedut antara barangan
.
Dimasak gulai enak nampaknya
nasi sedia dengan banyaknya
segera makan
terkilan sakan
siput sedut tiada isinya
.
Sedarlah kini ada tak kena
penjual hanya hendak mengena
cara mengolah
sudah tersalah
gelojoh beli nasib terkena
.
Kuah sahaja boleh diharap
akhirnya habis mangkuk tiarap
geramnya rasa
menyiram bisa
merahlah wajah darah menyirap
Sebab teringin mencari lagi
beli di pasar tatkala pagi
siput nan segar
jenuh berlegar
dapat sekilo kikih meranggi
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
16/3/25
Selalu juga beli siput sedut segar.
ReplyDeleteBeli yang dah siap potong bontot.
tksh wp yaka sedap masak gulai kuning siput ni
Deletewah sedap ni buat berbuka puasa.
ReplyDeletetksh notie ya sedap buat buka posa
DeleteLama tak makan
ReplyDeletewah pernah makan ya
Deletesuka siput sedut msk lemak + sulu keladi fuhhhh👍👍👍
ReplyDeleteIsssh kalo siput tak ada isinya betul2 buat kesal 😅😅. Saya sukaaa siput sedut ini kak PI. Walau jarang makan. Tak pandai buat. Biasanya pesan dari teman
ReplyDelete